Ahad, 23 Januari 2022

Masanya sudah tiba ...

Dahulu, tempat itu indah. Dihiasi pelbagai momen indah yang berwarna. Namun, sampai suatu ketika, aku batasi dengan tembok egoku. Membuatkan dia merasa dia bukanlah layak untuk meruntuhkannya. Maka, tinggallah aku di situ. Tempat yg berwarna suatu ketika dulu, semakin hari semakin suram dan kelam. Namun, aku masih di situ. Setia dan menunggu. Mengharapkan dia melangkah kembali kerana tembok itu aku sendiri yang runtuhkan. Aku tidak tahu di mana dia ketika itu. Di suatu tempat lain yg sama seperti aku atau di tempat baru yg bewarna indah. Yang pasti, sehingga hari ini aku masih di situ.

Selepas 5 tahun, aku dengar perkhabaran bahawa dia masih mengingati segala tentang aku. Kesukaanku, minatku, sesuatu tentangku yg berkait pada dirinya dan kenangan bersama. Namun, aku juga dengar bahawa sudah ada tali yg berpaut padanya. Tak terfikir apa sebenarnya rasa aku ketika itu. Yg pasti, aku tetap berharap, peluang itu masih ada sehingga dia belum lafaz akadnya. Namun, hari dia semakin menghampiri. Genggamanku seharusnya sudah lama aku leraikan. Harusku belajar redha dan ikhlas. Kali ini, aku harus nekad untuk pergi. Aku bukanlah untuknya.

Ya Allah, hadirkanlah rasa ikhlas di hatiku. Damaikanlah aku dengan hati dan perasaanku sendiri. Semoga aku tenang untuk melihat dan mendengar perkhabaran bahawa dia sudah bersama bahagianya. Doakan aku, semoga aku juga temui bahagiaku. Aameen.

Khamis, 13 Disember 2018

Alhamdulillah. Teacher To Be!

Assalamualaikum W.B.T

Allahuakbar. Alhamdulillah. Segala puji hanya buatmu Allah.

12/12/2018 - tarikh keramat, tarikh kedua paling bermakna untuk tahun 2018 ini. Tarikh yang sangat mengujakan untuk mengakhiri tahun 2018. Suatu tarikh yang meningkatkan semangat aku untuk memulakan tahun baru dan kehidupan baru di 2019 nanti. Allahuakbar!

12/12/2018 akhirnya sebuah tanda tanya dan penantian telah terjawab dan berakhir. Status aku selaku Calon Simpanan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah bertukar kepada Lulus!



Terima kasih Allah. Terima kasih mak abah, terima kasih ahli keluarga, terima kasih sahabat2 dan terima kasih buat kalian yg sudi mendoakan.

Tak terucap rasanya perasaan sekarang ini. Sebulan ini puas sudah aku dgn mcm2 dugaan rupanya Allah nak kirim berita bahagia ini. Bukan bahagia milikku seorang, bahkan jua milik mak abah. Alhamdulillah.

Segala persiapan sudah aku mula rancang. Ada sedikit termangu-mangu dek keterujaan itu, namun tetap 'sedarkan' diri untuk sentiasa peka dgn persiapan yg sepatutnya. Bagi meraka yg juga dlm keadaan seperti aku, boleh rujuk https://mohdazrinsyah.blogspot.com/2018/12/tindakan-setelah-mendapat-surat-tawaran.html 


Semoga urusan aku, kita, kamu dan mereka juga dipermudahkan.

Semoga khabar gembira ini dapat redakan segala rasa yg terpendam dalam diri mak abah terhadap aku.

Semoga aku sentiasa dikekalkan semangat ini, diberikan kekuatan dan dibekalkan kesabaran dalam perjuangan ini. Perjuangan nusa dan bangsa. Perjuangan membentuk generasi dunia. Perjuangan menuju redha dan syurga Allah. Amin.

Khamis, 30 Ogos 2018

Cikgu To Be?

Assalamualaikum. 
Sobahul khairrr? (walaupun dah nak tengahari, hahaha). Anta khaifa halu'? Heeee speaking Arab pulekk eh. Banyak dah lupa greetings bahasa Arab. Last pun belajar masa sekolah rendah dulu.
Holla Holla. and lagi satu tengah viral sekarang "haluuu, pulis!" (hahah nak jugak walaupun tak ada kena mengena. heee.)

Yes, memang ni working hour hehe tapi bosan lahhh. So far kerja kat sales office ni tak banyak mana pun. kalau busy pun busy record keeping visitor walk in. Kalau tak, hemm hambar ai sorang sorang dlm office ni.

Topik harini just sharing tentang progress ai road to be cikgu. Wallahu'alam ada rezeki ke tak. Semoga Allah beri seiring dengan kemampuanku. InsyaAllah. Last week 23 August dah keluar result interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) yang April lepas. Yaaa after almost 4 months baru keluar result.

Sebenarnya, lela dah putus harap pun tentang result tu. Sebab lela memang tak dapat nak perform masa interview tu. Start a few weeks sblm interview tu lela selalu batuk batuk, tekak rasa gatal sangat. kadang batuk tu sampai keluar air mata n rasa nak muntah. rasa kering sangat. sapa yang pernah rasa, yes anda akan sangat memahami lela. And batuk tu makin menjadi2 kalau duduk dalam bilik yang ber aircond, tekak makin kering. And yaaa batuk tu berlarutan sampai ke hari interview tu. Sangat sangat ready mentally, but physically mungkin Allah ada reason. Jangankan ubat batuk, segala strepsil, ubat sakit tekak dah hisap dah telan. Nervous sangat mengenangkan hari iv still batuk ni tak kurang2.

