Assalamualaikum
heehehe. selalunya setahun sekali baru nak update, ni tak sampai sebulan dah update lagi.
hak.
sukahatilahh.
heehehe. selalunya setahun sekali baru nak update, ni tak sampai sebulan dah update lagi.
hak.
sukahatilahh.
paper i olls tinggal lagi dua jerr~ last week dah pulun sakan sampai eyebag tak rupa umat manusia dah. huuu
that's the proof which is, my eyes gettin' worsen. kuikui
#withfahtin
p/s : otw jalan kaki nak pi exam HGM238. so, kita singgah sat, wefie kat tasik :)
tu laa, study week hari tu kemain. konon nak study satu hari, satu paper. perghh sudahnya, duk sakan tengok tv, pantang ada chance je tidoq, tak pun bertapa kat dapur duk try resepi itu ini. sampai abah mula berkata-kata "baguihlah hang, dah macam tukaq shift dengan mak hang. mak hang duk dapuq waktu pagi, siapkan makan tengah hari. petang, hang pulak p dapuq masuk shift lain. ermm" ehh. laila sikit tak tergugat abah. sebab, memasak ni sebenarnya terapi stress. betul. mana taknya, bila scrolling news feed, bersepah sepah resepi simple simple. ahhh, maka duk gegeh lah mencari lagi, untung untung boleh test buat. hehe
hah. bahan simple. cara nak buat pun simple. macam kelakor je, bila teringat mula-mula baru nak test test masuk dapur, beria ni duk aci aci sukat bahan, takut tak menjadi. laaani, main humban je, rasa nak manis ke, nak pedas ke, ikut tangan nak masuk banyak mana. best rupanya memasak ni. hehe. nyesal dulu degil cakap mak. kuikui. 5 minit je bertahan kat dapur, lepas senyap senyap meloloskan diri. hakhak
dari dapur, perut sudah kenyang, kita keluorlah. menyongket ke sawah. haaa. yg ni memang feveret dari zaman sekolah lagi. nah, ceq lempaq sebijik dua video. kekeke
dah hujung hujung study week lah baru sempat jumpa n lepak dengan depa.
Syazrin, Nazirah & Ghani ~~
ni rasa nak menulis, tapi tak tahu nak tulis apa~ hee
haaaa. ceq taw. ceq taww~
mmg dah habit kot, samada kat insta or twitter, laila mmg suka follow page org. i love reading n writing. tapi, kesuntukan masa tak sempat nak menulis. so, i just kep reading. kekadang funny, kekadang "ehh, masa kena je dgn feel aku sekarang", kekadang mmg boleh bangkit rasa semangat, kekadang gelak ngekek sengsorang. yahhh. since hidup menjanda tanpa rumate, mmg mcm ni lah habit life kalau ada masa terluang kat bilik ni.
act status ni quiet simple compared dgn nak baca buku tebal2 ni. sebab, maklumat yg nak disampaikan tu dah diringkaskan dan mudah nak faham. staright to the point. cuma, bila nak kan penjelasan, kena refer dari sumber2 yg blh dipercayai dulu. sebab tu, laila mmg takut nak share status ni, esp bila laila takkan yakin dgn kesahihan sumber. so, pada laila, yg positif itu laila ambil utk dimanfaatkan, dan yg buruk itu cukuplah utk laila tak mengulanginya.
sebab i'm the type kalau nak baca buku ilmiah yg tebal, mmg betul2 kena dalam keadaan yg free, cuti, and mmg spend time my holidays betul betul kat rumah. sebab laila kalau membaca, memang akan baca sampai faham. bukan sekadar spending my time positively je.
Sebarkan Cinta-Mu hasil penulisan Ustazah Fatimah Syarha. i took almost 3 months nak habiskan baca buku tu. kalau novel cinta yang lain, 2 hari dh boleh habiskan novel setebal tu. hiks. tapi, bukan sebab boring, dear. tapi content dia yg buatkan kita betul2 nak tahu n nak faham. esp cerita cinta keluarga Nabi s.a.w. bukan setakat itu, banyak lagi kisah hidup keluarga golongan golongan zaman Rasulullah. ustazah still bercerita tentang cerita cinta org zaman sekarang, tapi still ada ilmu yg beliau terapkan. compared dgn novel2 cinta yg selalu laila baca tu, novel ni sampai harini laila ingat content nya. kalau member2 tanya novel cinta itu ini, sumpah tak ingat dah sapa nama hero heroin dia, depa kawen cemana, depa gaduh cemana, memang tak ingat. ceh. haha
i'm the one memang suka sgt dgn ceramah n penulisan Ustazah Fatimah Syarha. kagum sangat. dari segi ceramah beliau, first, suara dia saja dah boleh attract kita nak mendengar. bukan mendayu-dayu, tapi pastinya kelebihan yang Allah berikan pada beliau untuk sebarkan dakwah. then, content ceramah beliau. cukup dekat dengan jiwa muda mudi. sangat positif. dan pengetahuan beliau terlampau banyak. dari segi penyampaian beliau, for sure bacaan dan sumber utama beliau Syeikh Qardhawi. sebab, kalau apa2 statement yg beliau keluarkan mesti beliau akan mention nama tu.
