Assalamualaikum....
Sepatut patutnya sekarang ni, ikut plan life aku untuk harini ni, sekarang ni aku nak settlekan sikit kerja SPSS analisis data utk coursework aku tuu. tuuu laa plan nye. sebab dah seminggu aku bermalas malasan (walaupun azam baru tanak malas2) nak analisis data pi fieldwork haritu. maka betullah 'manusia hanya mampu merancang, Allah lebih berkuasa menetukannya.
time-time cenggini, budak budak lepasan SPM tgh menggelupur duk isi UPU idak? result baru keluar last week kan. tak payah cerita macam mana feeling tu, sebab for sure aku dah lalui semua tu. aku dah rasa feeling tu. geleng mak abah dengan result SPM aku. semua huruf aku kutip. ahahai. rasa diri advanced sgt pi ambik pure science, hah amek kaw result, macam periodic table. menangis aku, jahh. tapi harapan bak Gunung Kinabalu,tinggi lagi sayang sama kamu~~ dengan result camtu, aku expect, alaa UITM pn mesti lepas punyalah. tunggu pun tunggulahhh. apah idak. kat rumah berkepuk surat tawaran swasta. ce kalau setiap surat tu depa selit seringgit, mesti cukup utk aku alang-alang ambik skali lesen kereta masa tu. huk
first time dapat surat tawaran U, jakun betul aku ni. excited gila. post kat facebook weh. besok mai lagi surat tawaran. update kata confius nak pilih yg mana satu. ahh. padehal swasta je kot. rupanya tiap hari surat tawaran mai. bukan satu, sekali mai selori *hiperbola lagi. maka sejak itu baru aku sedar yang aku syok sendiri dgn kepukkan surat tawaran swasta yang kalau apply lepas PMR pun gerenti dapat. uhunu.
hari berganti hari. sudahnya masuk form 6. katanya sekadar isi masa lapang. backup. result UPU keluar. first result, hampa. yang aku kata 'UITM pun mesti lepas punyalah' tu pun aku tak dapat. politeknik? pahh. rupanya aku tak apply politeknik. *berlagak gila. wehh. aku taktahu pun pasal nak apply poli tu sebenarnya. dengan rasa takziah pada diri, buat rayuan. aplly SPA. on the same time, fokus dgn form 6. rasa macam first apply tak dapat tu, mcm hint pulak pd diri. belajar jelah elok2 kat sekolah ni.
majoriti kawan dah cabut, ada yg dapat matrik, diploma u, tak kurang jugak ada yg pi half IPTA/IPTS. gamaknye deme dah bakor baju sekolah deme. aku, pun macam boleh bakor baju sekolah tu sebab dulu aku pengawas tapi naik form 6 tanak jadi pengawas dah. pencen. koje banyak. ahaha. tapi tak bakor pun. manetah peginya baju tu laani.
dah lebih kurang 2 bulan camtu duk form 6, dapat surat tawaran Politeknik. Diploma Seni Bina, kat Port Dickson. wuwuwu. dekat dgn beach. i dah lah suka laut laut ni. tapi masa tu, rasa dah yakin dalam diri nak proceed dgn form 6. yakin nak buat STPM next year. time tu jugak aku terdedah dgn mcm2 pendapat pro n cons ttg form 6 n diploma. then, aku decided pada umur 18 tahun utk stay memakai baju sekolah, masuk beratur perhimpunan dgn budak2 form one.
tak lama tu, dapat pulak interview SPA. Jururawat Masyarakat. First interview tak lulus. Almaklumlah, aku ni jenis penyegan tak bertempat kadang2 tu. so redha jelah sebab hati dah tetap dgn pendirian utk stay form 6. lagipun aku ni jenis cepat trauma dgn kes2 tragik ni. tgk darah pun lemah lutut, ate cemana nk jd nurse. ahaihai. tapi yg terkejut aku dapat pulak second panggilan utk interview. masa tu dah upper six. nak tanak pi jelah. orang kata jgn ignore panggilan SPA ni, sebab kalau kita takpi, depa blacklist nama kita. so, tanak susah di kemudian hari, pi jelah. tapi kali ni bila aku check online, resultnya aku lulus interview tu. on that time being tunggulah surat panggilan, sebab rujuk email, kata surat panggilan akan dipos dan barulah ada tindakan selanjutnya. tapi, mungkin bukan jalan takdir hidup aku kot utk jadi nurse, sampai ke hari ni surat tu tak sampai. aha. tapi yang peliknya, sepanjang masa tu, aku lgsg tak curious atau terfikir utk contact SPA tya pasal surat tu. mungkin nama aku tercicir, atau aku yg salah tulis alamat masa daftar dulu. serius tak terfikir pun nak buat benda tu semua. yang aku tahu masa tu mmg aku fokus gila2 utk STPM.
