Ahad, 28 Disember 2014

Exam Fever ~



Opppss. Oppss. Oppss. No. No. No. EXAM FEVER! Tapi~ blog update jugak :p hehe long time tadak update kannn~ hurmm biasalahh, hujung semester, duk kalut dgn hantaq esaimen: nak adjust part tu, adjust part bibliografi, perbetui mana yang patut sebelum hantaq, p cari jurnal tambah isi, search merata alam. Then, hujung2 sem pun, lecturer pun kalut nak bgi test jugak. Dlm seminggu, dua test pun ada. :)Perancangan program utk semester depan lagi~ huuu :’(Student life~ bukan kata tadak rehat. Tapi, inilah dia, STUDENT LIFE. Zaman yang dikatakan mesti dihayati dan dilalui dengan tenang kerana dikatakan juga bahawa fasa ini merupakan fasa terindah dalam kehidupan seseorang individu. Hurmm. Entoh le kome, keme yang tengah lalui n tempuhi saat ini, hanya mampu mengatakan bahawa kehidupan teman ni memenatkan. Mungkin benar kata mereka, kehidupan bekerja nanti perkataan “TADAK LIFE” mungkin terucap di bibir bibir yang merindui zaman belajar. Dan ketiadaan masa untuk ‘bermain’ dan ‘bergurau’.

EXAM. Kali ini adalah kali ketiga menghadapi peperiksaan sebagai student university. Heh. 3 semester dah berlalu dah rupanya. Tak sedaq pun~ tahun kedua yang semakin tough cabarannya. Tahun yang telah memanfaat segala pengajaran ketika di tahun pertama. Kini, ceq matag lah sikit walaupun malas malas n kegilaan berfacebook menguasai diri. Huhu.

Paper start esok. Yup, ESOK! Huhu. Ni pun baru balik dari rumah manis rumah. Hehe. Berstudy week di rumah. Paper petang esok pukul 2.15 petang. Pembukanya adalah paper major, Teknik-Teknik dalam Geografi (HGT222). Bagi ceq, paper ni boleh tahan jugaklah tough. Killer lah jugak. Biasalah bila sampai part kira mengira ni, seram sikit, tapi minat. Hehe. Paper ni jugaklah menyebabkan ceq rasa macam ceq ni engineer gituuu~ haha. Pasaipa? Sebab coursework haritu, kami kena buat kerja ukur. Kena hon dengan segala mak nenek kenderaan. Berpanas berhujan, dalam 3 hari jugaklah. Sampai demam demam. Huhu. Ulang alik bangunan yang diukur sebab something wrong dgn ukuran first time. Ukur pun bangunan dalam USM, walaupun kerja ukur tu basic jaa, tapi, boleh dikatakan ceq dah mula respect kat student2 course kerja ukur. Huuu. Nak lukis peta, lagilahhh. Kena sgt2 accurate. Ni sat sat tak kena, sat sat senget. Menangis. Sunggoh. Sebab geram, buat banyak kali tak jadi. Hehe. Tpi, bila siap jaa peta tuu, Allah je lah yang tahu betapa bahagianya hidup ceq. Nak nak pulak, tugasan utk coursework tuu, kami dapat 3 minggu sebelum study week. Parah! Tapi, itulah ILMU. Yang kalau tak dicari, yang kalau tak sabar, manakan dpat isinya, manakan dapat pengetahuannya J




Last paper pulak, 8 Januari. Satu hari tuu, ada dua paper. So, pagi petang lah berkampung luar bilik. For sure, a fewdays before 8 hb tuu, kalut duk hadap last dua paper tuu. Hehe. So, habis jee paper Geografi Manusia (HGM239), officially tamat lah semester 3 ceq~ tinggal satu semester lagi menamatkan tahun kedua~ wahhhh! Cepatnya masa berlalu. Terkenang kenang minggu first semester satu dulu. Tiap hari menangis. Sebab tadak roomate. Sebab tadak kawan. Sebab homesick. Berbeza sangat dengan keadaan sekarang. Walaupun, everything tak sesempurna yang diharapkan, tapi ia dah cukup untuk ceq berterusan semangat sehingga ke semester lapan nanti.


Teringat masa Tahun 1, Semester 2. Duk pulun study PAPER PENGANTAR GEOGRAFI. Gila gila duk pulun sebab nak major Geografi start naik second year ;) Alhamdulillah. Dapat juga bermajor geografi. Mudah-mudahan juga dapat menjadi Guru Geografi. Semoga cukuplah ilmu sepanjang 4 tahun ini jadi bekalan untuk dikongsi dengan anak didik nanti.

Pernah tak meniru dalam exam? Hehe. Senyum senyum tuu, adalah tuu kan??~ Alhamdulillah. Ceq lama dah meninggalkan perbutaan diluar tabiat itu. Cuma buat, time test kecik2 time tutorial jee. Hehe. BERKAT dan JUJUR tuu penting. Ada satu nii pesan cikgu yang lekat dalam ingatan sampai harini, nama cikgu, lupa dah tak ingat yang mana satu, tapi, dia pesan “Ingat, sepuluh tahun lagi awak akan bekerja. Awak bekerja menggunakan ilmu awak dapat sekarang. Bagaimana caranya? Ilmu tu juga awak gunakan dalam peperiksaan. Peperiksaan tu, menentukan keputusan awak. Dan keputusan awak tu pula adalah kelayakan awak untuk bekerja. Dan, apabila awak meniru ketika exam, itu beerti awak dah tak jujur dari fasa awal. Result awak bagus sebab awak meniru. Awak dapat kerja hasil dr keputusan yang meniru. Awak rasa apa cerita dengan rezeki awak? Rezeki yang awak makan sepanjang hidup. Yang awak berikan setiap bulan kepada ibu ayah. Rezeki yang awak kongsikan dengan keluarga dan kawan kawan. Saya tak kata sepenuhnya halal dan tak pula saya kata haram. Cuma, fikir fikirlah” haaa. Tu dia, panjang cikgu duk membebel. Tapi, sampai harini melekat dalam ingatan ni. N sampai harini duk pegang dgn pendirian supaya tak meniru. Biar gagal dengan usaha sendiri, baru kita tahu kelemahan diri. Biar berjaya dengan usaha sendiri, supaya kita boleh berbangga dengan diri sendiri.


So, ready dah sikit untuk exam petang esok. Utk lusa pulak, ada lah sikit, tapi still kena revise lagi. Huhu. Geografi Fizikal. Minat gila paper tuu. Dari zaman sekolah mmg minat paper fizikal. Walaupun minat, belum tentu ilmu ni cukup utk jawab exam. Hehe. Malam ni kena lah tidoq awai. So, tadak lah skip subuh, n lepas subuh boleh revise sikit2 lagi. Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga ingatan dikuatkan, dikekalkan apa yang dah belajar sepanjang semester. Semoga Allah redha dengan ilmu ini. Semoga ilmu ini akan memberi manfaat. InsyaAllah.


Jangan lupa doa nah. Yang jauh nun di perantauan seperti ceq, jangan lupa call/mesej mak ka abah ka, minta restu yaaa. #muahciked

Buat mereka juga yang seperjuangan dengan ceq, good luck untuk hampa. Doakan ceq jugak nahh~ ingat, mulakan dengan BISMILLAH ^^








Ahad, 9 November 2014

#nyongket

assalamualaikum~~ hyep~~

post kali ni laila just nak share pasal best place at the Penang. so, i already chose Muzium3D or known as Made in Penang Gallery. kebetulan we have the driver on that day, so lets make penang havoc. hehehe

kami keluar berlima n actually masa agak suntuk, sebab kami keluar sebelah petang. rushing takut balik lewat malam. so,  let's not talk too much. sit back, n scroll down.

