Assalamualaikum ...
post harini?
dah tengah malam, entah rasa mcm rindu pulak kat abah.
selalu, aku byk post atau cerita ttg mak. rindu mak, everything ttg mak.
entah kenapa, malam ni rasa mcm 'kenapa mcm tak byk pun mention pasal abah?'
menderu betul rasa perasaan tu. rindu dekat abah, dekat mak.
Basically abah bukanlah jenis ayah yang korang selalu tengok dalam movie movie tu semua. ayah yang akan duduk selalu lepak2 dgn anak perempuan dia, ayah yang bawak anak perempuan dia keluar shopping jalan jalan, ayah yang jenis suka peluk cium anak anak dia even anak dia dah besar panjang. yeah. abah bukanlah jenis golongan itu. it's true that aku cemburu dgn anak2 perempuan yg dilayan sedemikian.
but, sometimes i felt that abah tak perlu pun buat semua tu. aku tahu dia cukup sayangkan anak-anak dia. dia buat apa di luar kemampuan mak buat untuk aku.
kalau belek album masa kecik kecik dulu pun, gambar aku byk sgt dgn abah berbanding dengan mak. manjanya toksah kira. ibarat aku harta kekayaan diorang masa tu esp sepanjang 4 tahun tu aku bergelar anak tunggal.
tapi, abah start strict bila aku dah mula naik darjah satu. semakin kurang manja dgn abah.
setiap hari kena hafal sifir. tahu mengeja.
dulu, abah sediakan mini whitrboard kat rumah. ada 2. satu untuk sifir. satu lagi utk hafal mengeja.
abah akan tulis sifir tu kat whiteboard. dan suruh hafal. setiap malam, dia akan panggil aku baca hafalan sifir depan dia. tak boleh jawab, kena marah. sama jugak dgn latihan atau homework math yg cikgu bagi. abah akan tunggu kat tepi dan semak. bila salah dia paksa aku cari jawapan sampai betul. macam tu jugak dengan ejaan. dia akan tulis word pd board tu. bila aku dah hafal eja, baru dia ganti dgn word lain. on that time, aku dah start takut dgn abah and mula rasa ada jarak dgn abah. kiranya mas tu aku dah ada dua org adik pun.
aku dah mula dilatih untuk tak jadi anak manja dah.
darjah satu, aku dah disuruh pergi kedai naik basikal pergi beli susu tepung utk adik.
aku di train utk jaga adik n buat kerja kerja rumah.
bancuh susu adik, tidurkan adik, suap adik makan, cuci pinggan lepas makan, sapu sampah.
and aku tak dibenarkan pun sewenang wenangnya keluar rumah untuk bermain. alasannya, nnti adik nak ikut. jadi aku kena duduk kat rumah, main je dgn adik.
on that time, of course lah dalam kepala otak aku, mak abah dah tak sayang aku.
diorang dah ada anak yg lain. yg lagi seronok utk diorang main.
cehhh.
betullah wujudnya statement 'bila hang dah besar nnti, hang pahamlah'
rupanya semua tu proses utk mematangkan aku. jadikan aku anak, kakak, manusia yg bertanggungjawab. tahu dgn apa yg perlu aku buat utk senangkan urusan org lain. jadi rajin. bijak sikit.
Alhamdulillah. tadika, darjah 1, pembelajaran aku mmg excellant. tapi, masa darjah 2 aku pernah accident. 3 ke 4 bulan mcm tu aku tak dpt pergi sekolah. Alhamdulillah tak teruk mana pun. tak patah riuk pun. kalau aku cerita, gamaknya ada yg serams. aha. sepanjang aku dlm proses nak sembuh tu, abah yg betul betul jaga aku. sebab mak uruskan adik adik. time tu aku sgt perlukan attention diorang. lepas balik niaga, tak makan, tak mandi lagi, abah cuci luka aku dulu. walaupun geli, tak da pulak dia merungut. kalau aku kata sakit, tak ada pulak dia paksa aku tahan. dia tunggu sampai aku betul betul ready. dia tolong aku jalan betul balik. but since lepas accident tu, pembelajaran aku mmg jatuh teruk. tapi abah tak pernah pun nak garang2 mcm dulu tu. mungkin dia faham. darjah 6, aku request nak tuisyen dia izinkan.
aku jenis takutkan mak abah sampai form 3 cemtu rasanya. sepanjang masa tu, aku tak berani share perasaan aku dgn mak abah. dan aku rasa aku sgt terikat dgn tanggungjawab aku kat rumah. bukannya jenis tak rapat dengan mak abah, tapi wujud rasa hormat dan takut tu. ada jurang yang beza antara aku dan mak abah. tak reti nak manja manja, mengadu mengadu dekat mak abah. tapi, bab pembelajaran aku tak pernah depa abaikan.
time form 3, selalunya aku tak balik rumah waktu petang. habis kelas pukul 2, sambung pulak pukul 3 dgn kelas tambahan. setiap hari, tiap kali mak ambil adik balik dr sekolah rendah, samada mak atau adik, akan hantarkan bekal nasi utk aku ke kelas. kalau pukul 1.45 tu classmate aku mmg tahu dah tu time adik aku datang kelas. ramai classmate kata jeles. mak diorang tak buat mcm tu pun. then, day by day aku realize aku dimanjakan dgn cara mak abah aku tersendiri. walaupun dimanjakan aku tahu batas batas yg aku perlu hormati. then, abah bukanlah jenis suka pi sekolah tandatangan repot kad kitorg adik beradik. selalunya mak yg akan pergi. tapi, waktu form 3 tu, abah yg datang. he's like my man. sukanya tak tahu nak kata. masa jemput abah kat pagar sekolah n otw nakpi kelas, semua yg ada dlm sekolah tu aku tunjuk cerita kat abah. padahal dulu, abah pun sekolah menengah kat situ jugak. tapi, nak tunjuk nak bagitahu kat abah jugak sebab abah sebelum tu tak pernah dtg utk tandatangan repot kad. i mean dtg sbg ayah.
but since form 4 form 5 macam tu, aku dah mula rapat betul dgn mak. jadi aku semakin kurang bersembang dgn abah. apa apa semua dgn mak. kalau kena bgthu abah pun, mesti melalui mak. tapi, dia ambil berat ttg aku melalui mak. kalau aku bangun lewat cuti sekolah mesti dia tahu. balik berniaga dia makan tengahari, mak akan teman makan sekali. mungkin time tu dia investigate mak. then, lepastu siaplah aku. dia panggil aku menghadap. dia tanya 'Pukul berapa hang bangun tadi?' 'Hang nak jadi apa bangun pukul 10?' 'Kenapa tak tolong mak hang masak?' 'Harini hang duk tengok tv saje ye?' .
abah tak marah jenis tempik tempik, tapi intonasi nada dia dah cukup nak buat aku menangis. dah cukup buat aku rasa 'sentap'. siaplah, kalau dengar je suara abah panggil 'lelaaaa..' aku dah seram dah. apa lah yang aku dah terbuat harini.
now i am proud dgn segala action dia. aku jadi orang. like i'm said, aku jd sgt pentingkan tanggungjawab.
masa form 6, dua kali aku dpt interview SPA kat ipoh. memandangkan abah bukanlah jenis org yg suka pi makan angin, abah mmg tak tahu jalannak tuju tempat interview. dua kali tu jugak abah temankan aku pi. naik bas. sebelum masuk bilik intrvw dia cek appearance aku, pesan macam2, suruh baca doa. habis interview, tunggu bas lagi nak balik rumah. time tu tengahari. mcm tulah berulang utk 2 kali aku pi interview.
habis form 6, dapat interview dekat USM pulak. and the same thing, abah yang temankan. tapi, yg ni ada part kelakar sikit. masa dalam bas. abah ni jenis tidurnya berdengkur sampai org mendengar rasa macam nk tekup je dgn bantal. eheh. Ya Allah, masa tu malunya aku tak tahulah nak explain. abah tidur berdengkur. org sebelah dah jeling jeling dah. nak kejut takut. so biar jelah. redha jelah aku kat sebelah abah. so mesej mak, mengadu kata yang aku segan sebab org sebelah pakat duk jeling jeling kat abah. emmmpph
bila keluar result aku dapat tawaran U, abah yang beria ia nak buat kenduri doa selamat. rasminya itu kenduri kali ketiga kat rumah aku since kami pindah situ sejak aku darjah 6. first kenduri, adik berkhatan, then kenduri berendoi adik sedara. dan barulah kenduri doa selamat utk aku. tapi, masa tu aku rasa mcm tak perlu pun kenduri tu, mungkin blh masak simple2 n hantar ke masjid. lebih jimat bajetnya, selebihnya blh guna utk preparation aku. mak dah discuss dgn abah, tapi mak kata abah sungguh sungguh jugak nak buat. then, aku mula sedar yang aku rupanya dah beri hadiah yang dia boleh banggakan. i realize that rupanya abah bangga dengan aku. dia happy dengan aku. tapi, abah bukanlah jenis yang menzahirkan rasa hati dengan kata-kata, tapi dengan perlakuan dan tindakan.
since aku masuk U, aku dah mula rasa bonding dgn family tu terlalu kuat rupanya. sangat sangat kuat. i just cant describe. too much. macam macam diorang dah buat.
but the biggest pengorbanan yang mak abah dah buat, depa besarkan aku yang pernah ada penyakit jantung berlubang dan paru paru berair masa aku umur setahun, dengan sihat seperti hari ini. aku hanya terdiam dan menangis y aku cuba sembunyikan bila sayu nya hati mak bercerita betapa lemahnya aku, 'rapuhnya' aku dulu masa tengah sakit. mak kata tiap hari mak menangis tengok tepi dada aku ditebuk dan disalurkan paip nak keluarkan air dari paru-paru. abah pulak, jumpa org macam2 dapatkan bantuan kewangan utk operation jantung berlubang aku. Ya Allah, sulitnya urusan mereka masa tu.
apa lagi yang aku nak dari mereka entahlah. cukup cukuplah.
mungkin giliran aku pula untuk memberi.
meskipun tak dapat berikan segalanya, tapi cukup untuk mereka rasa tenang dgn anak anak ~
doakanlah aku berupaya menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat untuk mak dan abah. amin.