Sabtu, 28 November 2015

mimpi !


mimpi adalah kunci untuk menakluk dunia!

tapi, impian aku tak setinggi itu.

bukan beerti meletakkan diri untuk terus menunduk ke bumi.

bukan tanda menyerah untuk impian yang besar.

tapi, buktikan apa yang aku dah janji pada diri terlebih dahulu.

........

pantasnya masa berlalu.

segalanya berbeza.

segalanya berubah.

namun, yang masih setia, tetap bersama.

yang masih menerima, masih menemani.

tahu akan kekurangan diri ini, tapi cuba sedarkan diri ini masih punya sesuatu untuk dibanggakan.

terima kasih.

yang ada sekarang, ku harapkan kekal hingga ke sana.

takut untuk hilang apa yang ada walau tahu segalanya milik Dia.

..........

tak mudah untuk berganjak dari masa lalu.

apatah lagi untuk apa yang menjadi tabiat diri.

untuk menjauhinya, aku berusaha membiarkan diri sengaja dalam kesibukan.

namun, pabila lelah melebihi kudrat. aku berehat.

cuba cari hiburan untuk regangkan segala sendi yang tersimpul.

di ketika itu, aku temui kembali segala yang manis di masa lalu.

rindu.

................

aku bukanlah insan yang mudah berganjak untuk ke fasa baru.

aku bukanlah mudah melupakan apa yang terkesan dalam hidup.

segalanya bagi aku adalah mustahak. penting. istimewa.

letaklah aku di mana pun, ingatan aku masih kuat sehingga Dia izinkan.

adakalanya terbawa-bawa ke dalam angan, aku paksa untuk bangun.

cukuplah dengan mimpi lalu.

cukuplah mimpi untuk masa depan.

yakinlah percaturanNya jauh lebih baik dari impian diri.

..............

andai yang lain mampu, aku ingin berdiri bersama.

tetapi, dengan jalan aku sendiri.

berbekalkan segala yang pernah dikutip sepanjang pendakian ini,

aku ingin temui penghujung yang dinanti.



6 Atas Perniagaan.
SMK Iskandar Shah, Parit, Perak.
2012.

dan pabila aku kuat nanti, aku ingin kembali.

melihat segala apa yang pernah menjadi kekuatan kepada aku suatu ketika dulu.

InsyaAllah.

Isnin, 12 Oktober 2015

Cemong :')


Assalamualaikum. 

that's how shock my early morning. dapat mesej dari mak, berita cemong mati dilanggar~

terkejut. sedih. sungguh terasa mengejut sangat sangat. Cemong jarang sakit, tapi once berita tak baik pasal Cemong terus sesak nafas Laila dibuatnya.

Siapa Cemong?

Seekor kucing, wahai kawan kawan. Dia bukan sekadar kucing biasa yang tak punya cerita. Dia menyimpan berjuta rasa di hati kami sekeluarga.

Hadirnya dia terasa bagaikan dialah adik bongsu kami.Manjanya dan peelnya tak ubah seperti budak budak berumur setahun dua. Layanan yg diberi padanya lebih dari sekadar seekor kucing. Ibarat kasih kami empat beradik turut tertumpah pada dia.

Maknya seekor kucing datang yang menumpang makan. Kami sekeluarga memang sukakan kucing. Datanglah kucing dari manapun, kami mesti beri makan. Nak bagi makan whiskas, frieskeis tu memang tak mampulah. tapi sekadar sisa sisa ikan cukup dari membiarkan kucing terus mengiau meminta walaupun tulang ikan.

One day tu, mak tangkap mak Cemong sebab nampak sgt mak Cemong sarat sangat membunting. kesian tengok. Mak siapkan kotak utk mak Cemong beranak. Cemong lahir dgn 3 ekor lagi adik beradik dia. Ingat lagi, time tu baru lagi Laila masuk lower six. tiap tiap hari pi skodeng senyap senyap Cemong dgn adik adik dia dalam kotak sebab mak dia garang semacam. biasalah hormon lepas beranaklah tuu~

tapi, yang membesar kekal sihat hanyalah Cemong seekor.
memang kuat mengajak main. Jalan sikit, dia tangkap kaki. Bangun pergi dapur, dia berkejar ikut. Kalau time solat, waktu rukuk kan telekung akan terangkat sikit, dia akan lompat dah bergayut kat telekung. Haishhh. Takpun, dia sedap landing atas sejadah tempat nak sujud. Geram gearm. Sampai tiap kali nak solat, kena kunci pintu bilik. Kalau mandi, dia akan tunggu depan pintu bilik air. Kalau tengok tv, dia kan join bergolek sama. Kalau mak tidur lepas zohor, dia suka tidur sekali tepi perut mak. So, buatlah apepun Cemong sentiasa berkepit dgn kami.

