Isnin, 12 Oktober 2015

Cemong :')


Assalamualaikum. 

that's how shock my early morning. dapat mesej dari mak, berita cemong mati dilanggar~

terkejut. sedih. sungguh terasa mengejut sangat sangat. Cemong jarang sakit, tapi once berita tak baik pasal Cemong terus sesak nafas Laila dibuatnya.

Siapa Cemong?

Seekor kucing, wahai kawan kawan. Dia bukan sekadar kucing biasa yang tak punya cerita. Dia menyimpan berjuta rasa di hati kami sekeluarga.

Hadirnya dia terasa bagaikan dialah adik bongsu kami.Manjanya dan peelnya tak ubah seperti budak budak berumur setahun dua. Layanan yg diberi padanya lebih dari sekadar seekor kucing. Ibarat kasih kami empat beradik turut tertumpah pada dia.

Maknya seekor kucing datang yang menumpang makan. Kami sekeluarga memang sukakan kucing. Datanglah kucing dari manapun, kami mesti beri makan. Nak bagi makan whiskas, frieskeis tu memang tak mampulah. tapi sekadar sisa sisa ikan cukup dari membiarkan kucing terus mengiau meminta walaupun tulang ikan.

One day tu, mak tangkap mak Cemong sebab nampak sgt mak Cemong sarat sangat membunting. kesian tengok. Mak siapkan kotak utk mak Cemong beranak. Cemong lahir dgn 3 ekor lagi adik beradik dia. Ingat lagi, time tu baru lagi Laila masuk lower six. tiap tiap hari pi skodeng senyap senyap Cemong dgn adik adik dia dalam kotak sebab mak dia garang semacam. biasalah hormon lepas beranaklah tuu~

tapi, yang membesar kekal sihat hanyalah Cemong seekor.
memang kuat mengajak main. Jalan sikit, dia tangkap kaki. Bangun pergi dapur, dia berkejar ikut. Kalau time solat, waktu rukuk kan telekung akan terangkat sikit, dia akan lompat dah bergayut kat telekung. Haishhh. Takpun, dia sedap landing atas sejadah tempat nak sujud. Geram gearm. Sampai tiap kali nak solat, kena kunci pintu bilik. Kalau mandi, dia akan tunggu depan pintu bilik air. Kalau tengok tv, dia kan join bergolek sama. Kalau mak tidur lepas zohor, dia suka tidur sekali tepi perut mak. So, buatlah apepun Cemong sentiasa berkepit dgn kami.

Ada satu masa tu, time musim durian. Kami memang ada kebun durian family. So, almost setiap hari abah akan bawak balik durian. Sungguh, kami tak se setia Cemong tunggu abah belah durian. Dari abah sampai rumah dari kebun, bawak masuk durian, ambik parang, belah durian memang Cemong ada kat tepi. Menyondol nyondol minta durian. Memang tu peel dia. Selagi tak dapat, selagi nampak isi durian, selagi tu dia tak berganjak.

Sampailah one day tu, abah memang jamu sakan durian kat Cemong. Nak berkira apa dengan kucing kalau dah sendiri ada kebun durian kann. Untung Cemong, bertuankan tuan punya kebun durian. hee. Abah fokus dgn proses membelah durian and pilih yang mana nak buat tempoyak, seketul masuk besen, seketul bagi kat Cemong. Bila tanya abah, berapa ulas dah bagi Cemong, abah pun kata dia tak sure. Malam tu, tengok Cemong macam dah tak keruan. 

Tahu tahu dia dah terlentang tengah rumah. Pegang badan dia, panas sangat. Kami memang dah cuak tengok dia macam tu. Nampak lembik lemah sgt. Semua pakat salahkan abah sebab bagi durian kat Cemong. haha. Tapi nakbuat macam mana kan, dah Cemong yang tak berhenti henti minta. Jangan kata yg isi yang fresh, yg tempoyak pun di suka. Alahai Cemong. Sudahnya, halakan kipas betul betul kat dia. bagi minum, dia tak nak bangun. So, kami terpaksa biarkan je dia.

Lepas dari kes hari tuu, kami limitkan ulas durian untuk Cemong. Hukhuk. Tolonglah, sangat menakutkan tengok Cemong lemah longlai cemtu.

Cemong ni jenis kucing yang tak reti langsung makan ikan mentah. Gediks kann~
Tapi, bagus jugak. Kami atk pernah hilang ikan mentah dalam sinki. Kalau kat rumah opah, kucing opah semua brutal belaka, aci rembat je ikan. haha.

Feveret Cemong, ikan goreng panas panas.
Ni satu lagi bertuahnya Cemong, tuan dia tokey ikan. Nasib engko Cemong, kalau tuan engko meniaga sayur, makan sawilah engko tiap hari~

Memang kami tak biasakan dia makan makanan kucing. First, bajet. Next, bajet. Lastly, jangan nak jadik kucing yg mewah sangat ye. Tuan engko pun setahun sekali makan pizza. Hahaha. Jadi dia memang dah biasa, apa lauk kami, apa yang kami makan, itulah menu dia. Jadi tak hairanlah kalau dia selalu kacau kami makan. Agugugugu

Kekadang memang frust, time baru nak suap nasik ke mulut, dia berdiri kat tepi, dengan tangan dia atas peha kita, mata dia yangpenuh sinaran pengharapan mengintai pinggan nasik kita. Huwaaa. Memang frust. Rasa macam nak kena suap je adik bongsu sorang nii. Tapi, rasa sweet sangat. just imagine how cute muka chubby dia tuu menagih sebutir nasik dari kita. Aish, melting wehh. Kalah boipren hampa. hehehe

The truth and the reality yang abah kena terima, Cemong memang sombong dengan abah. Melainkan kalau abah ade durian. Then, barulah Cemong mengaku 'thats my handsome n generous tuan'. ahaha
Cemong paling mengada, manja and dengar cakap mak.
Maybe sebab mak selalu ada kat rumah, selalu bagi makan and sembang dengan dia.

Suka tengok part bila mak marah dia. Tunduk seperti mengakui bahwasanya 'akulah yang berdosa, aku terima segala leteranmu. Aku pasrah. Aku hanyalah kucing yang hanya mampu mendengar tanpa membela diri' hohoho *skrip Cemong

Then, bila mak sembang dengan Cemong pun kiut jugak. Muka tuu. Macam paham sangat jee~ angguk tu, macam nak tolong jee~ Aish. kadang kadang, mak kata, 'baik aku sembang dengan Cemong, dengo jugak dia. kalau sembang dengan hampa, apa pun tak jadi'. hehe

Cemong kucing yang paling lama stay dengan kami. Selalunya, kucing yang kami bela tak selama Cemong. ada yang keluar tak balik balik. ada yang sakit and mati. ada yang mati kena langgar sebab rumah kami betul betul tepi jalan. ada yang nakal sangat sampai kami terpaksa hantar ke pasar.

Sungguh, Cemong creates a lots of moments. Sometimes gives laugh by its stupidity, keshomelan, kemanjaan n sewaktu dengannya. Too much. Banyak benda yang kena share dgn Cemong. Share ayam guring, share sofa, share toilet, aishhh semuanya kat rumah tu kena share lah dgn dia.

Kawan kitorang, kawan dia jugak. Sibuk tumpang melepak sama.
Tapi, the most thing yang member kitorang annoyed pasal Cemong ni, dia suka 'mark' kereta atau motor diorang. hakhakhak. selalu kena pancut dgn Cemong bila tak berwaspada. kehkeh. untung taw korang, sebab Cemong tak berani nak buat perangai macam tu dlm rumah. hehehe

hummmphhh~~
sekarang, semua tu memori.
rasa macam susah nak percaya Cemong dah tak ada. macam mana lah nak balik lusa ni, bila tengok Cemong tak ada kat rumah. selalu kalau balik mesti gomol dia puas puas sampai dia rimas.










Rindunya kat Cemong.
Dear Cemong Demok, walaupun engko tak reti membaca apatah lagi nak bukak blog ni, Kakyong nak kata yang Kakyong sayang sangat dekat engko. Cemong, InsyaAllah kami takkan pernah lupakan hang. Ya Allah sungguh kami sedih dengan perginya dia dari kami buat selamanya. Walaupun dia kucing, tapi dia cukup berbeza. Yang pasti, mak yang paling terasa kehilangan dia. tanpa sedar, bila tengok balik video video Cemong, gambar gambar Cemong, ada titisan panas mengalir di pipi. Sungguh, ada kasih buat dia dari hati ini. Cemong, You the only one. The different one. Even Neng, Oyen, Abok takkan pernah sama macam hang. You're our special cutie pie~

~ Kerana kucing juga disayangi Rasullullah ~
Assalamualaikum