Khamis, 13 Disember 2018

Alhamdulillah. Teacher To Be!

Assalamualaikum W.B.T

Allahuakbar. Alhamdulillah. Segala puji hanya buatmu Allah.

12/12/2018 - tarikh keramat, tarikh kedua paling bermakna untuk tahun 2018 ini. Tarikh yang sangat mengujakan untuk mengakhiri tahun 2018. Suatu tarikh yang meningkatkan semangat aku untuk memulakan tahun baru dan kehidupan baru di 2019 nanti. Allahuakbar!

12/12/2018 akhirnya sebuah tanda tanya dan penantian telah terjawab dan berakhir. Status aku selaku Calon Simpanan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah bertukar kepada Lulus!



Terima kasih Allah. Terima kasih mak abah, terima kasih ahli keluarga, terima kasih sahabat2 dan terima kasih buat kalian yg sudi mendoakan.

Tak terucap rasanya perasaan sekarang ini. Sebulan ini puas sudah aku dgn mcm2 dugaan rupanya Allah nak kirim berita bahagia ini. Bukan bahagia milikku seorang, bahkan jua milik mak abah. Alhamdulillah.

Segala persiapan sudah aku mula rancang. Ada sedikit termangu-mangu dek keterujaan itu, namun tetap 'sedarkan' diri untuk sentiasa peka dgn persiapan yg sepatutnya. Bagi meraka yg juga dlm keadaan seperti aku, boleh rujuk https://mohdazrinsyah.blogspot.com/2018/12/tindakan-setelah-mendapat-surat-tawaran.html 


Semoga urusan aku, kita, kamu dan mereka juga dipermudahkan.

Semoga khabar gembira ini dapat redakan segala rasa yg terpendam dalam diri mak abah terhadap aku.

Semoga aku sentiasa dikekalkan semangat ini, diberikan kekuatan dan dibekalkan kesabaran dalam perjuangan ini. Perjuangan nusa dan bangsa. Perjuangan membentuk generasi dunia. Perjuangan menuju redha dan syurga Allah. Amin.