okeh, before kami pergi Gallery tu, kami singgah di Penang Times Square. helloo~~ ingat Keyel je ade Times Square, Penang pun ade okayss. hehe. besaq. seriously. Times Square ni betul2 kat pekan GeorgeTown. x jauh pun dari Komtar. kami p sana pun sebab ada event Jualan dan Pameran Tempatan something like that lah. jualan tu kat luaq Times Square. seriously, pack n crowded sesangat. so, kami decide baik masuk dalam Times Square tuu, jenguk apa yang patut sambil menikmati kesejukkan aircond.


masuk dalam Times Square, do first thing first adalah toilet. n this photo was diketuai oleh aten. she's the one y eager sangat nak bergambaq dalam toilet. huhu. yaaa. since nowadays dia dah teror berselfie by her own.

this is where, escalator rosak. erghh. gayat nak turun manually, since escalator tu tinggi sangat.
laila rasa Times Square ni baru lagi. sebab nampak kosong jee kedai2 kat dalam tu belum bersewa. so, agak sunyi n nothing to buy. 


ini namanya Tuk Tuk. ce sebut sikit, Tuk Tuk. hehe. Tuk Tuk ni sejenis pengankutan awam yang femes kat Thailand. alaa, kalau tengok movie or drama thailand mesti perasan transpot nii. time ni still kat Times Square lagi, belum pun sampai thailand. just barang pameran jee. dari tingkat atas dah nampak, so benda yang paling nk dikejorkan untuk dinaiki. hee



this cute creature, we found in front of the Fullhouse Restaurant. seriously, cantik. gegirl mesti suka tengok decoration restoran tuu. memula memang teringin nak masuk n makan kat situ jee, tapi bila tengok menu n harga. terkejut baqq hang. mahai bagi kami y still student nii. meleleh ayaq liyoq kempunan nak makan carbonara. huuu~~



can't let any single time without photo. haha. while the driver isi minyak, kami dalam kereta sewa ini bergambaq~

then, lepas keluar dari tempat beraircond tuu, perut kami pun lapaq. so, zara teringin nak makan Mee Sotong katanya. so, dengan sepantas kilat kami ke Padang Kota Lama. usually kami p makan kat foodcourt pasemboq tu, tapi kali ni kami makan kat kedai yang tepi muzium perang yang nama Fort Cornwillis tuu. parking pun kena bayaq baq hang. hee. kat situ ada kedai western n kedai mee sotong ni. sampai sampai jaa, tuuu dia, panjang orang duk beratuq. so, nampak gayanya kami tak p salah tempat. mesti sedap nii. beratuq duk beratuq, sampai turn kami.

ada dua jenis mee sotong, rebus n goreng. nah, we decide utk y goreng sbg the first trial. n awesome. memang sedap. i just wonder why, sotong nya tak rasa sotong. haaa. means sotong dia tak liat or lembut like supposed to. rasa macam daging something like that. tapi sedap. nnti kalau p Penang, jangan lupa p try Mee Sotong Goreng Padang Kota Lama okeh!

~~sorry, takda gambaq. tak tahan tengok mee dah, kami dah balun dulu~~
tadaaaa~~ dah sampai pun Made in Penang Gallery. tapi, yang femes depa panggil muzium 3D. time ni tgah duk beratuq tunggu turn beli tiket.  ramai jugaklah. weekends. biasalah.
tak susah pun nk cari galeri nii. betui tak jauh bertentangan dari jeti kat pekan geotgetown tuu.
now ready for the a lots of picture. ceh. bukan byk mana pun yang boleh share. hee

having tea time with encik menteri. drawing ni betul betul kat tepi tempat beratuq beli tiket. so, kalau rasa lama sgt beratuq, p curi masa sat, bergambaq dgn uncle yang sporting nii. hehe


mana tak meletup tayar, see the size lahh. hehe. sorry aunty~~


terliuq tengok udang nii. lama dah tak pekena char kuey tiaw udang besaq besaq. laani, laila dah pandai taw kupas udang sendiri. tapi, kalau keluaq dgn dia, still laila nak dia jugak kupaskan udang untuk laila ;) hehe


geram aih bila tengok gambaq ni. "ishhh, rugi rugi, background dah cantik, tapi salah position. benci. nak masuk balik" hah. this sentences came out from mulut aten bila tengok balik gambaq2 time dah keluar dari galeri tu. so peeps, korang supposed to duduk belakang atas badan burung kaler Luna tuu. dont repeat the same mistake. hee

sebelum tengok jaa gambaq member y p galeri nii. curious, pasaipa ada y boleh jadi kecik pulak. haaa. so, for those yang belum pernah pergi, p lahh. tunggu apa lagi. segala kemusykilan akan terjawab. hehehe

reflect kepada laila adalah aten? oh nooo~~

found my workaholic and readaholic (haha, tibai jaa) boyfriend at the gallery. hehe

selpiaq~~

spotted!

born to be butterfly. haha. aten jeles ceq comei macam rama-rama. hehe
~tidur lena dalam kepompong. satu hari kempompong pecah, pomm! jadilah rama-rama yang indah. rama-rama terbang merata, sungguh cantik aneka warna~
ehh, terflashback lagu rama-rama masa tadika dulu. :) ingat-ingat lupa~

banyak art kecik kecik macam nii. macam real patung nyaa. details~
"ramainya beli nasik lemak. lama dah tak makan nasik lemak. balik usm, xsempat dah nak breakfast nasik lemak. hee"

aten buli ceqqq~ bukan tak taw dia berat. hehe. painting ni betui2 kat pintu masuk gallery tu. nak masuk memang crowded. semua y mai pkat duk bergambaq kat sini dulu.
aten : "lela, cepat duk depan tuu, aku nak duduk atas beca nii. tarik2"
laila : "ish, aku pun penat jugak. bagilah aku jugak tu atas beca tuu, wani, ko lah yang tarik"
wani : "tak payah, biaq aku je tangkap gambar korang"
aten & laila : hurmmm.

magic door. bukak bukak pintu, yang adanya, dinding hitam. kwang~ huhu

"yang ni pun art dalam galeri ni jugak ke?" argghh. malu~
rasa sedih pulak nak keluaq dari galeri ni, seriously best. berbaloi lah dengan harga tiket. full dengan art dari pintu masuk tingkat bawah sampai ke atas. luas. actually banyak lagi gambaq, tapi ni lahh antara momen momen yang sempat di dikongsi.

then, kami p round-round area luaq galeri tuu.
one of nice scenery at seaside. cantik. tepi restoran apa kaa dia, lupa nama. cantik. tapi, restoran chinese rasanya. kami lepak kat luaq jaa lah. ambik angin laut.
so, this a few daripada little journey kami pada hari itu~ tak banyak pun p. lepas balik tu, kami p dinner seafood. aihh. nama pun penang, takkan tak pekena seafood. hehe.

one of nice moment outside the gate USM. banyak tempat2 best kat penang ni. since da setahun lebih kat penang, banyak jugaklah tempat dah p jenguk. n galeri ni one of my top list tempat nak p. Alhamdullillah, dapat jugak p. jeles tengok coursemate ramai dah p situ.
Insyallah, by hujung this sem, keluaq lagi. tak boleh kerap sangat. kopakk. haha

hujung tahun ni pun, ada Pesta Penang. haa. sem lepas p last day n dgn desasiswa mate. hehe. cadangnya, tahun ni nk ajak p dengan family pulak. nak pujuk mak n abah bawak adik2 sekali p Tapak Pesta. ;)

okeh, done. my fingers already numb. tata. nite peeps.
Assalamualaikum ^^

Selasa, 4 November 2014

Bebas!

terbang~~
ruang lingkup perkataan BEBAS terlalu luas. remaja, anak kecil mahukan kebebasan dari segi kongkongan orang tuanya. pelajar, mahukan kebebasan yang bebanan tugasan dalam perjalanan menempuh likuan ilmu yang menggunung untuk dikejar dan dikendong. sang pekerja mahukan kebebasan dari ditindas, dimaki, diarah-arah dan dipaksa paksa dengan itu ini yang tak kena. si ibu mahukan kebebasan supaya diberi cuti sehari sahaja dari melakukan tugasan hariannya di rumah. sang ayah pula mahukan kebebasan apabila dileteri sang isteri. itu kebebasan yang dimahukan manusia.

