Sabtu, 12 Mac 2016

ABAH !

Assalamualaikum ...

post harini?

dah tengah malam, entah rasa mcm rindu pulak kat abah.

selalu, aku byk post atau cerita ttg mak. rindu mak, everything ttg mak.

entah kenapa, malam ni rasa mcm 'kenapa mcm tak byk pun mention pasal abah?'

menderu betul rasa perasaan tu. rindu dekat abah, dekat mak.

Basically abah bukanlah jenis ayah yang korang selalu tengok dalam movie movie tu semua. ayah yang akan duduk selalu lepak2 dgn anak perempuan dia, ayah yang bawak anak perempuan dia keluar shopping jalan jalan, ayah yang jenis suka peluk cium anak anak dia even anak dia dah besar panjang. yeah. abah bukanlah jenis golongan itu. it's true that aku cemburu dgn anak2 perempuan yg dilayan sedemikian.

but, sometimes i felt that abah tak perlu pun buat semua tu. aku tahu dia cukup sayangkan anak-anak dia. dia buat apa di luar kemampuan mak buat untuk aku.

kalau belek album masa kecik kecik dulu pun, gambar aku byk sgt dgn abah berbanding dengan mak. manjanya toksah kira. ibarat aku harta kekayaan diorang masa tu esp sepanjang 4 tahun tu aku bergelar anak tunggal.

tapi, abah start strict bila aku dah mula naik darjah satu. semakin kurang manja dgn abah.

setiap hari kena hafal sifir. tahu mengeja.
dulu, abah sediakan mini whitrboard kat rumah. ada 2. satu untuk sifir. satu lagi utk hafal mengeja.
abah akan tulis sifir tu kat whiteboard. dan suruh hafal. setiap malam, dia akan panggil aku baca hafalan sifir depan dia. tak boleh jawab, kena marah. sama jugak dgn latihan atau homework math yg cikgu bagi. abah akan tunggu kat tepi dan semak. bila salah dia paksa aku cari jawapan sampai betul. macam tu jugak dengan ejaan. dia akan tulis word pd board tu. bila aku dah hafal eja, baru dia ganti dgn word lain. on that time, aku dah start takut dgn abah and mula rasa ada jarak dgn abah. kiranya mas tu aku dah ada dua org adik pun.

aku dah mula dilatih untuk tak jadi anak manja dah.
darjah satu, aku dah disuruh pergi kedai naik basikal pergi beli susu tepung utk adik.
aku di train utk jaga adik n buat kerja kerja rumah.
bancuh susu adik, tidurkan adik, suap adik makan, cuci pinggan lepas makan, sapu sampah.
and aku tak dibenarkan pun sewenang wenangnya keluar rumah untuk bermain. alasannya, nnti adik nak ikut. jadi aku kena duduk kat rumah, main je dgn adik.

on that time, of course lah dalam kepala otak aku, mak abah dah tak sayang aku.
diorang dah ada anak yg lain. yg lagi seronok utk diorang main.
cehhh.
betullah wujudnya statement 'bila hang dah besar nnti, hang pahamlah'
rupanya semua tu proses utk mematangkan aku. jadikan aku anak, kakak, manusia yg bertanggungjawab. tahu dgn apa yg perlu aku buat utk senangkan urusan org lain. jadi rajin. bijak sikit.

Alhamdulillah. tadika, darjah 1, pembelajaran aku mmg excellant. tapi, masa darjah 2 aku pernah accident. 3 ke 4 bulan mcm tu aku tak dpt pergi sekolah. Alhamdulillah tak teruk mana pun. tak patah riuk pun. kalau aku cerita, gamaknya ada yg serams. aha. sepanjang aku dlm proses nak sembuh tu, abah yg betul betul jaga aku. sebab mak uruskan adik adik. time tu aku sgt perlukan attention diorang. lepas balik niaga, tak makan, tak mandi lagi, abah cuci luka aku dulu. walaupun geli, tak da pulak dia merungut. kalau aku kata sakit, tak ada pulak dia paksa aku tahan. dia tunggu sampai aku betul betul ready. dia tolong aku jalan betul balik. but since lepas accident tu, pembelajaran aku mmg jatuh teruk. tapi abah tak pernah pun nak garang2 mcm dulu tu. mungkin dia faham. darjah 6, aku request nak tuisyen dia izinkan.