During interview session memang tak boleh langsung control batuk tu. Rasa mcm menganggu sangat group session tu. Dalam bilik tu ada 2 orang interviewer, seorang guru cemerlang Geografi & seorang lagi wakil SPP. and 6 orang kalau x silap interviewee (4 org USM which include me, and another 2 from UPSI). Rasa mentally memang dah terganggu masuk dalam tu sebab lela berharap sangat batuk ni boleh stop for that time being je. I nak perform well. Dalam kepala dah serabut dengan rasa menganggu batuk n cuba nak participate dlm iv. Seriously, i'm trying my best. Paksa jugak untuk involve & jawab sebaik mungkin walaupun rasa serabut sangat dgn diri sendiri. Sampai Ika (coursemate n also jiran sebelah pintu bilik kat usm dulu. hehe) kat sebelah cuba pujuk ai n control batuk tu. Sampai ke sudah batu tu xstop. Dah hujung2 session tu sampai interviewer tu tanya "Laila, r u okay?" *sambil hulur mineral water. 

Seriously, keluar bilik iv tu, lela mmg dah give up. Mungkin bukan rezeki kali ni. Habis iv, jumpa mak abah kat luar, lela kata lela mmg takda rezeki kalini. Alhamdulillah diorang faham. Walaupun kami datang dr jauh ke Putrajaya semata-mata utk IV ni n dengan harapan i'll perform well n dgn harapan lela lulus, tapi diorang faham kesihatan lela limit the chance. Seriously sampai harini lela tak boleh lupa betapa kecewanya lela dgn diri sendiri pada hari tu.

And last week result keluar. Thanks GGPUA (Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam) sebab wujudkan gerakan ini utuk bagi pihak berkenaan alert dengan isu keputusan interview SPP bulan april masih belum diumumkan. Thanks a lot. Semoga Allah balas segala usaha dan penat lelah kalian yang dah beri ketenangan pada lebih beribu graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) bahkan ibu bapa graduan yang ternanti-nanti dengan keputusan tersebut.

Gagahkan jugak jari jemari ni nak semak. Mindset dah ready. Jangan kecewa walau apa pun keputusannya. Bcause u already can predict, lela. Almost 4 months since kejadian tu berlaku lela mmg duk pujuk hati, InsyaAllah next time interview lela akan buat sungguh2 dengan izin Allah. Lela dah ada advantage sebab ada pengalaman ditemuduga. So, next interview i'm more experinced. Itu jelah ayat yang lela duk repeat bila rasa syahduuu huaaaaa bila mengenangkan keputusan iv nanti yang rasanya mmg tak memberansangkan. Jappp, ade ke yg nervous nak tahu result lela? hahah.



Tiada puji selain hanya untukmu Allah. Syukur Alhamdulillah. Walaupun bukan LULUS tetap lela syukur. Sebab masa tunggu page loading time nak semak result tu, mata lela terbayang-bayang nampak perkataan GAGAL. Allahu. Berkat doa mak abah, usaha GGPUA & izin Allah sudah pastinya. Alhamdulillah CALON SIMPANAN. Tempoh simpanan setahu lela samada 6 bulan atau setahun. Dan menurut yg dimaklumkan juga kami memang dah lulus, tak perlu lagi melalui proses interview. Hanya tunggu makluman dari SPP/KPM saja utk dipostingkan. cuma tempoh untuk dipostingkan lewat sedikit berbanding yang lulus. Berdasarkan senior2 & cikgu2 yg lela kenal, biasanya calon simpanan dipostingkan 2 ke 3 bulan selepas calon lulus selamat dipostingkan. hehe. tapi untuk case batch kami kali ni, wallahu'alam.

So, for this time being lela masih bekerja seperti biasa. Masih dengan rutin harian. Masih sibukkan diri yang boleh bagi manfaat pd diri sendiri n family n insyaAllah org sekeliling. Urusan untuk dipostingkan biar dilaksanakan oleh pihak berkenaan. mereka juga sedang bekerja. Sekurang-kurangnya khabar gembira telah diterima. Selebihnya, jika ia milikku, maka akan menjadi milikku jua bahkan sebahagiannya juga milik kebahagian mak abah. Taknak buat diri sendiri dlm fasa terlalu berharap untuk dipostingkan segera. Yes, kita semua tahu kesan jika terlalu berharap pd sesuatu yang jika bukan pada Dia. Teruskan berdoa supaya bila tiba masanya nanti, aku totally telah bersedia fizikal dan mental untuk bersama-sama ikhlas sepenuh jiwa raga bergandingan membimbing generasi masa depan. Berilmu, berakhlak dan beradab. Moga Allah izinkan dan permudahkan. Ameen.

Selasa, 12 Jun 2018

End of "Journal Hati Kecil"

Assalamualaikum. Post kali ni, saja nak share how i end my journal yg dah almost berusia 7 years tu. And finally, its officially no more tambahan. End. Fin. Tamat dah Januari 2018 tuari. Actually tadi aku cari file, tapi aku lupa nama file tu. So, terpaksalah bukak satu satu folder dan check. Sampailah aku terbuka folder Journal Hati Kecil tu. Lepastu termengada rasa nak share kat sini. Haha. Maybe this one way jugak, if aku ada post merapik pasal fefeling dan impian terkubur tu kat sini LAGI, aku akan segera rasa malu sebab aku dah janji nak totally no more gostan gostan ada niat nak ulang mcm dulu. 

-----------------------------------------------------------------

3 January 2018. 11.22 pm.

Happy New Year! Happy Birthday Abah. Happy Birthday Mak. Segala doa yang baik baik adalah untuk mak abah.

Current mood, aku tengah dengar lagu Surat Cinta Untuk Starla by Virgoun.

And remember, pada saat ini aku buat keputusan untuk betul2 move on dr dia. From this moment, i’ll forced myself to let him as the past. No more hopes towards him.

Yep. Before this i wishing to bermimpi berangan berharap dia akan contact aku semula. Atau even kalau bukan jodoh aku dgn dia sekalipun, aku nk tunggu dia kahwin dulu, so that i guess on that time i’ll stop from hoping. Yelah bila dia dah kahwin, whats more for me, Right?