antara ceramah dia paling laila suka yg part masa dia baru nak kenal dengan bakal suami dia. kenal melalui biodata je. sweet nyaa. check out this link ...
nah. laila share sikit link link ceramah beliau yg laila mmg suka
ni antara novel yang laila kepit usung mai USM. yang lain, terpaksa ditinggalkan di rumah. wuwuwu
penulisan pula, laila memang tengah duk kumpul koleksi hasil penulisan beliau, tapi buat masa ni baru dapat kumpul 3 buah. Sebarkan Cinta-Mu, Cinta High Class n Aku Ada Wali. setiap kali dapat baucer buku, mesti at least satu beli novel beliau. survey kat kedai kedai buku, sebab nak cari buku buku lama beliau n yang latest. buku beliau yg laila dah ada ni, walaupun tebal, still usung ke USM, walaupun tahu takkan ada masa, x sempat nak repeat baca. saja bawak. entah, kekadang rasa macam teman. n kekadang rs macam bila selak-selak page buku tu, ada words or sentence yang boleh dijadikan panduan dan semangat.
mula-mula mmg rs berat nak baca buku-buku ilmiah. tapi, i started from ceramah beliau. then, laila mula cari novel novel n buku buku beliau. bila dah baca, rasa macam nak beli lagi, nak tambah lagi. and then lama lama, secara tak sengajanya mindset kita berubah. mula minat bacaan ilmiah, mula minat tengok rancangan tv ilmiah n mula follow page page individu yang ada peranan dalam masyarakat. then, mungkin faktor usia kot. hakhak. usia yg mendewasakan dan memaksa diri utk berpengetahuan extra sikit. heeee
laani, tengah berjinak jinak minat dengan penulisan Hilal Asyraf pulak. try beli sebijik dulu buku dia. baru baca separuh. sebab baru beli masa dapat baucer haritu. quiet good. bila bila free, hadap jugaklah buku dia. act penulisan lelaki ni pun best jugak. buktinya, Ramlee Awang Murshid, perghh novel dia, mmg laila kaki pi pinjam kat perpustakaan awam masa sekolah sekolah dulu. mmg best. habis satu, pi pinjam. habis lagi pi pinjam. dari Ungu Karmila, Cinta Sang Ratu, Bagaikan Puteri, 9 Nyawa, Rayyan Fantasi. dah khatam dah. tak beli sebab masa tu sekolah, nak beli tak cukup bajet. belanja yg abah bagi pun cukup cukup utk makan. so, keme sedor diri, pergi lah pinjam kat library. hehe
tak siapa pun pernah paksa utk membaca. sebab membaca tu sebenarnya datang dari kehendak dan kesungguhan hati. kenapa hati? sebab bila kita membaca dengan mata plus dengan hati sekali, barulah kita boleh faham n apply content bacaan tu. InsyaAllah.
wehhhh. serious pulak writing laila kali ni. hiks.
tapi, mudah-mudahan bermanfaat. bukan sekadar menulis kosong sahaja. cuba cubalah klik link tu. manalah tahu, ada hati yang terusik nak kahwin cepat. hehe. or ada hati yang nak pelihara diri, hati dan jiwa sampai masanya utk "dia" yang sorang. ;)
time ni gegeh duk pulun HGM238 #Ekonomi&Ruang
so people, esok laila ada seond last paper. General English LSP401. humphh. basically, kalau nak exam paper bahasa cenggini mmg tak hadap buku. dah last minit baru kalut nk refresh selak buku latihan. mihmih. sabo jelahh. xpe xpe, malam sat lagi kita hadap buku ye. ni pun dah asar, jap lagi nak keluar pi tasik joging mata. kihkihkih. alaaa, sambil sambil tu keluar ambil udara segar, ni x seharian bersembunyi di dalam bilik nan comel ini. huhu.
esok, ma family datang ambil. n planning nya, nak keluar jenjalan. family outing! lepas habis paper esok pukul 11, mak abah sampai, angkat barang masuk kereta, vroooommm, jom jenjalan. hehehe. then, spending my 9 days utk revision last paper major, Masyarakat, Ruang & Alam Sekitar. and then, end of my second year. 23hb baru balik USM utk exam 24hb, itupun mak ikut join sekali mai sini. yeayyy. tak puasa sorang sorang. sebab mak ada teman n tidoq sini. hehe
road to third year! #seniorita ~~
Ramadhan. 3 days left. Alhamdulillah semakin menghampirinya. mudah-mudahan Ramadhan kali ini semakin lebih baik dan manis dari yang sebelum sebelum nya. aminn.
InsyaAllah, next post laila nak share pulak antara page page yg laila rajin beno duk follow, retweet, share n like! hehe
adios peeps!
Assalamualaikum.
K05, Desasiswa Aman Damai,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Ahad. 14 Jun 2015.
5.10 p.m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan