Rabu, 28 Februari 2018

12 Langkah Memulakan Home Tuition !

Assalamualaikum. Aku tergerak nak buat entry tentang home tuition ni sebab masa aku nak start haritu aku tak ada info sangat macam mana nk start home tuition dgn cara yang nampak organize. Konsep home tuition ni memang tak perlulah nak didefinisikan lagi sebab semorang tahu. Haha. Kalau ada tak tahu, hah meh sini aku cerita, home tuition ni korang mengajar di rumah client. Bahan mengajar semua korang sediakan dan bawa bersama. Client akan tunggu di rumah ikut hari & waktu yang dah dipersetujui dan student akan bersedia untuk di ajar. Student hanya ready dgn alat tulis je, kalau jenis kaki study ni, depa akan keluarkan lah sekali buku rujukan depa. Selalu korang dengar food delivery kan. Haa ni class delivery. Hahaha. Sukahati je. Biasanya parents prefer buat sebelah malam & weekend.

Almaklumlah sis ni sejenis org yg sangat teliti dan teratur, maka aku perlukan persediaan sebegini. Hehe. So, untuk cari pengalaman aku daftar dengan satu home tuition di Seri Iskandar, Perak. Maka dengan itu, aku nampak lah proses pengurusan dan cara nak handle home tuition. Sambil-sambil tu, aku pun mcm korang jugak google2 maklumat tips & teknik mulakan tuition / home tuition. At first aku plan nk buat kelas tuisyen je kat rumah, tp result lepas dr iklan aku tu, ramai request home tuition walaupun kawasan kampung. So, meh aku share sikit apa yg aku buat & belajar untuk buat bagi handle home tuition sebelum bermulanya sesi P&P. Maaflah jika terpanjang dan terlebar entry ni. Hehe.

1. Decide subjek & tahun / tingkatan
First of all, korang perlu terdedah dgn isu semasa & perkembangan pendidikan masa kini. Gitteww. Sebab banyak sgt dah diperbaharui. LINUS, DUAL LANGUAGE, DSKP, KBAT, PAK21, kalau dulu KBSM sekarang dah jd KSSM, even konsep PT3 pun masih ada yg tak tahu apa sebenarnya diorang buat dan sebagainya. Ambil tahu sedikit. Nk jadi cikgu ni xsemestinya ada ilmu subjek saja, tp more than that.

Then, pastikan betul2 subjek apa yang anda confident boleh ajar. Kalau korang rasa boleh ajar tapi da lupa2 sikit, maka study lah. Buat revision. Refer silibus terbaru. Google je. Semua ada . dari nota, latihan, bahan2 lain semua ada. Tak ada masalah pun untuk korang refresh balik ilmu2 zaman sekolah dulu. Buku lama2 zaman sekolah dulu tu boleh kalau nk rujuk untuk tingkatkan content & pengetahuan. Tapi sebaiknya refer silibus terkini & soalan2 exam 1-5 tahun sebelum.

Dan termasuklah korang kena survey harga yuran tuisyen semasa. Berapa ringgit korang nk ambil per subjek. Then kalau ambil banyak subjek / ambik mengajar by group korang kira macam mana pula harga. Tapi depends juga samada korang ni buat kat kawasan bandar / luar bandar. Dan juga jarak perjalanan korang ke rumah client. Semua tu korang kena study & fikir sebelum korang start buat iklan, sebab once dah buat iklan & parents tanya, baru korang nk gelabah fikir nak letak berapa ringgit, hemm nampak sangat korang tak ada perancangan. Utk harga yuran ni, aku nasihatkan bagi mereka yg nk buat di kawasan luar bandar, cuba pertimbangkanlah. Jangan terlalu taksub nk letak rm25 / jam bagi setiap subjek ikut rate semasa kawasan bandar. Mak aku dengo pun, mak kata rela lagi dia ajar sendiri anak dia. Ahahaha.