YUP! itu bebas dari segi persekitaran di sekeliling Laila. bagi diri ini, Laila rasa kepercayaan mak dan abah sebenarnya adalah satu kebebasan yang besar nikmatnya. laila akui dahulunya Laila "well protected" oleh mak abah. bukan dikongkong. perkataan dikongkong memang pernah wujud pada usia Laila yang masih belum faham untuk menghargai mak dan abah. manusia belajar dari masa silam dan pengalaman. dan inilah, Laila faham apa yang mak abah dah lakukan sebelum ni adalah yang terbaik. i just wonder, what's happened before if Laila too degil and mak abah turutkan saja kemahuan Laila.

hidup sebagai pelajar memang tough apabila tingkat atau tahapnya semakin meningkat. setiap hari kita akan belajar sekurang-kurangnya satu perkara yang complicated. cuma, antara kita sedar atau tak. example buat keputusan pilih lauk kat kafe. (seriously). tahu tak korang, penting untuk individu itu ketika memilih lauk bagi dietnya? okeh, let me show simple concept, tahu tak lauk hasil dari sumber air tak boleh bersama dengan lauk yang hasilnya dari darat. okeh, clearly, dalam satu set makan tengahhari kita tu, tak boleh ada ikan dan ayam sekaligus. just choose one. if nak makan ikan, just take ikan and sayur, kalau rasa kemaruk and lapar tahap infiniti sangat, ambik masak pedas lala tuu. then, what if kalau korang nak makan ayam pulak? hah makanlah ayam tu, tapi tak perlu dah nak ambik ikan dah. actually, benda ni Laila go thru dengan pengalaman n kongsi2 dgn kawan2 masa kat kafe. alasan kita tak boleh buat macam tu, sebab perut kita akan confuse masa nak digest samada makanan y berunsur laut atau darat terlebih dahulu. hal demikian kerana (ceewahhh, macam karangan sekolah), ia adalah dari unsur chemical yang berbeza. (tapi, untuk lanjutan korang boleh refer page2 kesihatan n diet yang bersepah tuu).
teringin nak meratah Nutella. hihi~~

hmmm. haaa another thing nak share. tahu tak korang, bahawa warna pakaian korang sebenarnya memainkan peranan dalam menaikkan seri dan mood korang? info my rumate Laila y share. almaklumlah, life sebagai student tak lari dari rasa nak nampak comel sikit n kalau boleh tiap2 hari nak mood maintain energetic. okeh. so, i would to share the colour of cloths on certain day.
ISNIN = MERAH
SELASA = PINK/PURPLE
RABU = BIRU
KHAMIS = OREN/COKLAT
JUMAAT = HIJAU
SABTU&AHAD = HITAM/PUTIH/OTHERS
bagi Laila, actually benda ni works. bukannya kita nak dapat perhatian or nak tarik attraction orang, tapi this is more how to look more confident. lagi berkesan bila kita guna colours2 ni based on the day, pada hari ada presentation. ini jugak kira boleh jadi satu ikhtiar dalam nak tarik perhatian lecturer untuk bagi extra marks. hehe. tapi lebih kepada looks kita lah.