Ada satu masa tu, time musim durian. Kami memang ada kebun durian family. So, almost setiap hari abah akan bawak balik durian. Sungguh, kami tak se setia Cemong tunggu abah belah durian. Dari abah sampai rumah dari kebun, bawak masuk durian, ambik parang, belah durian memang Cemong ada kat tepi. Menyondol nyondol minta durian. Memang tu peel dia. Selagi tak dapat, selagi nampak isi durian, selagi tu dia tak berganjak.

Sampailah one day tu, abah memang jamu sakan durian kat Cemong. Nak berkira apa dengan kucing kalau dah sendiri ada kebun durian kann. Untung Cemong, bertuankan tuan punya kebun durian. hee. Abah fokus dgn proses membelah durian and pilih yang mana nak buat tempoyak, seketul masuk besen, seketul bagi kat Cemong. Bila tanya abah, berapa ulas dah bagi Cemong, abah pun kata dia tak sure. Malam tu, tengok Cemong macam dah tak keruan. 

Tahu tahu dia dah terlentang tengah rumah. Pegang badan dia, panas sangat. Kami memang dah cuak tengok dia macam tu. Nampak lembik lemah sgt. Semua pakat salahkan abah sebab bagi durian kat Cemong. haha. Tapi nakbuat macam mana kan, dah Cemong yang tak berhenti henti minta. Jangan kata yg isi yang fresh, yg tempoyak pun di suka. Alahai Cemong. Sudahnya, halakan kipas betul betul kat dia. bagi minum, dia tak nak bangun. So, kami terpaksa biarkan je dia.

Lepas dari kes hari tuu, kami limitkan ulas durian untuk Cemong. Hukhuk. Tolonglah, sangat menakutkan tengok Cemong lemah longlai cemtu.

Cemong ni jenis kucing yang tak reti langsung makan ikan mentah. Gediks kann~
Tapi, bagus jugak. Kami atk pernah hilang ikan mentah dalam sinki. Kalau kat rumah opah, kucing opah semua brutal belaka, aci rembat je ikan. haha.

Feveret Cemong, ikan goreng panas panas.
Ni satu lagi bertuahnya Cemong, tuan dia tokey ikan. Nasib engko Cemong, kalau tuan engko meniaga sayur, makan sawilah engko tiap hari~

Memang kami tak biasakan dia makan makanan kucing. First, bajet. Next, bajet. Lastly, jangan nak jadik kucing yg mewah sangat ye. Tuan engko pun setahun sekali makan pizza. Hahaha. Jadi dia memang dah biasa, apa lauk kami, apa yang kami makan, itulah menu dia. Jadi tak hairanlah kalau dia selalu kacau kami makan. Agugugugu

Kekadang memang frust, time baru nak suap nasik ke mulut, dia berdiri kat tepi, dengan tangan dia atas peha kita, mata dia yangpenuh sinaran pengharapan mengintai pinggan nasik kita. Huwaaa. Memang frust. Rasa macam nak kena suap je adik bongsu sorang nii. Tapi, rasa sweet sangat. just imagine how cute muka chubby dia tuu menagih sebutir nasik dari kita. Aish, melting wehh. Kalah boipren hampa. hehehe

The truth and the reality yang abah kena terima, Cemong memang sombong dengan abah. Melainkan kalau abah ade durian. Then, barulah Cemong mengaku 'thats my handsome n generous tuan'. ahaha
Cemong paling mengada, manja and dengar cakap mak.
Maybe sebab mak selalu ada kat rumah, selalu bagi makan and sembang dengan dia.