But, i guess dont. It’ll be more hurts me. Or maybe i might buta sebab menangis. Haha. Then i guess i need to start new. Being new brand person. And trying to accept new person.

Im so sorry, i dont think lela mampu untuk approach dia dulu and tanya isi hati dia and all those mcm2 soalan yg lela teringin sgt nk tanya. I need to understand bahawa diamnya dia di sana, tandanya memang tak akan ada apa2 antara kita. And im sorry, im gonna to end this journal. Because memang tak adanya ‘kita’ lagi. Sebab dalam journal ni banyak tentang isi hati laila ja and tak ada progress dah tentang kita. Folder ini tiada lagi tambahan. Which means no more dia after this. Even sekarang lela pn tak sure tindakan ni betul atau tak. But i think sampai bila lela nk biar lela hidup dlm keadaan mcm ni. Berangan sorang2, jauhkan diri dari kenal org baru and bila sorang2 lela akan duduk teringatkan dia.

InsyaAllah, lela akan delete folder ni sehari sebelum hari akad nikah lela. Selagi lela tak kahwin, selagi itulah folder ini tersimpan. Paling kuat pun, sebagai pengajaran untuk lela sepanjang lela kenal dgn orang baru selepas ini.

Siapa sangka journal tentang kita ini yang dah lela mulakan sejak dari 19 Jun 2011 akhirnya berakhir pd tarikh 3 Januari 2018. Sebuah perjalanan yang sangat panjang bg lela. Lengkap dr senyum, jeling, rindu sehinggalah ke air mata menahan rasa sabar serta ikhlas. Namun pengakhirannya bukan seperti apa yang pernah lela impikan dan cita-citakan.

Doa lela sentiasa baik2 untuk dia. Semoga dia bertemu dengan jodoh yang melengkapi dan membahagiakan hidup dia. Maka, impian dan angan2 lela untuk ‘kita’ berakhir di sini.

Assalamualaikum, Journal Hati Kecil. Moga kau abadi dalam memori menjadi panduan aku ketika destinasi terakhir nanti. 

-----------------------------------------------------------------

So update terkini, yup aku kena "celikkan sikit mata". Dah unlock pun kunci pada hati, cuma lock nya masih tergantung, so heharap ada lah yg berani tanggalkan mangga lock tu dan we will be happily dunya and akhirat. hehe. yup it made me to took courage for almost 3 years totally move on. And now, its time to shineeeeee! Fighting, lela!

Rabu, 28 Februari 2018

12 Langkah Memulakan Home Tuition !

Assalamualaikum. Aku tergerak nak buat entry tentang home tuition ni sebab masa aku nak start haritu aku tak ada info sangat macam mana nk start home tuition dgn cara yang nampak organize. Konsep home tuition ni memang tak perlulah nak didefinisikan lagi sebab semorang tahu. Haha. Kalau ada tak tahu, hah meh sini aku cerita, home tuition ni korang mengajar di rumah client. Bahan mengajar semua korang sediakan dan bawa bersama. Client akan tunggu di rumah ikut hari & waktu yang dah dipersetujui dan student akan bersedia untuk di ajar. Student hanya ready dgn alat tulis je, kalau jenis kaki study ni, depa akan keluarkan lah sekali buku rujukan depa. Selalu korang dengar food delivery kan. Haa ni class delivery. Hahaha. Sukahati je. Biasanya parents prefer buat sebelah malam & weekend.

Almaklumlah sis ni sejenis org yg sangat teliti dan teratur, maka aku perlukan persediaan sebegini. Hehe. So, untuk cari pengalaman aku daftar dengan satu home tuition di Seri Iskandar, Perak. Maka dengan itu, aku nampak lah proses pengurusan dan cara nak handle home tuition. Sambil-sambil tu, aku pun mcm korang jugak google2 maklumat tips & teknik mulakan tuition / home tuition. At first aku plan nk buat kelas tuisyen je kat rumah, tp result lepas dr iklan aku tu, ramai request home tuition walaupun kawasan kampung. So, meh aku share sikit apa yg aku buat & belajar untuk buat bagi handle home tuition sebelum bermulanya sesi P&P. Maaflah jika terpanjang dan terlebar entry ni. Hehe.

1. Decide subjek & tahun / tingkatan
First of all, korang perlu terdedah dgn isu semasa & perkembangan pendidikan masa kini. Gitteww. Sebab banyak sgt dah diperbaharui. LINUS, DUAL LANGUAGE, DSKP, KBAT, PAK21, kalau dulu KBSM sekarang dah jd KSSM, even konsep PT3 pun masih ada yg tak tahu apa sebenarnya diorang buat dan sebagainya. Ambil tahu sedikit. Nk jadi cikgu ni xsemestinya ada ilmu subjek saja, tp more than that.

Then, pastikan betul2 subjek apa yang anda confident boleh ajar. Kalau korang rasa boleh ajar tapi da lupa2 sikit, maka study lah. Buat revision. Refer silibus terbaru. Google je. Semua ada . dari nota, latihan, bahan2 lain semua ada. Tak ada masalah pun untuk korang refresh balik ilmu2 zaman sekolah dulu. Buku lama2 zaman sekolah dulu tu boleh kalau nk rujuk untuk tingkatkan content & pengetahuan. Tapi sebaiknya refer silibus terkini & soalan2 exam 1-5 tahun sebelum.