haaa. so, based on contoh2 tu sebenarnya kita dah bebas pun. bebas dalam buat pilihan apa yang terbaik untuk diri kita dan mungkin terbaik untuk orang disekililing kita juga :)
so, don't worry be wonderful. life is simple as when, we taje it simple to go thru. bila otak dah set kata susah, so, susahlah jadinya, macam tulah Laila try untuk revive balik mood Laila. just think, that aother people ada lagi banyak masalah complicated. iman tak teguh sepanjang hayat. ada masanya ia rebah jatuh terjelepuk terpeleot. tapi, jangan lupa bangun. susah nak dapat kekuatan untuk bangun? mana kawan? means kawan tu adalah orang yang ada time susah. nak tahu kawan kita banyak mana, kira berapa ramai yang ada dengan kita, bila kita susah terpeleot. then, family. mana mak, abah, adik, kakak or abang, or sepupu kamceng? tapi, banyak manusia lupa, apa2 pun kita kena kembali semula pada Sang Pencipta. mengadu dengan Allah. menangis atas sejadah lepas solat. tak apa, lagi makbul. dahlah selepas solat, dah tu dengan sunguh-sungguh lagi. mana Allah nak biarkan ajee. cuma cepat atau lambat jee Allah bagi 'respon'. kalau xbagi tu, mesti ada hikmah.

so, conclusionnya, setiap hari kita kena refresh iman. refresh mindset. bukan laptop je kena refresh tak nak bagi 'hank' manusia pun boleh hank sebab tu buat benda yang Allah tak redha.
ALLAHUA'LAM ;)

Rabu, 15 Oktober 2014

facebook apps~

Assalamualaikum. okeh, hari ni laila nak share sikit pasal apps yang bersepah-sepah kat facebook. alaa, kadang2 mesti rasa annoyed bila nampak friends share bila diorang dah try apps tu. macam percaya je results apps tuu. taksub. huuu~~

hahaha. tapi, sedar tak sedar sebenarnya korang pun teringin jugak nak try untuk korang jugak kannnn? alaa mengaku jelaaa. korang mmg nak try pun. n ko memang try pun lahhh. it is just korang x kan share kat timeline, mungkin sebab malu, sebab sebelum ni korang pernah kutuk kawan korang try apps tu, or result korang dr apps tu sgt tak memberansangkan. kankankan? heee

alaaa. yang betulnya laila memang macam tu laaa. hehe. main senyap2 lepas tu private kan. hehehe. so, ni nak share sikit hasil daripada apps yang laila dah try. hehe. n nk komen sikit ketidakpuashatian (betul ke eja macam tu) dan kebanggaan diri (bukan riak, guro2 je~~)


heh. this one first. baru try tgh hari td, jeles tengok member share kat timeline dia, so, laila pun nk try jugak. wow, very impressive, i paling kurang jeles. macam tak percaya jeee. hehe. tapi kenapa kreatif pun kurang? laila kreatif taw decorate itu ini. hehe. about the intelligent. huurmmm. still tryin' to get 100%. haha (gurau) :) okeh pasal attractive pulak, i know i'm just ordinary, not gorgeous as Lisa Surihani. luckily, mirror can't laugh at me. huhu


haaa. yang ni ceq sukaa. hehe. betoi ka haaa? ceq jumpa dia pun time pom six. mungkinkah dia soulmate ceq? hehe. ehhh. takmau percaya aih. ingat jodoh tu semua hak Allah, bukan ketentuan apps ni ye. tapi kannn, kenapa apps ni suruh try next classroom? haaa~~~


haaaa sudahhh. laila ni sebenarnya kuat cemburu taw. betul laa as shown in the picture. laila takkan mengamuk bising2 kata laila jelous, tapi kalau betul orang tu kenal laila, mesti dia taw how jelous am i. huhu. so, don't break my heart. ceewahhh.


laila try jugak google tadi. tapi tadak pun. hihi. omey nye kite pada tanggapan encik google. hehe. i'am serious n quiet only on certain place, time, situation and people. others, i'm the huhahuha person. hee


okeh. last but not least, ni apps yang last laila main hari ni. penat aih byk sangat nak try. hehe. ouhh Lee Seunggi. heee. my partner resemble to him. hurmmm. agaklaa. dia kan minat korea. aippp, tapi resemble jeee tuu, tapi kalau betul2 cemana? kehkeh. gigit jarilah uolls. ;)

okeh. done for today. i need rest, deep sleep. tata. gunite.
(hmmm. dah lama tak wish gudnite pd si dia)
jangan lupa
"Allahumma Bismikallah Ahyawa Amut. Aminnn"
Assalamualaikum ;)




