Opppss. Oppss. Oppss. No. No. No. EXAM FEVER! Tapi~
blog update jugak :p hehe
long time tadak update kannn~ hurmm biasalahh, hujung semester, duk kalut dgn
hantaq esaimen: nak adjust part tu, adjust part bibliografi, perbetui mana yang
patut sebelum hantaq, p cari jurnal tambah isi, search merata alam. Then,
hujung2 sem pun, lecturer pun kalut nak bgi test jugak. Dlm seminggu, dua test
pun ada. :)Perancangan program utk semester depan lagi~ huuu :’(Student life~ bukan kata tadak rehat. Tapi, inilah
dia, STUDENT LIFE. Zaman yang dikatakan mesti dihayati dan dilalui dengan
tenang kerana dikatakan juga bahawa fasa ini merupakan fasa terindah dalam
kehidupan seseorang individu. Hurmm. Entoh le kome, keme yang tengah lalui n
tempuhi saat ini, hanya mampu mengatakan bahawa kehidupan teman ni memenatkan.
Mungkin benar kata mereka, kehidupan bekerja nanti perkataan “TADAK LIFE”
mungkin terucap di bibir bibir yang merindui zaman belajar. Dan ketiadaan masa
untuk ‘bermain’ dan ‘bergurau’.
EXAM. Kali ini adalah kali ketiga menghadapi
peperiksaan sebagai student university. Heh. 3 semester dah berlalu dah
rupanya. Tak sedaq pun~ tahun kedua yang semakin tough cabarannya. Tahun yang
telah memanfaat segala pengajaran ketika di tahun pertama. Kini, ceq matag lah
sikit walaupun malas malas n kegilaan berfacebook menguasai diri. Huhu.
Paper start esok. Yup, ESOK! Huhu. Ni pun baru
balik dari rumah manis rumah. Hehe. Berstudy week di rumah. Paper petang esok
pukul 2.15 petang. Pembukanya adalah paper major, Teknik-Teknik dalam Geografi
(HGT222). Bagi ceq, paper ni boleh tahan jugaklah tough. Killer lah jugak.
Biasalah bila sampai part kira mengira ni, seram sikit, tapi minat. Hehe. Paper
ni jugaklah menyebabkan ceq rasa macam ceq ni engineer gituuu~ haha. Pasaipa?
Sebab coursework haritu, kami kena buat kerja ukur. Kena hon dengan segala mak
nenek kenderaan. Berpanas berhujan, dalam 3 hari jugaklah. Sampai demam demam.
Huhu. Ulang alik bangunan yang diukur sebab something wrong dgn ukuran first
time. Ukur pun bangunan dalam USM, walaupun kerja ukur tu basic jaa, tapi,
boleh dikatakan ceq dah mula respect kat student2 course kerja ukur. Huuu. Nak
lukis peta, lagilahhh. Kena sgt2 accurate. Ni sat sat tak kena, sat sat senget.
Menangis. Sunggoh. Sebab geram, buat banyak kali tak jadi. Hehe. Tpi, bila siap
jaa peta tuu, Allah je lah yang tahu betapa bahagianya hidup ceq. Nak nak
pulak, tugasan utk coursework tuu, kami dapat 3 minggu sebelum study week.
Parah! Tapi, itulah ILMU. Yang kalau tak dicari, yang kalau tak sabar, manakan
dpat isinya, manakan dapat pengetahuannya J
Last paper pulak, 8 Januari. Satu
hari tuu, ada dua paper. So, pagi petang lah berkampung luar bilik. For sure, a
fewdays before 8 hb tuu, kalut duk hadap last dua paper tuu. Hehe. So, habis
jee paper Geografi Manusia (HGM239), officially tamat lah semester 3 ceq~
tinggal satu semester lagi menamatkan tahun kedua~ wahhhh! Cepatnya masa
berlalu. Terkenang kenang minggu first semester satu dulu. Tiap hari menangis.
Sebab tadak roomate. Sebab tadak kawan. Sebab homesick. Berbeza sangat dengan
keadaan sekarang. Walaupun, everything tak sesempurna yang diharapkan, tapi ia
dah cukup untuk ceq berterusan semangat sehingga ke semester lapan nanti.
Teringat masa Tahun 1, Semester 2.
Duk pulun study PAPER PENGANTAR GEOGRAFI. Gila gila duk pulun sebab nak major
Geografi start naik second year ;) Alhamdulillah. Dapat juga bermajor geografi.
Mudah-mudahan juga dapat menjadi Guru Geografi. Semoga cukuplah ilmu sepanjang
4 tahun ini jadi bekalan untuk dikongsi dengan anak didik nanti.
Pernah tak meniru dalam exam?
Hehe. Senyum senyum tuu, adalah tuu kan??~ Alhamdulillah. Ceq lama dah
meninggalkan perbutaan diluar tabiat itu. Cuma buat, time test kecik2 time
tutorial jee. Hehe. BERKAT dan JUJUR tuu penting. Ada satu nii pesan cikgu yang
lekat dalam ingatan sampai harini, nama cikgu, lupa dah tak ingat yang mana
satu, tapi, dia pesan “Ingat, sepuluh tahun lagi awak akan bekerja. Awak
bekerja menggunakan ilmu awak dapat sekarang. Bagaimana caranya? Ilmu tu juga
awak gunakan dalam peperiksaan. Peperiksaan tu, menentukan keputusan awak. Dan
keputusan awak tu pula adalah kelayakan awak untuk bekerja. Dan, apabila awak
meniru ketika exam, itu beerti awak dah tak jujur dari fasa awal. Result awak
bagus sebab awak meniru. Awak dapat kerja hasil dr keputusan yang meniru. Awak
rasa apa cerita dengan rezeki awak? Rezeki yang awak makan sepanjang hidup.
Yang awak berikan setiap bulan kepada ibu ayah. Rezeki yang awak kongsikan
dengan keluarga dan kawan kawan. Saya tak kata sepenuhnya halal dan tak pula
saya kata haram. Cuma, fikir fikirlah” haaa. Tu dia, panjang cikgu duk
membebel. Tapi, sampai harini melekat dalam ingatan ni. N sampai harini duk
pegang dgn pendirian supaya tak meniru. Biar gagal dengan usaha sendiri, baru
kita tahu kelemahan diri. Biar berjaya dengan usaha sendiri, supaya kita boleh
berbangga dengan diri sendiri.
So, ready dah sikit untuk exam
petang esok. Utk lusa pulak, ada lah sikit, tapi still kena revise lagi. Huhu.
Geografi Fizikal. Minat gila paper tuu. Dari zaman sekolah mmg minat paper
fizikal. Walaupun minat, belum tentu ilmu ni cukup utk jawab exam. Hehe. Malam
ni kena lah tidoq awai. So, tadak lah skip subuh, n lepas subuh boleh revise
sikit2 lagi. Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga ingatan dikuatkan,
dikekalkan apa yang dah belajar sepanjang semester. Semoga Allah redha dengan
ilmu ini. Semoga ilmu ini akan memberi manfaat. InsyaAllah.
Jangan lupa doa nah. Yang jauh nun
di perantauan seperti ceq, jangan lupa call/mesej mak ka abah ka, minta restu
yaaa. #muahciked
Buat mereka juga yang seperjuangan
dengan ceq, good luck untuk hampa. Doakan ceq jugak nahh~ ingat, mulakan dengan
BISMILLAH ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan