Khamis, 30 Ogos 2018

Cikgu To Be?

Assalamualaikum. 
Sobahul khairrr? (walaupun dah nak tengahari, hahaha). Anta khaifa halu'? Heeee speaking Arab pulekk eh. Banyak dah lupa greetings bahasa Arab. Last pun belajar masa sekolah rendah dulu.
Holla Holla. and lagi satu tengah viral sekarang "haluuu, pulis!" (hahah nak jugak walaupun tak ada kena mengena. heee.)

Yes, memang ni working hour hehe tapi bosan lahhh. So far kerja kat sales office ni tak banyak mana pun. kalau busy pun busy record keeping visitor walk in. Kalau tak, hemm hambar ai sorang sorang dlm office ni.

Topik harini just sharing tentang progress ai road to be cikgu. Wallahu'alam ada rezeki ke tak. Semoga Allah beri seiring dengan kemampuanku. InsyaAllah. Last week 23 August dah keluar result interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) yang April lepas. Yaaa after almost 4 months baru keluar result.

Sebenarnya, lela dah putus harap pun tentang result tu. Sebab lela memang tak dapat nak perform masa interview tu. Start a few weeks sblm interview tu lela selalu batuk batuk, tekak rasa gatal sangat. kadang batuk tu sampai keluar air mata n rasa nak muntah. rasa kering sangat. sapa yang pernah rasa, yes anda akan sangat memahami lela. And batuk tu makin menjadi2 kalau duduk dalam bilik yang ber aircond, tekak makin kering. And yaaa batuk tu berlarutan sampai ke hari interview tu. Sangat sangat ready mentally, but physically mungkin Allah ada reason. Jangankan ubat batuk, segala strepsil, ubat sakit tekak dah hisap dah telan. Nervous sangat mengenangkan hari iv still batuk ni tak kurang2.

During interview session memang tak boleh langsung control batuk tu. Rasa mcm menganggu sangat group session tu. Dalam bilik tu ada 2 orang interviewer, seorang guru cemerlang Geografi & seorang lagi wakil SPP. and 6 orang kalau x silap interviewee (4 org USM which include me, and another 2 from UPSI). Rasa mentally memang dah terganggu masuk dalam tu sebab lela berharap sangat batuk ni boleh stop for that time being je. I nak perform well. Dalam kepala dah serabut dengan rasa menganggu batuk n cuba nak participate dlm iv. Seriously, i'm trying my best. Paksa jugak untuk involve & jawab sebaik mungkin walaupun rasa serabut sangat dgn diri sendiri. Sampai Ika (coursemate n also jiran sebelah pintu bilik kat usm dulu. hehe) kat sebelah cuba pujuk ai n control batuk tu. Sampai ke sudah batu tu xstop. Dah hujung2 session tu sampai interviewer tu tanya "Laila, r u okay?" *sambil hulur mineral water. 

Seriously, keluar bilik iv tu, lela mmg dah give up. Mungkin bukan rezeki kali ni. Habis iv, jumpa mak abah kat luar, lela kata lela mmg takda rezeki kalini. Alhamdulillah diorang faham. Walaupun kami datang dr jauh ke Putrajaya semata-mata utk IV ni n dengan harapan i'll perform well n dgn harapan lela lulus, tapi diorang faham kesihatan lela limit the chance. Seriously sampai harini lela tak boleh lupa betapa kecewanya lela dgn diri sendiri pada hari tu.

And last week result keluar. Thanks GGPUA (Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam) sebab wujudkan gerakan ini utuk bagi pihak berkenaan alert dengan isu keputusan interview SPP bulan april masih belum diumumkan. Thanks a lot. Semoga Allah balas segala usaha dan penat lelah kalian yang dah beri ketenangan pada lebih beribu graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) bahkan ibu bapa graduan yang ternanti-nanti dengan keputusan tersebut.

Gagahkan jugak jari jemari ni nak semak. Mindset dah ready. Jangan kecewa walau apa pun keputusannya. Bcause u already can predict, lela. Almost 4 months since kejadian tu berlaku lela mmg duk pujuk hati, InsyaAllah next time interview lela akan buat sungguh2 dengan izin Allah. Lela dah ada advantage sebab ada pengalaman ditemuduga. So, next interview i'm more experinced. Itu jelah ayat yang lela duk repeat bila rasa syahduuu huaaaaa bila mengenangkan keputusan iv nanti yang rasanya mmg tak memberansangkan. Jappp, ade ke yg nervous nak tahu result lela? hahah.



Tiada puji selain hanya untukmu Allah. Syukur Alhamdulillah. Walaupun bukan LULUS tetap lela syukur. Sebab masa tunggu page loading time nak semak result tu, mata lela terbayang-bayang nampak perkataan GAGAL. Allahu. Berkat doa mak abah, usaha GGPUA & izin Allah sudah pastinya. Alhamdulillah CALON SIMPANAN. Tempoh simpanan setahu lela samada 6 bulan atau setahun. Dan menurut yg dimaklumkan juga kami memang dah lulus, tak perlu lagi melalui proses interview. Hanya tunggu makluman dari SPP/KPM saja utk dipostingkan. cuma tempoh untuk dipostingkan lewat sedikit berbanding yang lulus. Berdasarkan senior2 & cikgu2 yg lela kenal, biasanya calon simpanan dipostingkan 2 ke 3 bulan selepas calon lulus selamat dipostingkan. hehe. tapi untuk case batch kami kali ni, wallahu'alam.

So, for this time being lela masih bekerja seperti biasa. Masih dengan rutin harian. Masih sibukkan diri yang boleh bagi manfaat pd diri sendiri n family n insyaAllah org sekeliling. Urusan untuk dipostingkan biar dilaksanakan oleh pihak berkenaan. mereka juga sedang bekerja. Sekurang-kurangnya khabar gembira telah diterima. Selebihnya, jika ia milikku, maka akan menjadi milikku jua bahkan sebahagiannya juga milik kebahagian mak abah. Taknak buat diri sendiri dlm fasa terlalu berharap untuk dipostingkan segera. Yes, kita semua tahu kesan jika terlalu berharap pd sesuatu yang jika bukan pada Dia. Teruskan berdoa supaya bila tiba masanya nanti, aku totally telah bersedia fizikal dan mental untuk bersama-sama ikhlas sepenuh jiwa raga bergandingan membimbing generasi masa depan. Berilmu, berakhlak dan beradab. Moga Allah izinkan dan permudahkan. Ameen.