Ahad, 9 November 2014

#nyongket

assalamualaikum~~ hyep~~

post kali ni laila just nak share pasal best place at the Penang. so, i already chose Muzium3D or known as Made in Penang Gallery. kebetulan we have the driver on that day, so lets make penang havoc. hehehe

kami keluar berlima n actually masa agak suntuk, sebab kami keluar sebelah petang. rushing takut balik lewat malam. so,  let's not talk too much. sit back, n scroll down.

okeh, before kami pergi Gallery tu, kami singgah di Penang Times Square. helloo~~ ingat Keyel je ade Times Square, Penang pun ade okayss. hehe. besaq. seriously. Times Square ni betul2 kat pekan GeorgeTown. x jauh pun dari Komtar. kami p sana pun sebab ada event Jualan dan Pameran Tempatan something like that lah. jualan tu kat luaq Times Square. seriously, pack n crowded sesangat. so, kami decide baik masuk dalam Times Square tuu, jenguk apa yang patut sambil menikmati kesejukkan aircond.


masuk dalam Times Square, do first thing first adalah toilet. n this photo was diketuai oleh aten. she's the one y eager sangat nak bergambaq dalam toilet. huhu. yaaa. since nowadays dia dah teror berselfie by her own.

this is where, escalator rosak. erghh. gayat nak turun manually, since escalator tu tinggi sangat.
laila rasa Times Square ni baru lagi. sebab nampak kosong jee kedai2 kat dalam tu belum bersewa. so, agak sunyi n nothing to buy. 


ini namanya Tuk Tuk. ce sebut sikit, Tuk Tuk. hehe. Tuk Tuk ni sejenis pengankutan awam yang femes kat Thailand. alaa, kalau tengok movie or drama thailand mesti perasan transpot nii. time ni still kat Times Square lagi, belum pun sampai thailand. just barang pameran jee. dari tingkat atas dah nampak, so benda yang paling nk dikejorkan untuk dinaiki. hee



this cute creature, we found in front of the Fullhouse Restaurant. seriously, cantik. gegirl mesti suka tengok decoration restoran tuu. memula memang teringin nak masuk n makan kat situ jee, tapi bila tengok menu n harga. terkejut baqq hang. mahai bagi kami y still student nii. meleleh ayaq liyoq kempunan nak makan carbonara. huuu~~



can't let any single time without photo. haha. while the driver isi minyak, kami dalam kereta sewa ini bergambaq~

then, lepas keluar dari tempat beraircond tuu, perut kami pun lapaq. so, zara teringin nak makan Mee Sotong katanya. so, dengan sepantas kilat kami ke Padang Kota Lama. usually kami p makan kat foodcourt pasemboq tu, tapi kali ni kami makan kat kedai yang tepi muzium perang yang nama Fort Cornwillis tuu. parking pun kena bayaq baq hang. hee. kat situ ada kedai western n kedai mee sotong ni. sampai sampai jaa, tuuu dia, panjang orang duk beratuq. so, nampak gayanya kami tak p salah tempat. mesti sedap nii. beratuq duk beratuq, sampai turn kami.

ada dua jenis mee sotong, rebus n goreng. nah, we decide utk y goreng sbg the first trial. n awesome. memang sedap. i just wonder why, sotong nya tak rasa sotong. haaa. means sotong dia tak liat or lembut like supposed to. rasa macam daging something like that. tapi sedap. nnti kalau p Penang, jangan lupa p try Mee Sotong Goreng Padang Kota Lama okeh!

~~sorry, takda gambaq. tak tahan tengok mee dah, kami dah balun dulu~~
tadaaaa~~ dah sampai pun Made in Penang Gallery. tapi, yang femes depa panggil muzium 3D. time ni tgah duk beratuq tunggu turn beli tiket.  ramai jugaklah. weekends. biasalah.
tak susah pun nk cari galeri nii. betui tak jauh bertentangan dari jeti kat pekan geotgetown tuu.
now ready for the a lots of picture. ceh. bukan byk mana pun yang boleh share. hee

having tea time with encik menteri. drawing ni betul betul kat tepi tempat beratuq beli tiket. so, kalau rasa lama sgt beratuq, p curi masa sat, bergambaq dgn uncle yang sporting nii. hehe


mana tak meletup tayar, see the size lahh. hehe. sorry aunty~~


terliuq tengok udang nii. lama dah tak pekena char kuey tiaw udang besaq besaq. laani, laila dah pandai taw kupas udang sendiri. tapi, kalau keluaq dgn dia, still laila nak dia jugak kupaskan udang untuk laila ;) hehe


geram aih bila tengok gambaq ni. "ishhh, rugi rugi, background dah cantik, tapi salah position. benci. nak masuk balik" hah. this sentences came out from mulut aten bila tengok balik gambaq2 time dah keluar dari galeri tu. so peeps, korang supposed to duduk belakang atas badan burung kaler Luna tuu. dont repeat the same mistake. hee

sebelum tengok jaa gambaq member y p galeri nii. curious, pasaipa ada y boleh jadi kecik pulak. haaa. so, for those yang belum pernah pergi, p lahh. tunggu apa lagi. segala kemusykilan akan terjawab. hehehe

reflect kepada laila adalah aten? oh nooo~~

found my workaholic and readaholic (haha, tibai jaa) boyfriend at the gallery. hehe

selpiaq~~

spotted!

born to be butterfly. haha. aten jeles ceq comei macam rama-rama. hehe
~tidur lena dalam kepompong. satu hari kempompong pecah, pomm! jadilah rama-rama yang indah. rama-rama terbang merata, sungguh cantik aneka warna~
ehh, terflashback lagu rama-rama masa tadika dulu. :) ingat-ingat lupa~

banyak art kecik kecik macam nii. macam real patung nyaa. details~
"ramainya beli nasik lemak. lama dah tak makan nasik lemak. balik usm, xsempat dah nak breakfast nasik lemak. hee"

aten buli ceqqq~ bukan tak taw dia berat. hehe. painting ni betui2 kat pintu masuk gallery tu. nak masuk memang crowded. semua y mai pkat duk bergambaq kat sini dulu.
aten : "lela, cepat duk depan tuu, aku nak duduk atas beca nii. tarik2"
laila : "ish, aku pun penat jugak. bagilah aku jugak tu atas beca tuu, wani, ko lah yang tarik"
wani : "tak payah, biaq aku je tangkap gambar korang"
aten & laila : hurmmm.

magic door. bukak bukak pintu, yang adanya, dinding hitam. kwang~ huhu

"yang ni pun art dalam galeri ni jugak ke?" argghh. malu~
rasa sedih pulak nak keluaq dari galeri ni, seriously best. berbaloi lah dengan harga tiket. full dengan art dari pintu masuk tingkat bawah sampai ke atas. luas. actually banyak lagi gambaq, tapi ni lahh antara momen momen yang sempat di dikongsi.

then, kami p round-round area luaq galeri tuu.
one of nice scenery at seaside. cantik. tepi restoran apa kaa dia, lupa nama. cantik. tapi, restoran chinese rasanya. kami lepak kat luaq jaa lah. ambik angin laut.
so, this a few daripada little journey kami pada hari itu~ tak banyak pun p. lepas balik tu, kami p dinner seafood. aihh. nama pun penang, takkan tak pekena seafood. hehe.

one of nice moment outside the gate USM. banyak tempat2 best kat penang ni. since da setahun lebih kat penang, banyak jugaklah tempat dah p jenguk. n galeri ni one of my top list tempat nak p. Alhamdullillah, dapat jugak p. jeles tengok coursemate ramai dah p situ.
Insyallah, by hujung this sem, keluaq lagi. tak boleh kerap sangat. kopakk. haha

hujung tahun ni pun, ada Pesta Penang. haa. sem lepas p last day n dgn desasiswa mate. hehe. cadangnya, tahun ni nk ajak p dengan family pulak. nak pujuk mak n abah bawak adik2 sekali p Tapak Pesta. ;)

okeh, done. my fingers already numb. tata. nite peeps.
Assalamualaikum ^^

Selasa, 4 November 2014

Bebas!

terbang~~
ruang lingkup perkataan BEBAS terlalu luas. remaja, anak kecil mahukan kebebasan dari segi kongkongan orang tuanya. pelajar, mahukan kebebasan yang bebanan tugasan dalam perjalanan menempuh likuan ilmu yang menggunung untuk dikejar dan dikendong. sang pekerja mahukan kebebasan dari ditindas, dimaki, diarah-arah dan dipaksa paksa dengan itu ini yang tak kena. si ibu mahukan kebebasan supaya diberi cuti sehari sahaja dari melakukan tugasan hariannya di rumah. sang ayah pula mahukan kebebasan apabila dileteri sang isteri. itu kebebasan yang dimahukan manusia.