2. Cari guru tuisyen
Korang boleh cari student2 yg baru habis study / grad & belum kerja, ajaklah join. Almaklumlah student u ni mestilah pandai2 kenn. Teknik belajar pun tak boleh disangkal lagi. So, at least mesti ada kemahiran cara belajar yg efektif (mind map, latihan2 soalan dsbg). Tapi make sure orang tu boleh bg komiten yg baik. Tujuannya utk bantu in case ada subjek yg anda sendiri xmampu nk ajar. Sebab macam aku subjek sains termasuklah physic, chem, bio & add math ni dah lama sangat lah tinggal, then mungkin byk dah penambahan, silibus aku last spm 2010 dulu kot. Huhu. Takut jugak nak memandai mandai, sebab ilmu tu kita nk beri pada org & pd masa yg sama dibayar beserta harapan ibu bapa student tu. Matlamat utama tuisyen bukanlah semata-mata nk duit ja, jujur dan ikhlaslah dalam sampaikan ilmu ye kawan-kawan.

3. Buat iklan (online)
 Yang ni aku buat sendiri je guna power point. Tu pun dah kira level rajin. Kalau orang lain buat guna instastory jekk. Kahh. Tak perlu beria pun sampai nk upah ke tempah orang buatkan iklan bagai. Semorang boleh buat sendiri. Samada rajin ke tak, tu je, kreatif tu pakej lah kan. Buat lah simple tp bermaklumat. Dah siap tu, aku snap je power point dah siap tu guna snipping tool (kalau xtahu : klik  windows - accesssories – snipping tool) crop ikut saiz page iklan yg dah buat tu then save automatic dlm format png image.



Promo online yang ni kerja paling senang lah, gambar yg dah save dr snipping tool td tu, post lah kat whatsapp group, instagram, facebook, facebook group kawasan kampung / bandar, instastory, whatsapp story, twiterrrr, hahh post pi lah kat serba mak nenek soc med yang korang ada. Tak luak duit pun, tp cuma pakai data internet jelah. Haha. Tp janganlah post gambar semata-mata. Ada lah usaha marketing sikit, buatlah ayat2 yg boleh tarik perhatian orang, letak info2 penting yg xda dlm iklan contoh macam waktu hari & waktu kelas yg korang boleh buat kelas, tarikh akhir daftar ke, lokasi dsbgnya yg korang rasa sesuai dan bermaklumat.



4. Print / fotostat & edar flyers
Then utk flyers tu, power point yg dah buat td convert kepada format PDF, then print out lah. Modal banyak guna lah ink warna. Tapi hitam putih pn okay dah. Print out sekeping then fotostat lah 1 A4 tu dpt 2 page (saiz ½ A4). Pergilah kedai2 fotostat, fotostatlah ikut bajet korang. 100 keping ke, 200 keping ke. Kalau kawasan luar bandar, 100 keping pn okay dah.




Edar flyers yang ni sangat memerlukan usaha. Walaupun kita guna cara online, tp janganlah confident sgt bahawasanya semua ibu bapa / penjaga menyedari kewujudan iklan korang tu. Memandangkan mcm aku ni, area luar bandar sebenarnya tak ramai parents ada facebook untuk terdedah secara xsengaja terhadap iklan aku tu. Hehe. So kenalah rajin pi rumah by rumah buat marketing. Masa inilah ilmu semasa korang tentang pendidikan dah mula bermanfaat. Kalau korang ada pengetahuan dan tahu update semasa nampaklah confident sikit, parents pn xdelah ragu2 sangat. Hehe. Selain dari tu, boleh cari tempat2 yg sesuai utk tampal iklan. Warm reminder, janganlah korang p tempek kat pejabat pos, dalam klinik daerah, stesen minyak, sesungguhnya kawasan tersebut kenott ye, kenot. Even korang tampal kat bustand pun esok lusa kena koyak dah. Tp itulah cabarannya. Ada yang rajin boleh duduk kat pagar sekolah, waktu budak balik sekolah korang boleh edar pd student & parents. Cara tu mmg sangat cepat tapi panas dan penat tu perkara yg perlu korang sedia fizikal & mental.