aku jenis takutkan mak abah sampai form 3 cemtu rasanya. sepanjang masa tu, aku tak berani share perasaan aku dgn mak abah. dan aku rasa aku sgt terikat dgn tanggungjawab aku kat rumah. bukannya jenis tak rapat dengan mak abah, tapi wujud rasa hormat dan takut tu. ada jurang yang beza antara aku dan mak abah. tak reti nak manja manja, mengadu mengadu dekat mak abah. tapi, bab pembelajaran aku tak pernah depa abaikan.

time form 3, selalunya aku tak balik rumah waktu petang. habis kelas pukul 2, sambung pulak pukul 3 dgn kelas tambahan. setiap hari, tiap kali mak ambil adik balik dr sekolah rendah, samada mak atau adik, akan hantarkan bekal nasi utk aku ke kelas. kalau pukul 1.45 tu classmate aku mmg tahu dah tu time adik aku datang kelas. ramai classmate kata jeles. mak diorang tak buat mcm tu pun. then, day by day aku realize aku dimanjakan dgn cara mak abah aku tersendiri. walaupun dimanjakan aku tahu batas batas yg aku perlu hormati. then, abah bukanlah jenis suka pi sekolah tandatangan repot kad kitorg adik beradik. selalunya mak yg akan pergi. tapi, waktu form 3 tu, abah yg datang. he's like my man. sukanya tak tahu nak kata. masa jemput abah kat pagar sekolah n otw nakpi kelas, semua yg ada dlm sekolah tu aku tunjuk cerita kat abah. padahal dulu, abah pun sekolah menengah kat situ jugak. tapi, nak tunjuk nak bagitahu kat abah jugak sebab abah sebelum tu tak pernah dtg utk tandatangan repot kad. i mean dtg sbg ayah.

but since form 4 form 5 macam tu, aku dah mula rapat betul dgn mak. jadi aku semakin kurang bersembang dgn abah. apa apa semua dgn mak. kalau kena bgthu abah pun, mesti melalui mak. tapi, dia ambil berat ttg aku melalui mak. kalau aku bangun lewat cuti sekolah mesti dia tahu. balik berniaga dia makan tengahari, mak akan teman makan sekali. mungkin time tu dia investigate mak. then, lepastu siaplah aku. dia panggil aku menghadap. dia tanya 'Pukul berapa hang bangun tadi?' 'Hang nak jadi apa bangun pukul 10?' 'Kenapa tak tolong mak hang masak?' 'Harini hang duk tengok tv saje ye?' .

abah tak marah jenis tempik tempik, tapi intonasi nada dia dah cukup nak buat aku menangis. dah cukup buat aku rasa 'sentap'. siaplah, kalau dengar je suara abah panggil 'lelaaaa..' aku dah seram dah. apa lah yang aku dah terbuat harini.

now i am proud dgn segala action dia. aku jadi orang. like i'm said, aku jd sgt pentingkan tanggungjawab.

masa form 6, dua kali aku dpt interview SPA kat ipoh. memandangkan abah bukanlah jenis org yg suka pi makan angin, abah mmg tak tahu jalannak tuju tempat interview. dua kali tu jugak abah temankan aku pi. naik bas. sebelum masuk bilik intrvw dia cek appearance aku, pesan macam2, suruh baca doa. habis interview, tunggu bas lagi nak balik rumah. time tu tengahari. mcm tulah berulang utk 2 kali aku pi interview.

habis form 6, dapat interview dekat USM pulak. and the same thing, abah yang temankan. tapi, yg ni ada part kelakar sikit. masa dalam bas. abah ni jenis tidurnya berdengkur sampai org mendengar rasa macam nk tekup je dgn bantal. eheh. Ya Allah, masa tu malunya aku tak tahulah nak explain. abah tidur berdengkur. org sebelah dah jeling jeling dah. nak kejut takut. so biar jelah. redha jelah aku kat sebelah abah. so mesej mak, mengadu kata yang aku segan sebab org sebelah pakat duk jeling jeling kat abah. emmmpph

bila keluar result aku dapat tawaran U, abah yang beria ia nak buat kenduri doa selamat. rasminya itu kenduri kali ketiga kat rumah aku since kami pindah situ sejak aku darjah 6. first kenduri, adik berkhatan, then kenduri berendoi adik sedara. dan barulah kenduri doa selamat utk aku. tapi, masa tu aku rasa mcm tak perlu pun kenduri tu, mungkin blh masak simple2 n hantar ke masjid. lebih jimat bajetnya, selebihnya blh guna utk preparation aku. mak dah discuss dgn abah, tapi mak kata abah sungguh sungguh jugak nak buat. then, aku mula sedar yang aku rupanya dah beri hadiah yang dia boleh banggakan. i realize that rupanya abah bangga dengan aku. dia happy dengan aku. tapi, abah bukanlah jenis yang menzahirkan rasa hati dengan kata-kata, tapi dengan perlakuan dan tindakan.