YUP! itu bebas dari segi persekitaran di sekeliling Laila. bagi diri ini, Laila rasa kepercayaan mak dan abah sebenarnya adalah satu kebebasan yang besar nikmatnya. laila akui dahulunya Laila "well protected" oleh mak abah. bukan dikongkong. perkataan dikongkong memang pernah wujud pada usia Laila yang masih belum faham untuk menghargai mak dan abah. manusia belajar dari masa silam dan pengalaman. dan inilah, Laila faham apa yang mak abah dah lakukan sebelum ni adalah yang terbaik. i just wonder, what's happened before if Laila too degil and mak abah turutkan saja kemahuan Laila.

hidup sebagai pelajar memang tough apabila tingkat atau tahapnya semakin meningkat. setiap hari kita akan belajar sekurang-kurangnya satu perkara yang complicated. cuma, antara kita sedar atau tak. example buat keputusan pilih lauk kat kafe. (seriously). tahu tak korang, penting untuk individu itu ketika memilih lauk bagi dietnya? okeh, let me show simple concept, tahu tak lauk hasil dari sumber air tak boleh bersama dengan lauk yang hasilnya dari darat. okeh, clearly, dalam satu set makan tengahhari kita tu, tak boleh ada ikan dan ayam sekaligus. just choose one. if nak makan ikan, just take ikan and sayur, kalau rasa kemaruk and lapar tahap infiniti sangat, ambik masak pedas lala tuu. then, what if kalau korang nak makan ayam pulak? hah makanlah ayam tu, tapi tak perlu dah nak ambik ikan dah. actually, benda ni Laila go thru dengan pengalaman n kongsi2 dgn kawan2 masa kat kafe. alasan kita tak boleh buat macam tu, sebab perut kita akan confuse masa nak digest samada makanan y berunsur laut atau darat terlebih dahulu. hal demikian kerana (ceewahhh, macam karangan sekolah), ia adalah dari unsur chemical yang berbeza. (tapi, untuk lanjutan korang boleh refer page2 kesihatan n diet yang bersepah tuu).
teringin nak meratah Nutella. hihi~~

hmmm. haaa another thing nak share. tahu tak korang, bahawa warna pakaian korang sebenarnya memainkan peranan dalam menaikkan seri dan mood korang? info my rumate Laila y share. almaklumlah, life sebagai student tak lari dari rasa nak nampak comel sikit n kalau boleh tiap2 hari nak mood maintain energetic. okeh. so, i would to share the colour of cloths on certain day.
ISNIN = MERAH
SELASA = PINK/PURPLE
RABU = BIRU
KHAMIS = OREN/COKLAT
JUMAAT = HIJAU
SABTU&AHAD = HITAM/PUTIH/OTHERS
bagi Laila, actually benda ni works. bukannya kita nak dapat perhatian or nak tarik attraction orang, tapi this is more how to look more confident. lagi berkesan bila kita guna colours2 ni based on the day, pada hari ada presentation. ini jugak kira boleh jadi satu ikhtiar dalam nak tarik perhatian lecturer untuk bagi extra marks. hehe. tapi lebih kepada looks kita lah.


haaa. so, based on contoh2 tu sebenarnya kita dah bebas pun. bebas dalam buat pilihan apa yang terbaik untuk diri kita dan mungkin terbaik untuk orang disekililing kita juga :)
so, don't worry be wonderful. life is simple as when, we taje it simple to go thru. bila otak dah set kata susah, so, susahlah jadinya, macam tulah Laila try untuk revive balik mood Laila. just think, that aother people ada lagi banyak masalah complicated. iman tak teguh sepanjang hayat. ada masanya ia rebah jatuh terjelepuk terpeleot. tapi, jangan lupa bangun. susah nak dapat kekuatan untuk bangun? mana kawan? means kawan tu adalah orang yang ada time susah. nak tahu kawan kita banyak mana, kira berapa ramai yang ada dengan kita, bila kita susah terpeleot. then, family. mana mak, abah, adik, kakak or abang, or sepupu kamceng? tapi, banyak manusia lupa, apa2 pun kita kena kembali semula pada Sang Pencipta. mengadu dengan Allah. menangis atas sejadah lepas solat. tak apa, lagi makbul. dahlah selepas solat, dah tu dengan sunguh-sungguh lagi. mana Allah nak biarkan ajee. cuma cepat atau lambat jee Allah bagi 'respon'. kalau xbagi tu, mesti ada hikmah.

so, conclusionnya, setiap hari kita kena refresh iman. refresh mindset. bukan laptop je kena refresh tak nak bagi 'hank' manusia pun boleh hank sebab tu buat benda yang Allah tak redha.
ALLAHUA'LAM ;)