Dan termasuklah korang kena survey harga yuran tuisyen semasa. Berapa ringgit korang nk ambil per subjek. Then kalau ambil banyak subjek / ambik mengajar by group korang kira macam mana pula harga. Tapi depends juga samada korang ni buat kat kawasan bandar / luar bandar. Dan juga jarak perjalanan korang ke rumah client. Semua tu korang kena study & fikir sebelum korang start buat iklan, sebab once dah buat iklan & parents tanya, baru korang nk gelabah fikir nak letak berapa ringgit, hemm nampak sangat korang tak ada perancangan. Utk harga yuran ni, aku nasihatkan bagi mereka yg nk buat di kawasan luar bandar, cuba pertimbangkanlah. Jangan terlalu taksub nk letak rm25 / jam bagi setiap subjek ikut rate semasa kawasan bandar. Mak aku dengo pun, mak kata rela lagi dia ajar sendiri anak dia. Ahahaha.

2. Cari guru tuisyen
Korang boleh cari student2 yg baru habis study / grad & belum kerja, ajaklah join. Almaklumlah student u ni mestilah pandai2 kenn. Teknik belajar pun tak boleh disangkal lagi. So, at least mesti ada kemahiran cara belajar yg efektif (mind map, latihan2 soalan dsbg). Tapi make sure orang tu boleh bg komiten yg baik. Tujuannya utk bantu in case ada subjek yg anda sendiri xmampu nk ajar. Sebab macam aku subjek sains termasuklah physic, chem, bio & add math ni dah lama sangat lah tinggal, then mungkin byk dah penambahan, silibus aku last spm 2010 dulu kot. Huhu. Takut jugak nak memandai mandai, sebab ilmu tu kita nk beri pada org & pd masa yg sama dibayar beserta harapan ibu bapa student tu. Matlamat utama tuisyen bukanlah semata-mata nk duit ja, jujur dan ikhlaslah dalam sampaikan ilmu ye kawan-kawan.

3. Buat iklan (online)
 Yang ni aku buat sendiri je guna power point. Tu pun dah kira level rajin. Kalau orang lain buat guna instastory jekk. Kahh. Tak perlu beria pun sampai nk upah ke tempah orang buatkan iklan bagai. Semorang boleh buat sendiri. Samada rajin ke tak, tu je, kreatif tu pakej lah kan. Buat lah simple tp bermaklumat. Dah siap tu, aku snap je power point dah siap tu guna snipping tool (kalau xtahu : klik  windows - accesssories – snipping tool) crop ikut saiz page iklan yg dah buat tu then save automatic dlm format png image.



Promo online yang ni kerja paling senang lah, gambar yg dah save dr snipping tool td tu, post lah kat whatsapp group, instagram, facebook, facebook group kawasan kampung / bandar, instastory, whatsapp story, twiterrrr, hahh post pi lah kat serba mak nenek soc med yang korang ada. Tak luak duit pun, tp cuma pakai data internet jelah. Haha. Tp janganlah post gambar semata-mata. Ada lah usaha marketing sikit, buatlah ayat2 yg boleh tarik perhatian orang, letak info2 penting yg xda dlm iklan contoh macam waktu hari & waktu kelas yg korang boleh buat kelas, tarikh akhir daftar ke, lokasi dsbgnya yg korang rasa sesuai dan bermaklumat.



4. Print / fotostat & edar flyers
Then utk flyers tu, power point yg dah buat td convert kepada format PDF, then print out lah. Modal banyak guna lah ink warna. Tapi hitam putih pn okay dah. Print out sekeping then fotostat lah 1 A4 tu dpt 2 page (saiz ½ A4). Pergilah kedai2 fotostat, fotostatlah ikut bajet korang. 100 keping ke, 200 keping ke. Kalau kawasan luar bandar, 100 keping pn okay dah.




Edar flyers yang ni sangat memerlukan usaha. Walaupun kita guna cara online, tp janganlah confident sgt bahawasanya semua ibu bapa / penjaga menyedari kewujudan iklan korang tu. Memandangkan mcm aku ni, area luar bandar sebenarnya tak ramai parents ada facebook untuk terdedah secara xsengaja terhadap iklan aku tu. Hehe. So kenalah rajin pi rumah by rumah buat marketing. Masa inilah ilmu semasa korang tentang pendidikan dah mula bermanfaat. Kalau korang ada pengetahuan dan tahu update semasa nampaklah confident sikit, parents pn xdelah ragu2 sangat. Hehe. Selain dari tu, boleh cari tempat2 yg sesuai utk tampal iklan. Warm reminder, janganlah korang p tempek kat pejabat pos, dalam klinik daerah, stesen minyak, sesungguhnya kawasan tersebut kenott ye, kenot. Even korang tampal kat bustand pun esok lusa kena koyak dah. Tp itulah cabarannya. Ada yang rajin boleh duduk kat pagar sekolah, waktu budak balik sekolah korang boleh edar pd student & parents. Cara tu mmg sangat cepat tapi panas dan penat tu perkara yg perlu korang sedia fizikal & mental.

5. Deal dengan parents
Macam aku dah masuk 2 minggu baru ada respon dari parents yg dah start tanya2 pasal tuisyen aku tu. So, adalah lebih baik korang set meeting dgn parents terlebih dahulu supaya korang dapat explain lebih detail. Masa meeting tu korang boleh explain cara P&P korang, kelebihan korang, explain pembayaran yuran dsbg. Jangan lupa bawa segala maklumat, borang & preparation yang penting.




Masa ini lah jika parents dah setuju, korang dah boleh minta parents isi borang pendaftaran dan sign agreement. Oh ya agreement ni penting. Point kat bawah aku cerita. Dan juga perlu korang perlulah discuss dgn parents dan fixed kan hari & waktu sesuai untuk kelas nanti. Area rumah kat mana semua tu tanya lah sekali kalau memang tak tahu. And oh ya, in case parents ada request apa2 jangan terus say ‘No’, ‘Sorry saya tak bolehlah’, ‘Tak nak lah’ asalkan tak melanggar undang2 negara dan hukum Islam. Hehe.  Tapi cuba pertimbangkan dahulu dan cuba usahakan. Kalau betul korang tak mampu, maka berterus teranglah. Sebab kadang2 expectation parents terhadap guru tuisyen ni tinggi amett. Haha.