since aku masuk U, aku dah mula rasa bonding dgn family tu terlalu kuat rupanya. sangat sangat kuat. i just cant describe. too much. macam macam diorang dah buat.

but the biggest pengorbanan yang mak abah dah buat, depa besarkan aku yang pernah ada penyakit jantung berlubang dan paru paru berair masa aku umur setahun, dengan sihat seperti hari ini. aku hanya terdiam dan menangis y aku cuba sembunyikan bila sayu nya hati mak bercerita betapa lemahnya aku, 'rapuhnya' aku dulu masa tengah sakit. mak kata tiap hari mak menangis tengok tepi dada aku ditebuk dan disalurkan paip nak keluarkan air dari paru-paru. abah pulak, jumpa org macam2 dapatkan bantuan kewangan utk operation jantung berlubang aku. Ya Allah, sulitnya urusan mereka masa tu.

apa lagi yang aku nak dari mereka entahlah. cukup cukuplah.
mungkin giliran aku pula untuk memberi.
meskipun tak dapat berikan segalanya, tapi cukup untuk mereka rasa tenang dgn anak anak ~

doakanlah aku berupaya menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat untuk mak dan abah. amin.

Isnin, 7 Mac 2016

Aku, Angah & UPU kami

Assalamualaikum....

Sepatut patutnya sekarang ni, ikut plan life aku untuk harini ni, sekarang ni aku nak settlekan sikit kerja SPSS analisis data utk coursework aku tuu. tuuu laa plan nye. sebab dah seminggu aku bermalas malasan (walaupun azam baru tanak malas2) nak analisis data pi fieldwork haritu. maka betullah 'manusia hanya mampu merancang, Allah lebih berkuasa menetukannya. 

time-time cenggini, budak budak lepasan SPM tgh menggelupur duk isi UPU idak? result baru keluar last week kan. tak payah cerita macam mana feeling tu, sebab for sure aku dah lalui semua tu. aku dah rasa feeling tu. geleng mak abah dengan result SPM aku. semua huruf aku kutip. ahahai. rasa diri advanced sgt pi ambik pure science, hah amek kaw result, macam periodic table. menangis aku, jahh. tapi harapan bak Gunung Kinabalu,tinggi lagi sayang sama kamu~~ dengan result camtu, aku expect, alaa UITM pn mesti lepas punyalah. tunggu pun tunggulahhh. apah idak. kat rumah berkepuk surat tawaran swasta. ce kalau setiap surat tu depa selit seringgit, mesti cukup utk aku alang-alang ambik skali lesen kereta masa tu. huk 

first time dapat surat tawaran U, jakun betul aku ni. excited gila. post kat facebook weh. besok mai lagi surat tawaran. update kata confius nak pilih yg mana satu. ahh. padehal swasta je kot. rupanya tiap hari surat tawaran mai. bukan satu, sekali mai selori *hiperbola lagi. maka sejak itu baru aku sedar yang aku syok sendiri dgn kepukkan surat tawaran swasta yang kalau apply lepas PMR pun gerenti dapat. uhunu.

hari berganti hari. sudahnya masuk form 6. katanya sekadar isi masa lapang. backup. result UPU keluar. first result, hampa. yang aku kata 'UITM pun mesti lepas punyalah' tu pun aku tak dapat. politeknik? pahh. rupanya aku tak apply politeknik. *berlagak gila. wehh. aku taktahu pun pasal nak apply poli tu sebenarnya. dengan rasa takziah pada diri, buat rayuan. aplly SPA. on the same time, fokus dgn form 6. rasa macam first apply tak dapat tu, mcm hint pulak pd diri. belajar jelah elok2 kat sekolah ni.

majoriti kawan dah cabut, ada yg dapat matrik, diploma u, tak kurang jugak ada yg pi half IPTA/IPTS. gamaknye deme dah bakor baju sekolah deme. aku, pun macam boleh bakor baju sekolah tu sebab dulu aku pengawas tapi naik form 6 tanak jadi pengawas dah. pencen. koje banyak. ahaha. tapi tak bakor pun. manetah peginya baju tu laani. 