5. Deal dengan parents
Macam aku dah masuk 2 minggu baru ada respon dari parents yg dah start tanya2 pasal tuisyen aku tu. So, adalah lebih baik korang set meeting dgn parents terlebih dahulu supaya korang dapat explain lebih detail. Masa meeting tu korang boleh explain cara P&P korang, kelebihan korang, explain pembayaran yuran dsbg. Jangan lupa bawa segala maklumat, borang & preparation yang penting.




Masa ini lah jika parents dah setuju, korang dah boleh minta parents isi borang pendaftaran dan sign agreement. Oh ya agreement ni penting. Point kat bawah aku cerita. Dan juga perlu korang perlulah discuss dgn parents dan fixed kan hari & waktu sesuai untuk kelas nanti. Area rumah kat mana semua tu tanya lah sekali kalau memang tak tahu. And oh ya, in case parents ada request apa2 jangan terus say ‘No’, ‘Sorry saya tak bolehlah’, ‘Tak nak lah’ asalkan tak melanggar undang2 negara dan hukum Islam. Hehe.  Tapi cuba pertimbangkan dahulu dan cuba usahakan. Kalau betul korang tak mampu, maka berterus teranglah. Sebab kadang2 expectation parents terhadap guru tuisyen ni tinggi amett. Haha.

6. Borang pendaftaran
Bila dah ada orang risik2 kelas tuisyen korang and nak mendaftar, korang perlulah sediakan borang pendaftaran. Details client mcm nama parents, no fon, alamat rumah, nama anak, form brapa, subjek apa perlu korang catatkan sebagai maklumat asas terlebih dahulu. Maklumat penting ini disimpan baik2 sebagai dokumen rujukan pada masa diperlukan nanti. At least korang dah ada rekod in case ada berlaku apa2 nanti. Dan senang untuk korang rujuk untuk seterusnya.



7. Perjanjian
Sebenarnya perjanjian ni aku nampak sgt berguna semasa aku diterangkan manfaatnya oleh akak home tuition yang aku daftar tu. Sebenarnya lebih ke arah untuk protect diri sendiri dan memudahkan serta melancarkan proses sepanjang home tuition berlangsung. Terpulang pada koang content bagaimana yg korang prefer, tapi kalau boleh biarlah in win-win situation antara korang, parents dan student. Contohnya, untuk pembayaran yuran – bila parents perlu bayar, berapa jumlah. Selain dari tu, etika student – macam mana korang nk diorang bersedia dgn class. And lastly, cara korang nk protect diri especially tutor perempuan p buat home tuition malam2 – Ibu / penjaga wanita perlu berada di rumah ketika class berlangsung. Haa cemtu. Yang lain2 tu depends pd korang nk top up macam mana. In case kalau ada mana2 lawyer terbaca entry aku ni, aku sudi terima teguran kelemahan agreement yang aku buat ni. Besarlah harapan jika ada yang sudi menegur. Hehe.



8. Set jadual
Jadual ni sangat penting. Especially bagi yg buat home tuition ni sbg part time. Mana taknya siang korang kerja & malam buat kelas. Walaupun kelas korang mungkin 1 jam sahaja, tp kalau setiap malam, hemm agak lah jugak. Time management is the key. Dari aspek preparation ke kelas sampailah korang kena semak kerja student & bg feedback pd parents. Bagi yang buat home tuition ni sbg full time, korang kena buat jadual untuk korang fill in supaya tak bertindih dgn student lain dan korang flexible boleh susun ikut kemampuan korang bila korang nk buat. Bila ada jadual ni, organize lah sikit daily activity kita. Bila nak sediakan bahan mengajar, bila nk keluar mengajar, bila boleh keluar berjimba dan sebagainya. Hehe. Nak pergi mengajar ni janganlah sambil lewa. Study dulu bahan apa yang korang bagi. Waima korang confident pn, rasa teror amett, please buat dulu latihan tu sebelum korang semata-mata p kedai fotostat bahan and terus bagi buta kat student. Kadang2 latihan soalan pn ada mistakes juga dan if korang prepare korang boleh search maklumat tambahan utk korang share dgn student korang. Maka, itulah pentingnya korang selain student bergantung penuh dgn guru subjek di sekolah semata-mata



