Assalamualaikum~ ;)
kenapa orang selalu kata bila dah lama tak update blog, update status, update tweets, update moment, mesti kata dah berhabuk? usang? dah kenapa? aicehh, yang laila ni pon, mcm nak marah dah kenapa? heee
mana habuknya? mana usangnya? heee. ni nak mengakulah ni sebenarnya mmg nk update blog ni pon, tp kebanyakannya tersimpan dalam draft je. nak publish segan. hikhik. Almaklumlah dah ramai yang start jumpa blog niii~
so basically, sekarang sememangnya tengah pulun utk semester 4. dah 2 bulan punn. sungguh, semester ni hidup agak tak teratur sikitt~ tak pernah dah merasa tidoq pukui 10. biasanya after 1 or 2 a.m. yaa~ normal lah tuu~ budak sekolah ja tidoq awai. huuu. same thing abaout MAKAN !`once before i was the one who extremely keep eating tak kisah lah tengah buat apa pun. but, recently masa makan itu semakin limited. kadang2 tu a week tak lunch langsung. normally akan combine sekali lunch + dinner pukul 6.30 petang. nasi pun kadang kadang je. sometimes selang sehari, sometimes selang 2 hari. mungkin muak dah kot makan nasi. nak makan pasta pulak kot~ hakhak
bila soal diri semakin tak terurus, tak semestinya soal hati kosong tak berpenghuni.
sedar, diri ini masih punyai mak, abah dan Allah. walaupun kadangkala rasa keseorangan di sini, tapi kesibukan membataskan andaian yang bukan bukan. masa untuk mak sentiasa dicari, mesti diusahakan ada masa untuk dia. selain abah, hanya laila pendengar setia dia. teman suka duka dia. selain abah dan adik adik, laila dunia dia.
berbeza pula dalam soal hati dan perasaan.
meskipun rasa cinta buat dia di bawa bersembunyi, laila tahu Allah dah aturkan jalan yang cantik untuk laila lalui. tak pasti apa silapnya dalam perjalanan ini. ada juga terfikir, adakah kerana jarak? atau adakah kerana masa? atau adakah kerana kepercayaan? kesabaran itu laila telah letakkan di tempat tertinggi. namun bisikan hati sering menemani. sudah didik diri untuk tidak berasa hati. fikir yang baik baik saja. laila sibuk dan dia juga pasti sama.
tapi, ia tak semudah yang ingin dirancang. setiap apa yang laila lakukan mengingatkan apa yang laila dah lalui masa STPM dulu. seronok dalam penatnya mengejar ilmu dengan orang yang sentiasa menyokong dan sentiasa bersama. kadangkala tak rasa langsung penat lelah itu. bahkan setiap usaha itu semakin mencambahkan rasa cinta. ketika itu, Allah saja tahu seronoknya memiliki ilmu dan cinta pada masa yang sama.
mak sentiasa menemani sebagai pendengar setia untuk momen momen itu. tapi, dia juga tak pernah sepi tanpa nasihat dan teguran. mengingatkan laila untuk sabar. mengingatkan laila bahawa perjalanan laila masih panjang. mengingatkan laila mungkin nanti akan ada jaraknya. Buktinya, Allah letakkan laila di sini, Pulau Pinang dan dia di sana, Terengganu. jauhnya perjalanan yang diaturkanNya. barangkali sengaja Dia ingin menguji hubungan ini setelah 'seronok' rasa manisnya cinta.
lantas terbitlah rasa cemburu melihat kawan kawan yang diambil berat tentang diri mereka oleh 'teman' masing masing. ada yang waktu makan 'teman' depa call, ada yang bila keluar 'teman' depa mesej. mereka ada yang diambil tahu, ada yang bertanyakan tentang mereka. lihat fon sendiri, senyap, tak ada mesej masuk apatah lagi call. tapi, laila ingin sentiasa bersangka baik dengan dirinya. laila kenal peribadinya. laila tahu, semakin hari dia semakin ingin menjadi yang terbaik di mataNya. mungkin mesej, call itu semua menjerumus kami kehilangan redhaNya.
tapi, bila ayat ayat itu sampai ke pengetahuan laila, laila tahu ujian ini semakin besar. sekarang dah ada lohong yang besar sangat-sangat. dah mula terbit 'aku tak layak untuk dia'. kecil hati dengan kata kata itu. tapi laila diam. mungkin hubungan ini terus sepi kerana laila tak pernah nak minta sebarang penjelasan dari dia. laila tak nampak usaha dia, tapi mungkin Allah nampak.
pasti kerana inilah Allah melarang cinta sebelum bernikah. bila diuji, kita lemah. berasa seolah olah kebahagian hidup direntap pergi. tapi, Alhamdulillah laila sedar lagi. sedar laila masih ada mak yang tak pernah hilang setiap saat laila perlukan dia. ada abah sebagai teman lelaki sejati, sentiasa berlapang dada bila laila ingin tenang dan selamat dalam pelukannya.
dear mak, mustahil untuk laila tak menangis sebab laila ada cita-cita untuk perjalanan ini.
ingin laila belajar sesuatu dari perhubungan ini.
bila diuji dek manusia, kita elok elok sahaja.
bila diuji Allah, hati kita terusik seumur hidup.
kalau ada jodoh tak semestinya bercinta,
kalau bercinta tak semestinya ada jodoh,
namun, perancangan Allah jua yang tiada batasannya.
sampai suatu masa,
kita tak rapat macam dulu,
aku kau seperti orang asing,
kerana kita pernah ada cerita,
tapi kesudahan cerita itu bukan seperti matlamat asal kita.
kuat itu bukanlah bermakna kau hebat bergusti,
tapi bila kau cepat bangkit selepas tersungkur.
ujian jadi halangan?
tepislah dengan sebelah tangan!
kalau disuruh untuk lupakan dia, mustahil untuk masa ini. tapi, dia pasti akan dilupakan bila tiba masanya nanti.
dari laila, tiada dendam,akan disimpan. tiada benci yang akan dikekalkan hingga akhir hayat.
untuk dia, terima kasih untuk pengalaman sepanjang tempoh masa itu. terima kasih untuk segala masa, tenaga untuk hubungan itu. terima kasih kerana meminjamkan ruang di hati untuk diri ini.
maaf kerana banyak menyusahkan. maaf banyak merisaukan. maaf kerana terlalu banyak kesilapan. mohon dihalalkan segala apa yang pernah diberi.
~HalaqaCinta~
Assalamualaikum :)