pasal result STPM, tak perlu lah cerita. Alhamdulillah, aku berada di USM. Menuntut Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidkan (SasPend) bermajorkan Geografi, berminorkan Bahasa Melayu. sekarang dah tahun 3 pun. sem depan ada lagi 5 paper. then, awal tahun depan pi Latihan Mengajar dan insyaAllah akan bergraduasi Oktober atau Sepetember 2017. for this time being, cita-cita aku untuk bergelar Guru Geografi. lepastu, dengan izin Allah aku nak sangat sambung Master. then, bukak pusat tuisyen. plan seterusnya, Allahualam. backup plan? I nak kahwin dgn arkitek lepastu mintak dia sponsor bukak kindergarten atas nama I. hehehehehe. aha. gurau jelah. berjaya dgn usaha sendiri! itu misi aku. so, apa plannye? ada laaa. rahsia. ehe.
kembali pada dunia realiti masa kini. uuuuuu~ aha
Nasib baik dah bungkus kat mami makanan tengahari dengan milo ais. masuk bilik, plan nak bersantaplah. tak sabo nak makan kari ikan. hehe. tapi, sekali fon connect USMSecure, macam machine gun noti ws masuk. ceit. *hiperbola betul.
rupanya, si angah menyeru beta. dia tunjuk course yang dia layak. iye. budak tu baru dapat result SPM last week. Alhamdulillah resultnye. tak payah sharelah. aha. byk jugak course dari UITM yg dia layak. tapi, mission dia nak ambik Diploma Kejuruteraan Perkapalan under politeknik tak dapat, tak sesuai dgn result dia. tabah jelah ngah. aha.
utk first time dia apply UPU aku tak dapat tolong dia. cuma bg pendapat ja. sebab busy dgn fieldwork n a few things awal tahun ni. so, this time, aku kena fokus lebih sikit kat budak ni. aku faham sgt perasaan bila kita know nothing pasal U. sebab aku anak sulung, takde abang kakak nak tanya pasal benda tu semua. mak abah, pun takdapat nak bantu. mak abah orang biasa2 ja. dan benda tu semua mmg di luar pengetahuan diiorang. internet, harap pi ulang alik perpustakaan desa. pastu mesej kawan2 cemana nk apply, kena buat apa. semua pandai2 sendiri. so, aku tanak dia teruk sgt sampai susah nak decide utk pilih course. berbezanya dia dgn aku, dia lebih prefer ke arah kemahiran. tapi, pengetahuan aku pasal kemahiran sgtlah limited.
lepas cek senarai U, poli n course yg dia layak. kitorang pun bersungguh sunggulah duk discuss kat grup adik beradik. aha. aku rasa mahu geram Alip dgn Amir bukak grup dgn noti yg beratus tu. ahiai.
dia layak UPSI. unbelieveble dia kata nak ambik Dip Pendidikan Awal Kanak2. dia ni dah berubah genre kehidupan ke apa? taklah. means, aku kenal kot dia cemana, tetiba nak ambik course tu. lepastu keluarlah hujah dia mcm hujah aku bg kat org lain kelebihan ambil pendidikan. nanti jadi cikgu, ade pencen, urusan kerajaan mudah, bla bla bla... tapi aku bukanlah nak halang dia, tapi aku suruh dia pikiaq perabih dulu. bukan masuk kelas utk seminggu dua, tapi untuk 3 tahun derrr.
next, Dip Senibina pulak. not bad. dulu aku pun dapat course tu. so, I am interested utk study kes budak2 yg ambik course tu. ahah. Apa Yang Anda Perlu Tahu Jika Mahu Belajar Kursus Senibina (Architecture). utk yg interested, boleh cek blog tu. sgt informatif sebab penulisnya memang student Senibina. and bila baca all those thing, terbeliak mata aku. terkejut gajah. rasa macam 10 kali ganda lagi tough dari degree yg aku tgh buat sekarang. tapi, semua benda ada side positif dan a few things buat kita ras susah. tapi percayalah, kesusahan itulah yang mendewasakan diri dan minda. macam2 jugaklah blog yg aku bukak. dah macam buat esaimen.
aku suruh angah bukak blog tu sendiri. baca. hadam. include komen2 org pd entri blog tu. bagus betul ada org camtu yg masih berkesempatan nak share pasal course dia. sangat sangat informatif. aku yg dah lepas zaman tu pun rasa impressive gila dgn dgn budak2 archi.
until now, masih belum ada kata putus dari angah. aku nak dia betul2 study, buat research utk setiap kos yg dia rasa dia nak buat. pesan aku, ni semua al mukaddimah utk bergelar mahasiswa. usaha dan semangat tu kena ada. jika betul impian dia untuk menempuhi alam pelajar yang jauh berbeza dgn zaman sekolah, dia kena betul2 ready utk life yg sgt though yet meaningful. kena pasak ketuk dgn hammer, drilled tak cukup lagi simen kambus dalam otak yang tak ada benda senang dalam hidup ni. cabaran tulah perjalanan hidup yang akan kita banggakan suatu hari nanti. yang akan menjadi keseronokan dalam diri untuk kita kongsikan dengan orang lain.
semoga urusan dia dipermudahkan. semoga kami empat beradik mampu beri kejayaan dan kesenangan pada mak dan abah. dan semoga, Allah pelihara hati kami, walau senang mana, atau susah mana hidup kami pada masa akan datang, kami tetap teguh dgn kewajipan terhadap Allah, menjaga dan menjalankan tanggungjawab pada mak abah. semoga kami menjadi anak yang soleh dan solehah buat mak dan abah. semoga Allah permudahkan. amin.