dah lebih kurang 2 bulan camtu duk form 6, dapat surat tawaran Politeknik. Diploma Seni Bina, kat Port Dickson. wuwuwu. dekat dgn beach. i dah lah suka laut laut ni. tapi masa tu, rasa dah yakin dalam diri nak proceed dgn form 6. yakin nak buat STPM next year. time tu jugak aku terdedah dgn mcm2 pendapat pro n cons ttg form 6 n diploma. then, aku decided pada umur 18 tahun utk  stay memakai baju sekolah, masuk beratur perhimpunan dgn budak2 form one.

tak lama tu, dapat pulak interview SPA. Jururawat Masyarakat. First interview tak lulus. Almaklumlah, aku ni jenis penyegan tak bertempat kadang2 tu. so redha jelah sebab hati dah tetap dgn pendirian utk stay form 6. lagipun aku ni jenis cepat trauma dgn kes2 tragik ni. tgk darah pun lemah lutut, ate cemana nk jd nurse. ahaihai. tapi yg terkejut aku dapat pulak second panggilan utk interview. masa tu dah upper six. nak tanak pi jelah. orang kata jgn ignore panggilan SPA ni, sebab kalau kita takpi, depa blacklist nama kita. so, tanak susah di kemudian hari, pi jelah. tapi kali ni bila aku check online, resultnya aku lulus interview tu. on that time being tunggulah surat panggilan, sebab rujuk email, kata surat panggilan akan dipos dan barulah ada tindakan selanjutnya. tapi, mungkin bukan jalan takdir hidup aku kot utk jadi nurse, sampai ke hari ni surat tu tak sampai. aha. tapi yang peliknya, sepanjang masa tu, aku lgsg tak curious atau terfikir utk contact SPA tya pasal surat tu. mungkin nama aku tercicir, atau aku yg salah tulis alamat masa daftar dulu. serius tak terfikir pun nak buat benda tu semua. yang aku tahu masa tu mmg aku fokus gila2 utk STPM.

pasal result STPM, tak perlu lah cerita. Alhamdulillah, aku berada di USM. Menuntut Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidkan (SasPend) bermajorkan Geografi, berminorkan Bahasa Melayu. sekarang dah tahun 3 pun. sem depan ada lagi 5 paper. then, awal tahun depan pi Latihan Mengajar dan insyaAllah akan bergraduasi Oktober atau Sepetember 2017. for this time being, cita-cita aku untuk bergelar Guru Geografi. lepastu, dengan izin Allah aku nak sangat sambung Master. then, bukak pusat tuisyen. plan seterusnya, Allahualam. backup plan?  I nak kahwin dgn arkitek lepastu mintak dia sponsor bukak kindergarten atas nama I. hehehehehe. aha. gurau jelah. berjaya dgn usaha sendiri! itu misi aku. so, apa plannye? ada laaa. rahsia. ehe.

kembali pada dunia realiti masa kini. uuuuuu~ aha

Nasib baik dah bungkus kat mami makanan tengahari dengan milo ais. masuk bilik, plan nak bersantaplah. tak sabo nak makan kari ikan. hehe. tapi, sekali fon connect USMSecure, macam machine gun noti ws masuk. ceit. *hiperbola betul. 

rupanya, si angah menyeru beta. dia tunjuk course yang dia layak. iye. budak tu baru dapat result SPM last week. Alhamdulillah resultnye. tak payah sharelah. aha. byk jugak course dari UITM yg dia layak. tapi, mission dia nak ambik Diploma Kejuruteraan Perkapalan under politeknik tak dapat, tak sesuai dgn result dia. tabah jelah ngah. aha. 

utk first time dia apply UPU aku tak dapat tolong dia. cuma bg pendapat ja. sebab busy dgn fieldwork n a few things awal tahun ni. so, this time, aku kena fokus lebih sikit kat budak ni. aku faham sgt perasaan bila kita know nothing pasal U. sebab aku anak sulung, takde abang kakak nak tanya pasal benda tu semua. mak abah, pun takdapat nak bantu. mak abah orang biasa2 ja. dan benda tu semua mmg di luar pengetahuan diiorang. internet, harap pi ulang alik perpustakaan desa. pastu mesej kawan2 cemana nk apply, kena buat apa. semua pandai2 sendiri. so, aku tanak dia teruk sgt sampai susah nak decide utk pilih course. berbezanya dia dgn aku, dia lebih prefer ke arah kemahiran. tapi, pengetahuan aku pasal kemahiran sgtlah limited. 