Suka tengok part bila mak marah dia. Tunduk seperti mengakui bahwasanya 'akulah yang berdosa, aku terima segala leteranmu. Aku pasrah. Aku hanyalah kucing yang hanya mampu mendengar tanpa membela diri' hohoho *skrip Cemong

Then, bila mak sembang dengan Cemong pun kiut jugak. Muka tuu. Macam paham sangat jee~ angguk tu, macam nak tolong jee~ Aish. kadang kadang, mak kata, 'baik aku sembang dengan Cemong, dengo jugak dia. kalau sembang dengan hampa, apa pun tak jadi'. hehe

Cemong kucing yang paling lama stay dengan kami. Selalunya, kucing yang kami bela tak selama Cemong. ada yang keluar tak balik balik. ada yang sakit and mati. ada yang mati kena langgar sebab rumah kami betul betul tepi jalan. ada yang nakal sangat sampai kami terpaksa hantar ke pasar.

Sungguh, Cemong creates a lots of moments. Sometimes gives laugh by its stupidity, keshomelan, kemanjaan n sewaktu dengannya. Too much. Banyak benda yang kena share dgn Cemong. Share ayam guring, share sofa, share toilet, aishhh semuanya kat rumah tu kena share lah dgn dia.

Kawan kitorang, kawan dia jugak. Sibuk tumpang melepak sama.
Tapi, the most thing yang member kitorang annoyed pasal Cemong ni, dia suka 'mark' kereta atau motor diorang. hakhakhak. selalu kena pancut dgn Cemong bila tak berwaspada. kehkeh. untung taw korang, sebab Cemong tak berani nak buat perangai macam tu dlm rumah. hehehe

hummmphhh~~
sekarang, semua tu memori.
rasa macam susah nak percaya Cemong dah tak ada. macam mana lah nak balik lusa ni, bila tengok Cemong tak ada kat rumah. selalu kalau balik mesti gomol dia puas puas sampai dia rimas.










Rindunya kat Cemong.
Dear Cemong Demok, walaupun engko tak reti membaca apatah lagi nak bukak blog ni, Kakyong nak kata yang Kakyong sayang sangat dekat engko. Cemong, InsyaAllah kami takkan pernah lupakan hang. Ya Allah sungguh kami sedih dengan perginya dia dari kami buat selamanya. Walaupun dia kucing, tapi dia cukup berbeza. Yang pasti, mak yang paling terasa kehilangan dia. tanpa sedar, bila tengok balik video video Cemong, gambar gambar Cemong, ada titisan panas mengalir di pipi. Sungguh, ada kasih buat dia dari hati ini. Cemong, You the only one. The different one. Even Neng, Oyen, Abok takkan pernah sama macam hang. You're our special cutie pie~

~ Kerana kucing juga disayangi Rasullullah ~
Assalamualaikum

Rabu, 16 September 2015

#RESEPI : Kek Kukus Koko

Assalamualaikum. 

Not as usual, post kali ni laila nak share pasal main masak masak pulak. heee. 

Nak share resepi sikit. Memandangkan laila ni still kategori beginner & amatuer lagi, so insyaAllah lepas2 ni lagi byk resepi yg simple2 gila and berbajetkan modal yg murah yg laila akan share. Resepi yg sampai nak terbalik dapur tu, tak de lah laila share. Yang mana yang simple and laila pernah buat, laila share kat sini. Kebanyakan resepi tu pun laila jumpa kat blog2 and page2 kat Facebook and Instagram. And one more thing, InsyaAllah resepi yg laila akan share more to desert and cake. 

Almaklumlah, ceq ni suka mengudap ngudap. Kalau main course lauk pauk tu, biar jelah mak yg masak. Sebab memang sedap sangat dah pun dan best in the universe, buat apa laila nak masak lagi kan. Heee. Lagipun mak dah penat membanting tulang (acewah) siapkan lauk tengahhari,so untuk makan petang and side desert ni, biarlah laila tolong buatkan.

Mungkin untuk golongan yg dah teror memasak, resepi yang laila share ni, apalah sangat kan. So, target laila adalah golongan yg malas masuk dapur tapi teringin nak makan itu ini, golongan yang baru nak try2 masak tapi tak jumpa resepi simple2 & golongan yang memang suka spend time menggoogle mencari resepi and try buat segala bagai resepi yg terjumpa tu, macam laila. Heee.

