Assalamualaikum. Hye !!!
Keh, macam lah ada orang baca blog aku.
Btw, lama dah tak post sini. Mcm biasa alasan cliche aku "BUSY!". Hehe.
Actually, aku baru settle type diari harini. Then, bila dah save n siap tu, saja bukak file diary aku yg lama2 tu. Then, sampailah aku terbaca semula post yg aku bg title 'JUMAAT'. Maybe, masa tu lupa nak rename tarikh file tu di type kot. Sebab semua diary aku, aku letak title dia tarikh aku typing.
Taktahu kenapa, aku a little bit moved by content diary tu. Ceh, sendiri type, sendiri moved. Hahaha :'). Then, tiba2 rasa mcm nk post kat sini. Btw, kalau nk ambik feel, cepat2 p play lagu Samsons-Kenagan Terindah. oklah, kalau nk senang, nah link : https://www.youtube.com/watch?v=Yrv2D4htoro . Klip video tu, memang throwback betul ! Heee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jumaat. 06.Feb.2015. 9.00 PM.
Aku
ditemani dengan lagu Samsons-Kenangan Terindah sambil melihat foto foto di
dalam album Picture. Sengaja aku menjadikan malam ini tenang dengan ditemani
kenangan. Perkara pertama yang terlintas di minda ketika mendengar bait bait
lirik lagu ini adalah kenangan cinta pertama aku suatu ketika dahulu. Maka
benarlah apa yang dikata orang, setiap lagu itu ada kenangannya. Setiap lagu
itu menggenggam memori silam. Kadangkala dengan lagu itu juga kita membuai
kembali perasaan dan menenangkan jiwa yang gundah. Walaupun tiada sebarang foto
kenangan cinta pertama aku dahulu, tapi lagu sudah memadai menenggelami jiwa
aku.
Tapi,
itu bukanlah menjadi sesuatu yang berat dalam hidup aku kini. Kerana telah lama
aku membiarkan ia ditelan arus masa hidup aku. Ia sudahpun menjadi kenangan.
Dan aku berjaya mengusir perasaan yang berbunga itu suatu ketika dahulu. Aku
berjaya meyakinkan diri ini bahawa sesuatu akan datang itu lebih baik dari apa
yang aku hilang. Kini, aku hanya tersenyum apabila mengenangkan zon masa itu.
Sungguh. Kali pertama aku merasai semua itu di usia 13 tahun. Aku tahu dan
yakin, itu bukan cinta monyet lagi. Lucu. Bagaimana aku gembira di atas segala
perubahan perasaan yang menjadikan aku semakin istimewa setiap hari. Terasa
bagaimana hati ini dijaga dan dihargai serta hari hari yang dilalui diberi
kejutan yang berbeza beza. Usia tak membataskan isi hati. Ketika zon masa itu,
aku sentiasa menantikan hari esoknya. Bukan seperti orang lain yang bercinta,
yang mengharapkan hari itu takkan berlalu. Tapi, tidak aku, bahkan aku teruja
untuk melalui hari esok, kerana dia pasti memberi sesuatu yang berbeza setiap
hari.
Ya,
aku akui ketika aku diambang untuk menerima reality bahawa cinta tak semestinya
berakhir dengan kesudahan yang baik, aku lemah. Tak berusaha langsung untuk
menerima hakikat dan langsung tak berusaha untuk mencari kekuatan diri.
Langsung membiarkan diri seolah olah aku dah kehilangan segalanya. Lambat untuk
aku menyedari bahawa ada lagi yang lebih dekat dan lebih kuat cintanya pada
aku. Mak abah. Cinta mereka tak pernah dialih pada yang lain. Hanya untuk aku
dan adik adik dan satu sama lain. Cinta yang telah lama aku raih sejak di dalam
rahim lagi. Cinta yang sudah pasti aku dapat selama-lamanya. Cinta yang
akhirnya akan menyatukan kami semula di syurga. Ya, aku ingin bersama dengan
keluarga ini di syurga nanti. Kerana Allah telah janjikan, selepasnya segala
amal dihitung, telah segala amal dihisab, semua hambanya akan berkumpul
disyurga. Dan dengan itu, dengan keluarga inilah aku ingin berkumpul.
Maka,
tiada apa lagi untuk aku harapkan dari cinta pertama. Telah lama aku biarkan
begitu sahaja. dan aku tidak akan berbuat apa apa lagi untuk memperolehinya.
Maka, jauh sekali untuk aku bertindak dan melakukan usaha untuk berhubung lagi
dengan kenangan silam. Benar. Perkara yang akan datang jauh lebih baik daripada
apa yang hilang. Aku jauh lebih sempurna kini. Walaupun wujud statement Allah,
yang sempurna hanya Dia. Aku jauh lebih sempurna daripada yang dulu. Aku jauh
lebih bahagia dengan siapa aku ditemani kini.
Andai
kata si dia yang sedang bersama dengan aku kini, telah bertemu dengan yang
lebih baik dan lebih sempurna tapi sukar untuk memperjelaskan situasi yang
sebenar kepada aku, jangan bimbang. Maklumkan sahaja. aku tak perlukan alasan.
Sebab dulu juga aku tak diberi alasan. Tapi, dibiarkan secara tiba tiba dan
begitu sahaja. Cuma, kali ini jika sesiapa yang ingin pergi dari hidup aku, maklumkan
aku, tapi jangan beri sebab. Supaya aku tak menanti dan menutup hati untuk yang
lebih baik. Aku telah belajar dari zon masa dulu. Kini, aku sudah ada
pengalaman itu. Kini aku sudah tahu bagaimana untuk mendidik hati dan mentadbir
diri untuk berhadapan dengan situasi itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
So, itulah dia. Haha. Almost 2 years dah diary ni but still aku boleh rasa perasaan masa tengah typing tu. Plus, even sekarang pn tengah duk dengar lagu yang sama. Hehehe. Sunguh2 kenangan yg terindah walaupun pernah frust. hahahah.
InsyaAllah, next month aku dah start kerja. InsyaAllah this time aku nk kumpul pengalaman banyak banyak, puas puas until aku rasa confident untuk mohon jawatan yg layak dengan kelayakan aku. Doakan urusan dan azam 2018 aku ni dipermudahkan okeyyy. :*
Btw, azam 2018 kalini agak berbeza, hemmm nope, sangat berbeza dengan tahun2 lepas. Kalini more to establish diri. Bab jodoh kahwin tak termasuk dalam list. Jika ada, semua tu ketentuan Allah. Tapi aku akan lebih set kepada matlamat yg dah jenuh aku kerah otak utk fikirkan dan cuba laksanakan.
Happy New Year peeps. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk terus melayari warna kehidupan lantas meningkatkan keimanan kita kepadaNya.
Assalamualaikum.