lepas cek senarai U, poli n course yg dia layak. kitorang pun bersungguh sunggulah duk discuss kat grup adik beradik. aha. aku rasa mahu geram Alip dgn Amir bukak grup dgn noti yg beratus tu. ahiai.
dia layak UPSI. unbelieveble dia kata nak ambik Dip Pendidikan Awal Kanak2. dia ni dah berubah genre kehidupan ke apa? taklah. means, aku kenal kot dia cemana, tetiba nak ambik course tu. lepastu keluarlah hujah dia mcm hujah aku bg kat org lain kelebihan ambil pendidikan. nanti jadi cikgu, ade pencen, urusan kerajaan mudah, bla bla bla... tapi aku bukanlah nak halang dia, tapi aku suruh dia pikiaq perabih dulu. bukan masuk kelas utk seminggu dua, tapi untuk 3 tahun derrr.

next, Dip Senibina pulak. not bad. dulu aku pun dapat course tu. so, I am interested utk study kes budak2 yg ambik course tu. ahah. Apa Yang Anda Perlu Tahu Jika Mahu Belajar Kursus Senibina (Architecture). utk yg interested, boleh cek blog tu. sgt informatif sebab penulisnya memang student Senibina. and bila baca all those thing, terbeliak mata aku. terkejut gajah. rasa macam 10 kali ganda lagi tough dari degree yg aku tgh buat sekarang. tapi, semua benda ada side positif dan a few things buat kita ras susah. tapi percayalah, kesusahan itulah yang mendewasakan diri dan minda. macam2 jugaklah blog yg aku bukak. dah macam buat esaimen.

aku suruh angah bukak blog tu sendiri. baca. hadam. include komen2 org pd entri blog tu. bagus betul ada org camtu yg masih berkesempatan nak share pasal course dia. sangat sangat informatif. aku yg dah lepas zaman tu pun rasa impressive gila dgn dgn budak2 archi.

until now, masih belum ada kata putus dari angah. aku nak dia betul2 study, buat research utk setiap kos yg dia rasa dia nak buat. pesan aku, ni semua al mukaddimah utk bergelar mahasiswa. usaha dan semangat tu kena ada. jika betul impian dia untuk menempuhi alam pelajar yang jauh berbeza dgn zaman sekolah, dia kena betul2 ready utk life yg sgt though yet meaningful. kena pasak ketuk dgn hammer, drilled tak cukup lagi simen kambus dalam otak yang tak ada benda senang dalam hidup ni. cabaran tulah perjalanan hidup yang akan kita banggakan suatu hari nanti. yang akan menjadi keseronokan dalam diri untuk kita kongsikan dengan orang lain.

semoga urusan dia dipermudahkan. semoga kami empat beradik mampu beri kejayaan dan kesenangan pada mak dan abah. dan semoga, Allah pelihara hati kami, walau senang mana, atau susah mana hidup kami pada masa akan datang, kami tetap teguh dgn kewajipan terhadap Allah, menjaga dan menjalankan tanggungjawab pada mak abah. semoga kami menjadi anak yang soleh dan solehah buat mak dan abah. semoga Allah permudahkan. amin.

Isnin, 29 Februari 2016

secubit gula :*


entah bila terterbitnya video ini.
terjumpa time cuba cleaning memacam artifak terkumpul dalam laptop.
dan beta mengulang menontonnya banyak kali. 
sebab rasa macam comel jakk~
lepastu terus terasa nak hapload.
takut nnti terdelete, takdak pulak nnti memori tu tersimpan selain memori otak yang berpotensi untuk putus.

insyaAllah kawan sampai akhir hayat.



ALLAH - BEST PLANNER :')


Cakap mak selalu ada benarnya. Selalu ada betulnya.
Kadang-kadang rasa macam mak ni boleh predict life aku.
kadang-kadang rasa macam mak ni teror gila ah pasal life.

day by day i learn through experiences.
day by day i learn that mak also learn through her own journey.

betul cakap mak. bukan mak aku je, mak orang lain jugak cakap benda yang sama.
once bila kita start nak buat buat baik.
start doing better for life, ada saje gangguan yang datang menduga.
ade saje di mana-mana syaitoon itu. jahat!

I admit it, satu sidang result aku jatuh merudum.
sungguh.
aku jauh tersasar dari impian, cita-cita dan semangat asal mula aku.
sepanjang tempoh itu aku ibarat zero.
nothing. i am lost !

impian aku untuk dekan 8 semester hancur.
aku hanya merasa title 'budak dean list' tu masa first year je.

aku tak nak salahkan persekitaran aku yang membuatkan aku jadi begitu.
aku tak nak salahkan orang yang ada dalam hidup aku menjadikan aku begitu.
sepanjang kegagalan itu, tak sudah aku menyalahkan diri.
' tak reti jaga diri! tak reti jaga hati! '

semangat awal semester terbang, hanyut entah ke mana.
aku hanya ikut apa yang terlintas dalam perjalanan hidup.
ponteng kelas, lambat buat esaimen, tidur lewat, blurr sepanjang masa.
semua tu sebati dengan aku sepanjang masa itu.

sapa yang kenal aku, depa akan expect aku ada penyakit kronik kot bila ada simptom2 cenggitu.

that's the reality!

wowww. semua tu beretrusan sehingga ke semester 5. yup.
tapi, i am tried 'sikit' untuk kembali pada lane yg sepatutnya.
but still, ponteng kelas masih berlaku.
tapi dah ada azam untuk siapkan esaimen on the right time and cuba hasilkan esaimen yang terbaik.
Alhamdulillah, untuk semester 5 tu, semua coursework aku n esaimen aku antara A dan A-.

tapi, aku tak expect untuk cemerlang gila time final paper.
almaklumlah aku rasa takde keberkatan dalam belajar sebab selalu sangat ponteng kuliah.
then, jumpa lecturer pun jarang.
sorang dua ja lecturer yg kenal aku.
tapi, dah mula tepek balik kata-kata semangat kat meja study.
kot kot kalau terlebih meroyan layan perasaan, ade jugak peringatan.

Sungguh aku refresh banyak kali campus online tu time check result.
Dalam kepala otak aku 'aku banyak kali gila kot ponteng kelas. study last minute'

Alhamdulillah.
aku yakin, ini peluang yang Dia beri pada aku.
semangat yang Dia hembuskan pada aku.
Allah. syukur.

walaupun PNGK tak dekan, tapi InsyaAllah, dengan usaha semester ini hasilnya akan aku genggam.
sungguh. tarikh keramat 16 Februauri 2016 aku mula pasakkan semangat baru dalam diri.

its like, i start all over back.
seolah-olah bermula dari zaman STPM dulu.
semangat, cita-cita, impian, fokus.
semua tertumpu pada matlamat utama sahaja.
keep on study sahaja!
raih keberkatan untuk memperoleh ilmu.
buat apa saja, asalkan ilmu yang aku terima Allah berkat.
mohon bantuanNya

mak abah.

no one else.

bila rasa macam terleka kejap, ingat mak abah.
no one else.
bila teringat pada cerita lama. don't.
face the reality.
i have my own priority right now.

sungguh aku tak mahu terganggu dan diganggu.
tapi, awal semester ni ada saja yang membuatkan aku terganggu.
sungguh!
mungkin betul. jika mereka bukan syaitoon, tapi mungkin jelmaannya.
aku ingin serik.

most of exschoolmate aku, tahun ni depa dah final year degree belake.
aku?
ada lagi setahun beb.
awal tahun depan dah nak pi Latihan Mengajar.
diri pun tak cukup polish lagi.
toksah lah duk buat benda yang boleh buat aku teringat cerita lama.
banyak sangat benda yang aku dah tertinggal gara-gara zaman kejatuhan emosi aku dulu.

alangkah baiknya jika kalian, doakan supaya aku terus diberikan semangat ini, kekuatan ini dan dipermudahkan perjalanan menuju cita-cita.

aku suka baca tweet orang kat twitter.
sebab tu aku following ramai orang.
tapi aku tak suka orang follow twitter aku.
sebab aku terlalu jujur sangat dekat situ.
harini aku pilih satu tweet yg sesuai noow dengan intipati topik harini.
tweetnye berbunyi ...

" Kalau rindu
cuba pujuk hati untuk sabar
Doa kepada Allah
'jagakan dia untukku'
Ameen "

Assalamualaikum...
~ mudah-mudahan Allah masih memberi kesihatan dan kewarasan kepada aku untuk menulis lagi ~