Ada a few benda je dalam kepala otak laila, bila sampai tahap laila bosan and terasa nak mengunyap. Normally, laila pergi dapur, menggeledah bahan and start masak. First, teringin nak makan, tapi tak mampu nak beli sebab mahal. Biasalah, masa kat U lah pun, bila keluar dengan member jumpa macam2 jenis makanan, teringin nak beli, tapi tak cukup bajet. So, pendam je lah and berazam nak buat sendiri. Hehe. Second, nak makan tapi tak  nak susahkan mak utk masak. Mak pun dah cukup busy. Minta tolong mak masakkan lauk yg kempunan pun dah seba salah. Third, benda nak makan dah habis. So, basically, laila memasak based on those 3 reason. Tak ade agenda lain. Keke.

Haaa. The best thing resepi dalam blog laila ni,korang confirm tak susah payah nak follow utk buat. First, laila guna bahan yang simple, murah and senang dicari. Second, ceq tak main lah sukat-sukat guna gram bagai ni. Just sukat guna cawan and sudu je. Simple and easy. Macam laila habaq tadi, resepi kat sini sangat simple and senang untuk korang buat. Kalau dah dua tiga kali repeat buat, kali ketiga dah boleh buat sambil pejam mata jahhh deq nonn. Hehe. So, nanti rajin rajin lah jenguk blog ni eh, untuk check resepi resepi yang laila update. Stay tuned!


#keephungry #keepcook #keepeat

KEK KUKUS koko


BAHAN

Bahan A
-          1 cwn gula perang
-          1 cwn minyak masak
-          1 cwn serbuk koko
-          1 kotak kecil susu fullcream dutchlady
-          ½ cwn susu pekat manis

Bahan B
-          1 ¼ cwn tepung gandum
-          1 sudu serbuk bikarbonat
-          1 sudu serbuk penaik

Bahan C
-          3 biji telur
-          1 sudu esen vanila

Bahan D (topping)
-          1 sudu butter/marjerin
-          ½ keping coklat masakan bar saiz sederhana
-          ½ cwn susu pekat manis
-          Sedikit air

CARA

1. Masak Bahan A dlm periuk dengan api yang perlahan & kacau hingga larut dan sebati. Make sure api sentiasa perlahan, sebab tak nak terhangit.
2. Ayak & gaul Bahan B.
3. Pukul Bahan C hingga kembang.
4. Tutup api Bahan A & masukkan Bahan C ke dalam Bahan A. Jangan biarkan, pastikan terus kacau campuran bahan tu sampai betul betul sebati.
5. Masukkan sedikit demi sedikit Bahan B dalam campuran Bahan A&C. Masukkan dengan cepat dan terus gaul, sebab tak nak nanti tepung berketul-ketul, bila dah betul2 sebati baru masukkan lagi sikit demi sikit. Ulang sampai Bahan B habis dan gaul hingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
7. Next, utk topping pulak, Bancuh susu pekat manis dengan sedikit air. Make sure air tak banyak sebab tak nak nanti coklat terlalu cair. Masak dalam periuk dengan api perlahan.
8. Masukkan coklat masakan dan mentega ke dalam susu yang dididih. Apabila mentega dan coklat sudah cair dan sebati, tutupkan api.
9.Sementara tunggu kek siap dikukus, simpan coklat yang telah siap ke dalam fridge.
10. Apabila kek telah siap dikukus, biarkan ia sejuk seketika, kemudian tuang topping coklat yang sejuk.
11. Siap & makan! Tapi, lagi best kalau simpan dulu kek tu dalam fridge. Dah sejuk baru best makan!


p/s : make sure utk sukat bahan yg guna cawan, pastikan guna cawan yang sama utk semua bahan. Sebab kalau guna saiz cawan yg berbeza-beza, tak balance lah bahan and tak menjadilah kek. So, take note! 
#pesanmak

so, try it, enjoyed it! :)

Ahad, 14 Jun 2015

Random Topics



Assalamualaikum

heehehe. selalunya setahun sekali baru nak update, ni tak sampai sebulan dah update lagi.
hak.
sukahatilahh.