6. Borang pendaftaran
Bila dah ada orang risik2 kelas tuisyen korang and nak mendaftar, korang perlulah sediakan borang pendaftaran. Details client mcm nama parents, no fon, alamat rumah, nama anak, form brapa, subjek apa perlu korang catatkan sebagai maklumat asas terlebih dahulu. Maklumat penting ini disimpan baik2 sebagai dokumen rujukan pada masa diperlukan nanti. At least korang dah ada rekod in case ada berlaku apa2 nanti. Dan senang untuk korang rujuk untuk seterusnya.



7. Perjanjian
Sebenarnya perjanjian ni aku nampak sgt berguna semasa aku diterangkan manfaatnya oleh akak home tuition yang aku daftar tu. Sebenarnya lebih ke arah untuk protect diri sendiri dan memudahkan serta melancarkan proses sepanjang home tuition berlangsung. Terpulang pada koang content bagaimana yg korang prefer, tapi kalau boleh biarlah in win-win situation antara korang, parents dan student. Contohnya, untuk pembayaran yuran – bila parents perlu bayar, berapa jumlah. Selain dari tu, etika student – macam mana korang nk diorang bersedia dgn class. And lastly, cara korang nk protect diri especially tutor perempuan p buat home tuition malam2 – Ibu / penjaga wanita perlu berada di rumah ketika class berlangsung. Haa cemtu. Yang lain2 tu depends pd korang nk top up macam mana. In case kalau ada mana2 lawyer terbaca entry aku ni, aku sudi terima teguran kelemahan agreement yang aku buat ni. Besarlah harapan jika ada yang sudi menegur. Hehe.



8. Set jadual
Jadual ni sangat penting. Especially bagi yg buat home tuition ni sbg part time. Mana taknya siang korang kerja & malam buat kelas. Walaupun kelas korang mungkin 1 jam sahaja, tp kalau setiap malam, hemm agak lah jugak. Time management is the key. Dari aspek preparation ke kelas sampailah korang kena semak kerja student & bg feedback pd parents. Bagi yang buat home tuition ni sbg full time, korang kena buat jadual untuk korang fill in supaya tak bertindih dgn student lain dan korang flexible boleh susun ikut kemampuan korang bila korang nk buat. Bila ada jadual ni, organize lah sikit daily activity kita. Bila nak sediakan bahan mengajar, bila nk keluar mengajar, bila boleh keluar berjimba dan sebagainya. Hehe. Nak pergi mengajar ni janganlah sambil lewa. Study dulu bahan apa yang korang bagi. Waima korang confident pn, rasa teror amett, please buat dulu latihan tu sebelum korang semata-mata p kedai fotostat bahan and terus bagi buta kat student. Kadang2 latihan soalan pn ada mistakes juga dan if korang prepare korang boleh search maklumat tambahan utk korang share dgn student korang. Maka, itulah pentingnya korang selain student bergantung penuh dgn guru subjek di sekolah semata-mata



9. Tetapkan dan finalize jumlah student.
Korang kena set berapa orang korang mampu nak ajar. Jumlah student korang. Jangan over confident ambil ramai2 tapi at the end korang lembik tak mampu melayan setiap kelas takpun student yg rugi dapat tutor acuh tak acuh. Ikutlah kemampuan dan tahap laarat dan tak laratnya korang. Sekali lagi diingatkan, jujur dan ikhlaskan dalam menyampaikan ilmu. Dan jugekk jangan lupa rekod2 student yang agak ramai tu, disimpan baik2.

10. Lengkapkan peralatan
In case kalau korang buat kelas tuisyen di rumah korang sendiri, korang kena cukupkan lah keperluan dan alat-alatnya macam meja, kerusi, whiteboard, alat tulis. Kalau home tuition, of course bahan2 mengajar macam fail, alat tulis korang, buku, dan bahan2 tambahan pengajaran contohnya template peta i-Think dsbg.

11. Buku Rujukan / Buku latihan
Korang boleh guna buku rujukan korang masa korang sekolah dulu. Tapi harus diingatkan semak samada silibus dah berubah atau belum. Jika dah berubah maka perlulah dapatkan rujukan terkini. Samada, korang beli buku rujukan baru ataupun boleh guna / rujuk buku di perpustakaan awam (lebih jimat jika korang tak ada modal nak beli buku). Untuk latihan sangatlah tiada masalah, korang boleh je google bahan, contohnya melalui website sistem guru onlien & sumber pendidikan. Memang banyak bahan. Dan lagi sekali lagi diingatkan, study dan prepare baik baik dulu bahan yang korang ambil tu. Jangan terus bagi pada student.

12. Officially class start!
Sebelum kelas start, korang perlu update dengan parents kelas on atau x on pada hari tersebut, berdasarkan hari dan masa yg korang telah persetujui ketika deal mula2 tu. So, a few hours before atau sehari sebelum, korang boleh whatsapp parents tentang details class. Contohnya macam tarikh, hari, masa, subjek, topik akan diperlajari. And after class korang perlu ada borang rumusan P&P. Pentingnya borang ini adalah untuk update kehadiran kelas, perkembangan / penilaian korang terhadap student korang & juga bukti untuk korang claim bayaran yuran nanti.


Maka. 12 langkah itu adalah yang aku lakukan sebelum memulakan home tuition. Dari perancangan sehinggalah persediaan menghadapi hari kejadian iaitu hari start mengajar. InsyaAllah, nanti aku share pulak teknik bila class dah bermula dan bagaimana pula proses pengurusan sepanjang tempoh home tuition berlangsung. Harapnya, entry kali ini bermanfaat meskipun terover explaination. Hehe. 

