Dahulu, tempat itu indah. Dihiasi pelbagai momen indah yang berwarna. Namun, sampai suatu ketika, aku batasi dengan tembok egoku. Membuatkan dia merasa dia bukanlah layak untuk meruntuhkannya. Maka, tinggallah aku di situ. Tempat yg berwarna suatu ketika dulu, semakin hari semakin suram dan kelam. Namun, aku masih di situ. Setia dan menunggu. Mengharapkan dia melangkah kembali kerana tembok itu aku sendiri yang runtuhkan. Aku tidak tahu di mana dia ketika itu. Di suatu tempat lain yg sama seperti aku atau di tempat baru yg bewarna indah. Yang pasti, sehingga hari ini aku masih di situ.
Selepas 5 tahun, aku dengar perkhabaran bahawa dia masih mengingati segala tentang aku. Kesukaanku, minatku, sesuatu tentangku yg berkait pada dirinya dan kenangan bersama. Namun, aku juga dengar bahawa sudah ada tali yg berpaut padanya. Tak terfikir apa sebenarnya rasa aku ketika itu. Yg pasti, aku tetap berharap, peluang itu masih ada sehingga dia belum lafaz akadnya. Namun, hari dia semakin menghampiri. Genggamanku seharusnya sudah lama aku leraikan. Harusku belajar redha dan ikhlas. Kali ini, aku harus nekad untuk pergi. Aku bukanlah untuknya.
Ya Allah, hadirkanlah rasa ikhlas di hatiku. Damaikanlah aku dengan hati dan perasaanku sendiri. Semoga aku tenang untuk melihat dan mendengar perkhabaran bahawa dia sudah bersama bahagianya. Doakan aku, semoga aku juga temui bahagiaku. Aameen.