paper i olls tinggal lagi dua jerr~ last week dah pulun sakan sampai eyebag tak rupa umat manusia dah. huuu

that's the proof which is, my eyes gettin' worsen. kuikui
#withfahtin
p/s : otw jalan kaki nak pi exam HGM238. so, kita singgah sat, wefie kat tasik :)

tu laa, study week hari tu kemain. konon nak study satu hari, satu paper. perghh sudahnya, duk sakan tengok tv, pantang ada chance je tidoq, tak pun bertapa kat dapur duk try resepi itu ini. sampai abah mula berkata-kata "baguihlah hang, dah macam tukaq shift dengan mak hang. mak hang duk dapuq waktu pagi, siapkan makan tengah hari. petang, hang pulak p dapuq masuk shift lain. ermm" ehh. laila sikit tak tergugat abah. sebab, memasak ni sebenarnya terapi stress. betul. mana taknya, bila scrolling news feed, bersepah sepah resepi simple simple. ahhh, maka duk gegeh lah mencari lagi, untung untung boleh test buat. hehe








hah. bahan simple. cara nak buat pun simple. macam kelakor je, bila teringat mula-mula baru nak test test masuk dapur, beria ni duk aci aci sukat bahan, takut tak menjadi. laaani, main humban je, rasa nak manis ke, nak pedas ke, ikut tangan nak masuk banyak mana. best rupanya memasak ni. hehe. nyesal dulu degil cakap mak. kuikui. 5 minit je bertahan kat dapur, lepas senyap senyap meloloskan diri. hakhak

dari dapur, perut sudah kenyang, kita keluorlah. menyongket ke sawah. haaa. yg ni memang feveret dari zaman sekolah lagi. nah, ceq lempaq sebijik dua video. kekeke




dah hujung hujung study week lah baru sempat jumpa n lepak dengan depa.
Syazrin, Nazirah & Ghani ~~

ni rasa nak menulis, tapi tak tahu nak tulis apa~ hee

haaaa. ceq taw. ceq taww~

mmg dah habit kot, samada kat insta or twitter, laila mmg suka follow page org. i love reading n writing. tapi, kesuntukan masa tak sempat nak menulis. so, i just kep reading. kekadang funny, kekadang "ehh, masa kena je dgn feel aku sekarang", kekadang mmg boleh bangkit rasa semangat, kekadang gelak ngekek sengsorang. yahhh. since hidup menjanda tanpa rumate, mmg mcm ni lah habit life kalau ada masa terluang kat bilik ni.

act status ni quiet simple compared dgn nak baca buku tebal2 ni. sebab, maklumat yg nak disampaikan tu dah diringkaskan dan mudah nak faham. staright to the point. cuma, bila nak kan penjelasan, kena refer dari sumber2 yg blh dipercayai dulu. sebab tu, laila mmg takut nak share status ni, esp bila laila takkan yakin dgn kesahihan sumber. so, pada laila, yg positif itu laila ambil utk dimanfaatkan, dan yg buruk itu cukuplah utk laila tak mengulanginya.


sebab i'm the type kalau nak baca buku ilmiah yg tebal, mmg betul2 kena dalam keadaan yg free, cuti, and mmg spend time my holidays betul betul kat rumah. sebab laila kalau membaca, memang akan baca sampai faham. bukan sekadar spending my time positively je.

ma favorita!

Sebarkan Cinta-Mu hasil penulisan Ustazah Fatimah Syarha. i took almost 3 months nak habiskan baca buku tu. kalau novel cinta yang lain, 2 hari dh boleh habiskan novel setebal tu. hiks. tapi, bukan sebab boring, dear. tapi content dia yg buatkan kita betul2 nak tahu n nak faham. esp cerita cinta keluarga Nabi s.a.w. bukan setakat itu, banyak lagi kisah hidup keluarga golongan golongan zaman Rasulullah. ustazah still bercerita tentang cerita cinta org zaman sekarang, tapi still ada ilmu yg beliau terapkan. compared dgn novel2 cinta yg selalu laila baca tu, novel ni sampai harini laila ingat content nya. kalau member2 tanya novel cinta itu ini, sumpah tak ingat dah sapa nama hero heroin dia, depa kawen cemana, depa gaduh cemana, memang tak ingat. ceh. haha

i'm the one memang suka sgt dgn ceramah n penulisan Ustazah Fatimah Syarha. kagum sangat. dari segi ceramah beliau, first, suara dia saja dah boleh attract kita nak mendengar. bukan mendayu-dayu, tapi pastinya kelebihan yang Allah berikan pada beliau untuk sebarkan dakwah. then, content ceramah beliau. cukup dekat dengan jiwa muda mudi. sangat positif. dan pengetahuan beliau terlampau banyak. dari segi penyampaian beliau, for sure bacaan dan sumber utama beliau Syeikh Qardhawi. sebab, kalau apa2 statement yg beliau keluarkan mesti beliau akan mention nama tu.