Aku just share based on pengalaman. And for those yang mungkin start with zero pengalaman mengajar, insyaAllah all of these might be helpful. Alhamdulillah dengan almost 3 months pengalaman mengajar, ilmu2 course pendidikan dulu dan sedikit pengalaman baru uruskan home tuition, aku ikhlas kongsi maklumat sebegini walaupun aku rasa, ramai yang lebih expert dan seniorr. Jika ada pandangan, pendapat, teguran dan nasihat, anytime boleh inbox aku. InsyaALLAH aku sedia untuk menerima dan belajar dari korang pulak. Sama-sama kita belajar dan bantu anak bangsa. InsyaAllah.

Assalamualaikum.

Sabtu, 30 Disember 2017

Throwback Diary !

Assalamualaikum. Hye !!!

Keh, macam lah ada orang baca blog aku.

Btw, lama dah tak post sini. Mcm biasa alasan cliche aku "BUSY!". Hehe.

Actually, aku baru settle type diari harini. Then, bila dah save n siap tu, saja bukak file diary aku yg lama2 tu. Then, sampailah aku terbaca semula post yg aku bg title 'JUMAAT'. Maybe, masa tu lupa nak rename tarikh file tu di type kot. Sebab semua diary aku, aku letak title dia tarikh aku typing.

Taktahu kenapa, aku a little bit moved by content diary tu. Ceh, sendiri type, sendiri moved. Hahaha :'). Then, tiba2 rasa mcm nk post kat sini. Btw, kalau nk ambik feel, cepat2 p play lagu Samsons-Kenagan Terindah. oklah, kalau nk senang, nah link : https://www.youtube.com/watch?v=Yrv2D4htoro . Klip video tu, memang throwback betul ! Heee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat. 06.Feb.2015. 9.00 PM.

Aku ditemani dengan lagu Samsons-Kenangan Terindah sambil melihat foto foto di dalam album Picture. Sengaja aku menjadikan malam ini tenang dengan ditemani kenangan. Perkara pertama yang terlintas di minda ketika mendengar bait bait lirik lagu ini adalah kenangan cinta pertama aku suatu ketika dahulu. Maka benarlah apa yang dikata orang, setiap lagu itu ada kenangannya. Setiap lagu itu menggenggam memori silam. Kadangkala dengan lagu itu juga kita membuai kembali perasaan dan menenangkan jiwa yang gundah. Walaupun tiada sebarang foto kenangan cinta pertama aku dahulu, tapi lagu sudah memadai menenggelami jiwa aku.

Tapi, itu bukanlah menjadi sesuatu yang berat dalam hidup aku kini. Kerana telah lama aku membiarkan ia ditelan arus masa hidup aku. Ia sudahpun menjadi kenangan. Dan aku berjaya mengusir perasaan yang berbunga itu suatu ketika dahulu. Aku berjaya meyakinkan diri ini bahawa sesuatu akan datang itu lebih baik dari apa yang aku hilang. Kini, aku hanya tersenyum apabila mengenangkan zon masa itu. Sungguh. Kali pertama aku merasai semua itu di usia 13 tahun. Aku tahu dan yakin, itu bukan cinta monyet lagi. Lucu. Bagaimana aku gembira di atas segala perubahan perasaan yang menjadikan aku semakin istimewa setiap hari. Terasa bagaimana hati ini dijaga dan dihargai serta hari hari yang dilalui diberi kejutan yang berbeza beza. Usia tak membataskan isi hati. Ketika zon masa itu, aku sentiasa menantikan hari esoknya. Bukan seperti orang lain yang bercinta, yang mengharapkan hari itu takkan berlalu. Tapi, tidak aku, bahkan aku teruja untuk melalui hari esok, kerana dia pasti memberi sesuatu yang berbeza setiap hari.

Ya, aku akui ketika aku diambang untuk menerima reality bahawa cinta tak semestinya berakhir dengan kesudahan yang baik, aku lemah. Tak berusaha langsung untuk menerima hakikat dan langsung tak berusaha untuk mencari kekuatan diri. Langsung membiarkan diri seolah olah aku dah kehilangan segalanya. Lambat untuk aku menyedari bahawa ada lagi yang lebih dekat dan lebih kuat cintanya pada aku. Mak abah. Cinta mereka tak pernah dialih pada yang lain. Hanya untuk aku dan adik adik dan satu sama lain. Cinta yang telah lama aku raih sejak di dalam rahim lagi. Cinta yang sudah pasti aku dapat selama-lamanya. Cinta yang akhirnya akan menyatukan kami semula di syurga. Ya, aku ingin bersama dengan keluarga ini di syurga nanti. Kerana Allah telah janjikan, selepasnya segala amal dihitung, telah segala amal dihisab, semua hambanya akan berkumpul disyurga. Dan dengan itu, dengan keluarga inilah aku ingin berkumpul.

Maka, tiada apa lagi untuk aku harapkan dari cinta pertama. Telah lama aku biarkan begitu sahaja. dan aku tidak akan berbuat apa apa lagi untuk memperolehinya. Maka, jauh sekali untuk aku bertindak dan melakukan usaha untuk berhubung lagi dengan kenangan silam. Benar. Perkara yang akan datang jauh lebih baik daripada apa yang hilang. Aku jauh lebih sempurna kini. Walaupun wujud statement Allah, yang sempurna hanya Dia. Aku jauh lebih sempurna daripada yang dulu. Aku jauh lebih bahagia dengan siapa aku ditemani kini.

Andai kata si dia yang sedang bersama dengan aku kini, telah bertemu dengan yang lebih baik dan lebih sempurna tapi sukar untuk memperjelaskan situasi yang sebenar kepada aku, jangan bimbang. Maklumkan sahaja. aku tak perlukan alasan. Sebab dulu juga aku tak diberi alasan. Tapi, dibiarkan secara tiba tiba dan begitu sahaja. Cuma, kali ini jika sesiapa yang ingin pergi dari hidup aku, maklumkan aku, tapi jangan beri sebab. Supaya aku tak menanti dan menutup hati untuk yang lebih baik. Aku telah belajar dari zon masa dulu. Kini, aku sudah ada pengalaman itu. Kini aku sudah tahu bagaimana untuk mendidik hati dan mentadbir diri untuk berhadapan dengan situasi itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
So, itulah dia. Haha. Almost 2 years dah diary ni but still aku boleh rasa perasaan masa tengah typing tu. Plus, even sekarang pn tengah duk dengar lagu yang sama. Hehehe. Sunguh2 kenangan yg terindah walaupun pernah frust. hahahah.