Ahad, 12 Oktober 2014

Raef - You Are The One


I thought of this before over a million times
Who would’ve ever thought that it would be our time?
I just know it, ’cause you’re the one
It ain’t a selfish love, when I’m with you
You remind me of Allah, and so I know it’s true
I’ll just say it: you are the one

Won’t you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won’t you be my partner after this world?
We’ll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, ’cause you’re the one for me

I never thought that I would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I’ll just say it, ’cause you’re the one
And when times are tough, and we’ve got the world to see
Standing right beside you is where I want to be
I just know it: you are the one

Won’t you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won’t you be my partner after this world?
We’ll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, ’cause you’re the one for me

I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine?
I just know it, ’cause you’re the one
And when there’s gray in our hair and we’ve not much to do
I want to spend the rest of my days with you…
Oh don’t you know it?
You are the one, you are the one
Oh won’t you be the one?

sharing is sexy~

Assalamualaikum. okeh, utk start sharing or post up something dekat sini, laila nak share tentang people who always around me (susah senang). kiranya diorang ni my treasurelah. people that i love the most <3 people that i owe them for along this breath or even until i meet Allah.

firstly, my mak & my abah. both that i cant find more than them. that no one can replace them. rindu yang melimpah-limpah tatkala sepanjang laila berada di bumi USM ini. tak pernah putus ingatan laila terhadap diorang. 

Mak. she's sweet more than how sweet of sweets. heee. the only person i can trust untuk sharing segala isi hati. dia jugak bestie yang nombor satu punya! member perempuan lain, dah kira nombor tiga, empat, lima ..... i'm lucky to have her. memandangkan laila tak ada kakak or adik perempuan, i think its better. lg puas untuk laila sorang bermanja dengan mak sebagai anak perempuan. aishhh. bila story pasal mak ni, bergenang pulak airmata. rindunyaaa :')

then, abah. he's wonderful man. dulu, masa kecik2 abah garang sangat. tapi, still manja jugak dengan abah. abah garang time dia mengajar je. MATEMATIK. tak sah kalau tak menangis kalau belajar dengan dia. tapi, makin lama, makin rasa manja tu kuat. antara perkara yang laila respect gila kat abah he's sweet husband, tak pernah tengok dia nak marah mak ke, even kalau mak duk pot pet pot pet, abah is the most penyabar person in the house. then, abah ni penjimat sangat orangnya. even, perangai jimat tu dah menurun kat laila. too much good things about him. too much. and i need a husband like him. seriously ;)



last 2013 raya ;) @taiping perak

next, yang ni pulak budak budak bertuah. who's hurt me, who's cari pasal with me, who's annoyed me, who's calling calling me Kakyong, and watever so on. tapi, seriously, sometimes diorang lagi banyak mengalah dengan laila. hehe. that's mean diorang gentleman lah kannn. huhu. biasalah anak lelaki, tak pernah lekang dengan perangai yang yang menyakitkan hati, but grow up wth them is a great moment. grow up sebagai anak sulung dan only single girl among siblings. grow up melihat perangai setiap seorang adik. melihat mak mengandungkan diorang, menunggu abah ambil laila kat rumah opah nak bawak pergi hospital tengok mak baru lahirkan adik, melihat keadaan diorang yang bambam terlentang masa baby, tengok perangai angah n aliff selalu berebut botol susu sebab gap umur diorang setahun, suap adik-adik makan bulan puasa sambil tu suap mulut sendiri jugak (means curi2 makan, tak puasa. hehe) (jangan bgtw mak, ni rahsia taw), n rindu nak dengar diorang datang dekat laila, bawak buku n pensil n mengadu "kakyong ni macamana nak buat? susahlaa". laila kamus bergerak, cikgu bergerak utk adik adik kat rumah. n also gedik gedik diorang pun, gedik lelaki. so, i still can handle them. haishh. rindu :)