antara ceramah dia paling laila suka yg part masa dia baru nak kenal dengan bakal suami dia. kenal melalui biodata je. sweet nyaa. check out this link ...

nah. laila share sikit link link ceramah beliau yg laila mmg suka


ni antara novel yang laila kepit usung mai USM. yang lain, terpaksa ditinggalkan di rumah. wuwuwu

penulisan pula, laila memang tengah duk kumpul koleksi hasil penulisan beliau, tapi buat masa ni baru dapat kumpul 3 buah. Sebarkan Cinta-Mu, Cinta High Class n Aku Ada Wali. setiap kali dapat baucer buku, mesti at least satu beli novel beliau. survey kat kedai kedai buku, sebab nak cari buku buku lama beliau n yang latest. buku beliau yg laila dah ada ni, walaupun tebal, still usung ke USM, walaupun tahu takkan ada masa, x sempat nak repeat baca. saja bawak. entah, kekadang rasa macam teman. n kekadang rs macam bila selak-selak page buku tu, ada words or sentence yang boleh dijadikan panduan dan semangat.

mula-mula mmg rs berat nak baca buku-buku ilmiah. tapi, i started from ceramah beliau. then, laila mula cari novel novel n buku buku beliau. bila dah baca, rasa macam nak beli lagi, nak tambah lagi. and then lama lama, secara tak sengajanya mindset kita berubah. mula minat bacaan ilmiah, mula minat tengok rancangan tv ilmiah n mula follow page page individu yang ada peranan dalam masyarakat. then, mungkin faktor usia kot. hakhak. usia yg mendewasakan dan memaksa diri utk berpengetahuan extra sikit. heeee

laani, tengah berjinak jinak minat dengan penulisan Hilal Asyraf pulak. try beli sebijik dulu buku dia. baru baca separuh. sebab baru beli masa dapat baucer haritu. quiet good. bila bila free, hadap jugaklah buku dia. act penulisan lelaki ni pun best jugak. buktinya, Ramlee Awang Murshid, perghh novel dia, mmg laila kaki pi pinjam kat perpustakaan awam masa sekolah sekolah dulu. mmg best. habis satu, pi pinjam. habis lagi pi pinjam. dari Ungu Karmila, Cinta Sang Ratu, Bagaikan Puteri, 9 Nyawa, Rayyan Fantasi. dah khatam dah. tak beli sebab masa tu sekolah, nak beli tak cukup bajet. belanja yg abah bagi pun cukup cukup utk makan. so, keme sedor diri, pergi lah pinjam kat library. hehe


tak siapa pun pernah paksa utk membaca. sebab membaca tu sebenarnya datang dari kehendak dan kesungguhan hati. kenapa hati? sebab bila kita membaca dengan mata plus dengan hati sekali, barulah kita boleh faham n apply content bacaan tu. InsyaAllah.



wehhhh. serious pulak writing laila kali ni. hiks. 
tapi, mudah-mudahan bermanfaat. bukan sekadar menulis kosong sahaja. cuba cubalah klik link tu. manalah tahu, ada hati yang terusik nak kahwin cepat. hehe. or ada hati yang nak pelihara diri, hati dan jiwa sampai masanya utk "dia" yang sorang. ;)

time ni gegeh duk pulun HGM238 #Ekonomi&Ruang

so people, esok laila ada seond last paper. General English LSP401. humphh. basically, kalau nak exam paper bahasa cenggini mmg tak hadap buku. dah last minit baru kalut nk refresh selak buku latihan. mihmih. sabo jelahh. xpe xpe, malam sat lagi kita hadap buku ye. ni pun dah asar, jap lagi nak keluar pi tasik joging mata. kihkihkih. alaaa, sambil sambil tu keluar ambil udara segar, ni x seharian bersembunyi di dalam bilik nan comel ini. huhu.

esok, ma family datang ambil. n planning nya, nak keluar jenjalan. family outing! lepas habis paper esok pukul 11, mak abah sampai, angkat barang masuk kereta, vroooommm, jom jenjalan. hehehe. then, spending my 9 days utk revision last paper major, Masyarakat, Ruang & Alam Sekitar. and then, end of my second year. 23hb baru balik USM utk exam 24hb, itupun mak ikut join sekali mai sini. yeayyy. tak puasa sorang sorang. sebab mak ada teman n tidoq sini. hehe

road to third year! #seniorita ~~


Ramadhan. 3 days left. Alhamdulillah semakin menghampirinya. mudah-mudahan Ramadhan kali ini semakin lebih baik dan manis dari yang sebelum sebelum nya. aminn. 