InsyaAllah, next month aku dah start kerja. InsyaAllah this time aku nk kumpul pengalaman banyak banyak, puas puas until aku rasa confident untuk mohon jawatan yg layak dengan kelayakan aku. Doakan urusan dan azam 2018 aku ni dipermudahkan okeyyy. :*

Btw, azam 2018 kalini agak berbeza, hemmm nope, sangat berbeza dengan tahun2 lepas. Kalini more to establish diri. Bab jodoh kahwin tak termasuk dalam list. Jika ada, semua tu ketentuan Allah. Tapi aku akan lebih set kepada matlamat yg dah jenuh aku kerah otak utk fikirkan dan cuba laksanakan.

Happy New Year peeps. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk terus melayari warna kehidupan lantas meningkatkan keimanan kita kepadaNya.

Assalamualaikum.

Sabtu, 12 Mac 2016

ABAH !

Assalamualaikum ...

post harini?

dah tengah malam, entah rasa mcm rindu pulak kat abah.

selalu, aku byk post atau cerita ttg mak. rindu mak, everything ttg mak.

entah kenapa, malam ni rasa mcm 'kenapa mcm tak byk pun mention pasal abah?'

menderu betul rasa perasaan tu. rindu dekat abah, dekat mak.

Basically abah bukanlah jenis ayah yang korang selalu tengok dalam movie movie tu semua. ayah yang akan duduk selalu lepak2 dgn anak perempuan dia, ayah yang bawak anak perempuan dia keluar shopping jalan jalan, ayah yang jenis suka peluk cium anak anak dia even anak dia dah besar panjang. yeah. abah bukanlah jenis golongan itu. it's true that aku cemburu dgn anak2 perempuan yg dilayan sedemikian.

but, sometimes i felt that abah tak perlu pun buat semua tu. aku tahu dia cukup sayangkan anak-anak dia. dia buat apa di luar kemampuan mak buat untuk aku.

kalau belek album masa kecik kecik dulu pun, gambar aku byk sgt dgn abah berbanding dengan mak. manjanya toksah kira. ibarat aku harta kekayaan diorang masa tu esp sepanjang 4 tahun tu aku bergelar anak tunggal.

tapi, abah start strict bila aku dah mula naik darjah satu. semakin kurang manja dgn abah.

setiap hari kena hafal sifir. tahu mengeja.
dulu, abah sediakan mini whitrboard kat rumah. ada 2. satu untuk sifir. satu lagi utk hafal mengeja.
abah akan tulis sifir tu kat whiteboard. dan suruh hafal. setiap malam, dia akan panggil aku baca hafalan sifir depan dia. tak boleh jawab, kena marah. sama jugak dgn latihan atau homework math yg cikgu bagi. abah akan tunggu kat tepi dan semak. bila salah dia paksa aku cari jawapan sampai betul. macam tu jugak dengan ejaan. dia akan tulis word pd board tu. bila aku dah hafal eja, baru dia ganti dgn word lain. on that time, aku dah start takut dgn abah and mula rasa ada jarak dgn abah. kiranya mas tu aku dah ada dua org adik pun.

aku dah mula dilatih untuk tak jadi anak manja dah.
darjah satu, aku dah disuruh pergi kedai naik basikal pergi beli susu tepung utk adik.
aku di train utk jaga adik n buat kerja kerja rumah.
bancuh susu adik, tidurkan adik, suap adik makan, cuci pinggan lepas makan, sapu sampah.
and aku tak dibenarkan pun sewenang wenangnya keluar rumah untuk bermain. alasannya, nnti adik nak ikut. jadi aku kena duduk kat rumah, main je dgn adik.

on that time, of course lah dalam kepala otak aku, mak abah dah tak sayang aku.
diorang dah ada anak yg lain. yg lagi seronok utk diorang main.
cehhh.
betullah wujudnya statement 'bila hang dah besar nnti, hang pahamlah'
rupanya semua tu proses utk mematangkan aku. jadikan aku anak, kakak, manusia yg bertanggungjawab. tahu dgn apa yg perlu aku buat utk senangkan urusan org lain. jadi rajin. bijak sikit.

Alhamdulillah. tadika, darjah 1, pembelajaran aku mmg excellant. tapi, masa darjah 2 aku pernah accident. 3 ke 4 bulan mcm tu aku tak dpt pergi sekolah. Alhamdulillah tak teruk mana pun. tak patah riuk pun. kalau aku cerita, gamaknya ada yg serams. aha. sepanjang aku dlm proses nak sembuh tu, abah yg betul betul jaga aku. sebab mak uruskan adik adik. time tu aku sgt perlukan attention diorang. lepas balik niaga, tak makan, tak mandi lagi, abah cuci luka aku dulu. walaupun geli, tak da pulak dia merungut. kalau aku kata sakit, tak ada pulak dia paksa aku tahan. dia tunggu sampai aku betul betul ready. dia tolong aku jalan betul balik. but since lepas accident tu, pembelajaran aku mmg jatuh teruk. tapi abah tak pernah pun nak garang2 mcm dulu tu. mungkin dia faham. darjah 6, aku request nak tuisyen dia izinkan.

aku jenis takutkan mak abah sampai form 3 cemtu rasanya. sepanjang masa tu, aku tak berani share perasaan aku dgn mak abah. dan aku rasa aku sgt terikat dgn tanggungjawab aku kat rumah. bukannya jenis tak rapat dengan mak abah, tapi wujud rasa hormat dan takut tu. ada jurang yang beza antara aku dan mak abah. tak reti nak manja manja, mengadu mengadu dekat mak abah. tapi, bab pembelajaran aku tak pernah depa abaikan.

time form 3, selalunya aku tak balik rumah waktu petang. habis kelas pukul 2, sambung pulak pukul 3 dgn kelas tambahan. setiap hari, tiap kali mak ambil adik balik dr sekolah rendah, samada mak atau adik, akan hantarkan bekal nasi utk aku ke kelas. kalau pukul 1.45 tu classmate aku mmg tahu dah tu time adik aku datang kelas. ramai classmate kata jeles. mak diorang tak buat mcm tu pun. then, day by day aku realize aku dimanjakan dgn cara mak abah aku tersendiri. walaupun dimanjakan aku tahu batas batas yg aku perlu hormati. then, abah bukanlah jenis suka pi sekolah tandatangan repot kad kitorg adik beradik. selalunya mak yg akan pergi. tapi, waktu form 3 tu, abah yg datang. he's like my man. sukanya tak tahu nak kata. masa jemput abah kat pagar sekolah n otw nakpi kelas, semua yg ada dlm sekolah tu aku tunjuk cerita kat abah. padahal dulu, abah pun sekolah menengah kat situ jugak. tapi, nak tunjuk nak bagitahu kat abah jugak sebab abah sebelum tu tak pernah dtg utk tandatangan repot kad. i mean dtg sbg ayah.

but since form 4 form 5 macam tu, aku dah mula rapat betul dgn mak. jadi aku semakin kurang bersembang dgn abah. apa apa semua dgn mak. kalau kena bgthu abah pun, mesti melalui mak. tapi, dia ambil berat ttg aku melalui mak. kalau aku bangun lewat cuti sekolah mesti dia tahu. balik berniaga dia makan tengahari, mak akan teman makan sekali. mungkin time tu dia investigate mak. then, lepastu siaplah aku. dia panggil aku menghadap. dia tanya 'Pukul berapa hang bangun tadi?' 'Hang nak jadi apa bangun pukul 10?' 'Kenapa tak tolong mak hang masak?' 'Harini hang duk tengok tv saje ye?' .

abah tak marah jenis tempik tempik, tapi intonasi nada dia dah cukup nak buat aku menangis. dah cukup buat aku rasa 'sentap'. siaplah, kalau dengar je suara abah panggil 'lelaaaa..' aku dah seram dah. apa lah yang aku dah terbuat harini.

now i am proud dgn segala action dia. aku jadi orang. like i'm said, aku jd sgt pentingkan tanggungjawab.

masa form 6, dua kali aku dpt interview SPA kat ipoh. memandangkan abah bukanlah jenis org yg suka pi makan angin, abah mmg tak tahu jalannak tuju tempat interview. dua kali tu jugak abah temankan aku pi. naik bas. sebelum masuk bilik intrvw dia cek appearance aku, pesan macam2, suruh baca doa. habis interview, tunggu bas lagi nak balik rumah. time tu tengahari. mcm tulah berulang utk 2 kali aku pi interview.

habis form 6, dapat interview dekat USM pulak. and the same thing, abah yang temankan. tapi, yg ni ada part kelakar sikit. masa dalam bas. abah ni jenis tidurnya berdengkur sampai org mendengar rasa macam nk tekup je dgn bantal. eheh. Ya Allah, masa tu malunya aku tak tahulah nak explain. abah tidur berdengkur. org sebelah dah jeling jeling dah. nak kejut takut. so biar jelah. redha jelah aku kat sebelah abah. so mesej mak, mengadu kata yang aku segan sebab org sebelah pakat duk jeling jeling kat abah. emmmpph

bila keluar result aku dapat tawaran U, abah yang beria ia nak buat kenduri doa selamat. rasminya itu kenduri kali ketiga kat rumah aku since kami pindah situ sejak aku darjah 6. first kenduri, adik berkhatan, then kenduri berendoi adik sedara. dan barulah kenduri doa selamat utk aku. tapi, masa tu aku rasa mcm tak perlu pun kenduri tu, mungkin blh masak simple2 n hantar ke masjid. lebih jimat bajetnya, selebihnya blh guna utk preparation aku. mak dah discuss dgn abah, tapi mak kata abah sungguh sungguh jugak nak buat. then, aku mula sedar yang aku rupanya dah beri hadiah yang dia boleh banggakan. i realize that rupanya abah bangga dengan aku. dia happy dengan aku. tapi, abah bukanlah jenis yang menzahirkan rasa hati dengan kata-kata, tapi dengan perlakuan dan tindakan.

since aku masuk U, aku dah mula rasa bonding dgn family tu terlalu kuat rupanya. sangat sangat kuat. i just cant describe. too much. macam macam diorang dah buat.

but the biggest pengorbanan yang mak abah dah buat, depa besarkan aku yang pernah ada penyakit jantung berlubang dan paru paru berair masa aku umur setahun, dengan sihat seperti hari ini. aku hanya terdiam dan menangis y aku cuba sembunyikan bila sayu nya hati mak bercerita betapa lemahnya aku, 'rapuhnya' aku dulu masa tengah sakit. mak kata tiap hari mak menangis tengok tepi dada aku ditebuk dan disalurkan paip nak keluarkan air dari paru-paru. abah pulak, jumpa org macam2 dapatkan bantuan kewangan utk operation jantung berlubang aku. Ya Allah, sulitnya urusan mereka masa tu.

apa lagi yang aku nak dari mereka entahlah. cukup cukuplah.
mungkin giliran aku pula untuk memberi.
meskipun tak dapat berikan segalanya, tapi cukup untuk mereka rasa tenang dgn anak anak ~

doakanlah aku berupaya menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat untuk mak dan abah. amin.