9. Tetapkan dan finalize jumlah student.
Korang kena set berapa orang korang mampu nak ajar. Jumlah student korang. Jangan over confident ambil ramai2 tapi at the end korang lembik tak mampu melayan setiap kelas takpun student yg rugi dapat tutor acuh tak acuh. Ikutlah kemampuan dan tahap laarat dan tak laratnya korang. Sekali lagi diingatkan, jujur dan ikhlaskan dalam menyampaikan ilmu. Dan jugekk jangan lupa rekod2 student yang agak ramai tu, disimpan baik2.

10. Lengkapkan peralatan
In case kalau korang buat kelas tuisyen di rumah korang sendiri, korang kena cukupkan lah keperluan dan alat-alatnya macam meja, kerusi, whiteboard, alat tulis. Kalau home tuition, of course bahan2 mengajar macam fail, alat tulis korang, buku, dan bahan2 tambahan pengajaran contohnya template peta i-Think dsbg.

11. Buku Rujukan / Buku latihan
Korang boleh guna buku rujukan korang masa korang sekolah dulu. Tapi harus diingatkan semak samada silibus dah berubah atau belum. Jika dah berubah maka perlulah dapatkan rujukan terkini. Samada, korang beli buku rujukan baru ataupun boleh guna / rujuk buku di perpustakaan awam (lebih jimat jika korang tak ada modal nak beli buku). Untuk latihan sangatlah tiada masalah, korang boleh je google bahan, contohnya melalui website sistem guru onlien & sumber pendidikan. Memang banyak bahan. Dan lagi sekali lagi diingatkan, study dan prepare baik baik dulu bahan yang korang ambil tu. Jangan terus bagi pada student.

12. Officially class start!
Sebelum kelas start, korang perlu update dengan parents kelas on atau x on pada hari tersebut, berdasarkan hari dan masa yg korang telah persetujui ketika deal mula2 tu. So, a few hours before atau sehari sebelum, korang boleh whatsapp parents tentang details class. Contohnya macam tarikh, hari, masa, subjek, topik akan diperlajari. And after class korang perlu ada borang rumusan P&P. Pentingnya borang ini adalah untuk update kehadiran kelas, perkembangan / penilaian korang terhadap student korang & juga bukti untuk korang claim bayaran yuran nanti.


Maka. 12 langkah itu adalah yang aku lakukan sebelum memulakan home tuition. Dari perancangan sehinggalah persediaan menghadapi hari kejadian iaitu hari start mengajar. InsyaAllah, nanti aku share pulak teknik bila class dah bermula dan bagaimana pula proses pengurusan sepanjang tempoh home tuition berlangsung. Harapnya, entry kali ini bermanfaat meskipun terover explaination. Hehe. 

Aku just share based on pengalaman. And for those yang mungkin start with zero pengalaman mengajar, insyaAllah all of these might be helpful. Alhamdulillah dengan almost 3 months pengalaman mengajar, ilmu2 course pendidikan dulu dan sedikit pengalaman baru uruskan home tuition, aku ikhlas kongsi maklumat sebegini walaupun aku rasa, ramai yang lebih expert dan seniorr. Jika ada pandangan, pendapat, teguran dan nasihat, anytime boleh inbox aku. InsyaALLAH aku sedia untuk menerima dan belajar dari korang pulak. Sama-sama kita belajar dan bantu anak bangsa. InsyaAllah.

Assalamualaikum.