InsyaAllah, next post laila nak share pulak antara page page yg laila rajin beno duk follow, retweet, share n like! hehe

adios peeps!
Assalamualaikum.

K05, Desasiswa Aman Damai,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Ahad. 14 Jun 2015.
5.10 p.m

Sabtu, 30 Mei 2015

A Pinch of Degree Journey

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum


keras dah rasanya jari ni dari menaip mengisi update terbaru kat blog ni.
dont ask me why, bcause fr sure its still the same reason.


31 MEI 2015. InsyaAllah offcially selesai semua kuliah, tutorial n assignment. esok last day submit assignment. lepas submit terus gegeh ke bustand n balik Perak!
emmpphh. berstudy week di rumah! tak tahu pulak, time laila study week ni, musim cuti sekolah. erghh. budak budak tu mesti ada kat rumah. riuh. confirm riuh rumah start dr depa celik mata, sampai tengah malam buta. ni baru empat beradik, kalau mak beranak lagi ramai, tak taw lahhh nak kata~ hehe


boys, riuh riuh hangpa pun, jelek jelek hangpa pun, kakyong sayang, kakyong rindu~ emmphh *mohon jangan ejek. tumbok kang
lagi sayang hangpa, kalau hangpa puji kakyong masak sedap. mihmihmih


#mungkin lapar mikrofon

people. u cant gain without facing the pain. seriuosly~
this semester quiet mencabar. though. penat. n sometimes laila rs malas sangat sangat. sangat sangat. sungguh. n sometimes, i just let it be like that.



kekadang husnudzon terlebih "kalau aku workaholic cemni, mesti berat badan boleh turun. so, boleh kurus sikit pun jadilah. at least ada lah sorang dua nak tegur "eh, lela da nampak kurus sikit lah"" emphhh. tapi, xda sapa pun teguq. maknanya tak kuruih lah ni. T_T


tapi, at the end, bukan perubahan fizikal yang laila dapat tapi, pengalaman dan ilmu. terlampau banyak sangat dah yang laila belajar. too much!


*my team! EXCO AT SJAMUSM 14/15






#one whole sidang with them



*time to say goodbye! last day with my anak didik ;) thanx gais! gonna miss uolls

people. when u lost someone, Allah replace more than one. seriously~
sebab dulu, laila mungkin rasa life laila hanya sekitar mak, abah, adik adik, family, best friend, coursemate perempuan, exschoolmate dan dia.


but, when i just lose only one person, i found more than him. 
ramai yang laila dah kenal. just because, laila keluar dari kepompong "i am free". lahh. bukan kata sebelum ni tak free, cuma rasa mcm ada hati yang perlu di jaga. dan free itu bukanlah bermaksud, sewenang-wenangnya free. cuma rasa untuk berkawan itu lebih luas skopnya. heee
dari laila takut nak groupwork dgn lelaki sampai lah sekarang ni laila dah kenal ramai coursemate lelaki. lahh. kenal je punn. lain lah kalau member exschoolmate dulu, weolls mmg kamcheng. hehe











so, its about a week utk final exam. and i am not well prepared. perghh. a week tak prepare apa lagi. every semester cenggini. nak pulak, sem ni dpt lagi esaimen last minit, mmg mustahil nk hadap nota.
so people, pujuklah lecturer korang bg tajuk esaimen semenjak first day bukak sem lagi. huhu.
pedih rasanya dpt tajuk 3 4 hari sebelum study week.

so, wish me luck. wish u all luck too.
Manjadda Wajadda!
Chaiyokkk!





may Allah always ease everything




Street Art . Georgetown . Malaysia


K05, Desasiswa Aman Damai, USM
Pulau Pinang
30/mei/2015
15:35